Saturday, 27 July 2013

Pengerusi NGO MyWatch yang lantang menyuarakan hal-hal berkaitan jenayah kena TEMBAK!

Ahad, 28 Julai 2013
NGO MyWatch lantang menyuarakan hal-hal berkaitan jenayah termasuk dakwaan rasuah dan salah laku anggota polis...
 
Foto
Keadaan Pengerusi Mywatch, R. Sanjeevan yang sedang dirawat di Hospital yang dipercayai ditembak oleh individu yang tidak dikenali di Taman Awana Indah, Bahau. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
PENGERUSI NGO KURANGKAN JENAYAH, MyWATCH KENA TEMBAK PETANG TADI DAN KINI DALAM KEADAAN KRITIKAL!!!
R Sri Sanjeevan
KUALA LUMPUR: Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak lewat petang tadi oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Bahau, Negeri Sembilan.

Sanjeevan, 27, berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Pilah pada pukul 10.30 malam tadi dan Omak Kau dimaklumkan oleh sumber dari hospital bahawa keadaan beliau masih tidak stabil.
Kejadian tembakan itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang berhampiran persimpangan Taman Awana Indah, Taman Cempaka.

Menurut sumber, Sanjeevan keluar untuk minum petang bersama seorang rakan dan memandu BMW kelabu.

Beliau sedang merokok dan cermin keretanya diturunkan sebelum dua lelaki bermotosikal merah datang dari arah belakang dan melepaskan tembakan.
Ketika dihubungi, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, dia merasa sedih dengan kejadian tersebut.

"Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku terhadap beliau ketika usaha untuk mengurangkan jenayah sedang giat dijalankan," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa polis menyiasat kejadian tersebut kerana Sanjeevan dikatakan pernah menerima beberapa ugutan sebelum ini susulan beberapa pendedahan yang dilakukan beliau.
Sejak dilancarkan MyWatch lantang menyuarakan hal-hal berkaitan jenayah termasuk dakwaan rasuah dan salah laku anggota polis di semua peringkat selain mendakwa ada yang terbabit dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap.Posted by OMAK KAU
Selamatkah Kita?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena