Thursday, 25 July 2013

GB SK Sri Pristana: "Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya" & Menerima Dua UGUTAN BUNUH!... Kesiannyaaa!

Jumaat, 26 Julai 2013
GB yang bertungkus-lumus bekerja untuk UMNO semasa PRU13..
Tiada unsur perkauman
Kalamanthan (dua dari kanan) memberi penjelasan kepada kepada ibu bapa mengenai murid yang diarahkan makan dalam bilik persalinan di SK Seri Pristana, Sungai Buloh, semalam. - Foto Kamarul Izzat 

Jika benar luahan hati ini ditulis oleh Guru Besar SK Seri Pristana, kemungkinan besar selepas bercuti beliau akan diarahkan berpindah atau bertukar ke pendalaman Sarawak..

Dalam satu status yang dikemaskini oleh Admin FaceBook 'Kami Sokong Mohamad Nasir Mohd Nor Guru Besar SK Seri Pristana' telah disiarkan luahan hati Guru Besar tersebut..

Guru Besar sekolah itu menurut admin FaceBook berkenaan telah mempersoalkan kemanakah perginya pemimpin UMNO yang langsung tidak ada seorangpun yang tampil membela beliau.

Sedangkan menurutnya, beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser..

Tulis admin laman tersebut lagi..

Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.

Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah.

Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

 Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.
Posted by Anak Sungai Derhaka at Friday, July 26, 2013 


Photo

Photo

Photo

Photo

Photo


Isu Kantin: Dua-dua Terima Ugutan Bunuh, Gurubesar & Pemberi Maklumat
Jul 26th 2013, 01:01, by greenboc
Dua ugutan bunuh
Sebahagian murid Sekolah Kebangsaan Seri Pristana bukan beragama Islam makan di kantin selepas ia dibuka semula semalam. - Foto Mior Azfar/BH

KUALA LUMPUR - Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lepas. 

Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya. 

"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari badan bukan kerajaan (NGO).

"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini. 

Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu kelmarin berkata, isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa. 

Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu. 

"Sebelum ini memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya. 

Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu. 

Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu. 

Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya. 

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54 anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu. 

Pada majlis yang sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - Bernama


Pemberi maklumat SK Seri Pristana lapor polis kerana diugut
Pemberi maklumat yang mendedahkan murid diarahkan makan di bilik persalinan sekolah kini berdepan dengan ugutan terhadap nyawanya. 

Wanita yang memilih untuk dikenali sebagai Guneswari itu berkata, ugutan terhadapnya muncul di laman sosial Facebook - medium yang digunakannya untuk menunjukkan bagaimana SK Seri Pristana di Sungai Buloh melayan murid bukan Islam. 

Bimbang dengan keselamatan diri dan anak perempuannya, Guneswari membuat laporan polis. 

Beliau memberitahu The Malaysian Insider antara ugutan yang diterimanya ialah ancaman untuk menculik dan mengurung dirinya dan anak perempuannya. 

"Mereka tidak memperkenalkan diri dan saya takut mereka melakukan sesuatu kepada anak perempuan saya," katanya. 

Mengingati kembali keputusannya untuk menyiarkan gambar berkenaan di Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya. 

"Bagaimana lagi saya hendak meluahkan keprihatinan saya. Mengapa mereka tidak boleh memahaminya," kata Guneswari. 

Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial. 

Sehingga petang semalam, gambar yang disiarkan itu menerima lebih 600 komen. 

Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya. 

Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu. 

Seorang pengguna akaun Facebook dikenali sebagai Zainol Fitri memberi komen:`Jika kamu tidak suka, tukar sekolah. Ada sekolah Tamil, Cina dan sekolah nasional yang lain.' 

Ada yang lebih teruk apabila seorang pengguna dengan nama Asmadi Axass memberita Guneswari untuk pulang ke tanah air asalnya dan jangan mengganggu bangsa itu. 

Guneswari berkata, gambarnya dalam akaun Facebook digunakan oleh orang lain untuk menyebarkan khabar angin dan ugutan. 

"Jika tiada tindakan diambil untuk menghentikan ugutan ini, ibu bapa tidak mahu lagi bercakap mengenai isu lain pada masa depan," katanya. 

Guneswari bertegas menyatakan bahawa gambar yang disiarkannya itu tidak pernah menyentuh mengenai bangsa dan isunya hanya berkaitan kebajikan murid. 

Beliau yang tertekan dengan kutukan itu berkata:"Keadaan kini memberikan tekanan emosi kepada saya dan semua ini sangat menyedihkan. Adilkah ini?" -TMI

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena