Wednesday, 17 July 2013

PM: Kerajaan kaji beri BONUS RAYA kepada Penjawat Awam...Masih ada masa lagi!

Rabu, 18 Julai 2013
Najib hampir Umum Bonus Raya 2013 hasil desakan kuat Kakitangan Awam

Gambar Wang Lama Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
   
Perdana Menteri berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.
"Kita akan mengkaji perkara ini. Masih ada masa lagi," katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan empat syarikat yang bersetuju melabur RM1.96 bilion di negeri-negeri di kawasan Koridor Utara.
 
Koridor Utara terima suntikan pelaburan RM1.96 bilion
Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai kemungkinan ada berita baik buat 1.4 juta penjawat awam berikutan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam yang masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.
   
Sebelum ini, Presidennya Datuk Omar Osman meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Aidilfitri kerana ia dapat mengurangkan beban penjawat awam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.
  
Datuk Omar Osman
Kenyataan Cuepacs itu menyusul sehari selepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus, dan pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini sudah boleh dianggap sebagai bonus - Bernama
Koridor Utara terima suntikan pelaburan RM1.96 bilion
Najib Tun Razak bersama Menteri Besar Kedah, Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri P. Pinang, Lim Guan Eng pada majlis pertukaran dokumen pembangunan Koridor Utara di Putrajaya.
Najib Tun Razak bersama Menteri Besar Kedah, Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri P. Pinang, Lim Guan Eng pada majlis pertukaran dokumen pembangunan Koridor Utara di Putrajaya.

Oleh: Mastura Malak (mastura@abnxcess.com)
PUTRAJAYA - Koridor Utara menerima suntikan pelaburan RM1.96 bilion menerusi empat projek pembangunan baru yang diunjur mewujudkan 3,650 peluang kerja baru.

Majlis pertukaran dokumen perjanjian empat projek itu disaksikan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri sebelum itu mempengerusikan mesyuarat kesepuluh Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) di pejabatnya.

NCIA sebelum ini diberi tanggungjawab untuk mencapai sasaran pelaburan RM10 bilion pada tahun ini menerusi penglibatan aktif sektor swasta walaupun berdepan situasi ketidaktentuan ekonomi global.
Projek terbaru yang dibawa masuk ke Koridor Utara ialah pembangunan pusat membeli-belah termasuk hotel empat bintang di Taiping dan resort butik mewah di Langkawi.

Ia juga melaksakan projek pembinaan kilang dan rumah hijau dengan menggunakan teknologi asing dan tempatan bagi menjayakan projek penanaman pertanian.


Bonus Hari Raya!

CUEPACS Minta Bonus Dua Bulan Setengah Gaji
PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.
Presiden Cuepacs
“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.

“Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya.
CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau.
Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.
Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. – BERNAMA
 Selepas Hari Raya Ini yang tinggal...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena