Saturday 20 July 2013

Puisi: Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah & Rahmat Allah buat mu wahai Ibu...

Ahad, 21 Julai 2013
Puisi Nukilan Demonstran
Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah
Berdirinya para lelaki menangis-nangis ketika saudara-saudara mereka dibunuh ketika solat subuh...
Photo: [Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah]

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Penunjuk perasan berbahagi-bahagi juadah berbuka puasa sesama mereka dan menyuapkan suapan ke mulut orang lain bimbang andai ada di antara mereka yang masih belum berbuka.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Mereka mebahagikan Medan kepada dua di tengah-tengah kepanasan, sebahagian melakukan demonstrasi di tengah panas, sebahagian lagi berteduh di tempat teduh dan mereka bergilir-gilir tempat kemudiannya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Wanita melalui khemah orang lelaki yang tidur dan melaungkan,"Mengapa kamu semua tidur, adakah Mursi sudah dikembalikan?"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Seorang lelaki membeli sebotol air mineral dan minum hanya seteguk cuma dan mengagihkan botol kepada orang lain bagi menghilangkan dahaga mereka.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Permandangan mereka ketika solat tidak ubah seperti di Masjidil Haram yang sangat ramai jemaahnya sehingga tiada laluan untuk berjalan, dan apabila pemandangan ini dilihat dari kaca televisyen, mereka akan katakan "Mereka hanya kekurangan sebuah Ka'bah untuk melakukan tawaf"

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Mereka mebahagikan tandas-tandas masjid di sekitar kawasan kepada dua bahagian, tiga masjid untuK lelaki dan tiga masjid untuk wanita.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu akan menghidu bau wangi-wangian atar dan kasturi di setiap kawasan di Medan.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Mereka mencari sesiapa yang memerlukan untuk diberikan sedekah padanya, dan mereka meletakkan wang di tempat pengumpulan wang tanpa bimbang, dan apabila hendak dibahagikan, wangnya bertambah dan tidak berkurang.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu tidak akan menemukan seorang Ikhwan atau Salafi, kerana kami semua hanyalah Muslim.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Datang seorang kristian dan mengumumkan keIslamannya dari atas pentas dan melaungkan kepada semua orang syahadahnya.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Seorang lelaki yang melintasi khemah para wanita dan terlihat akan lubang dari khemah itu lantas dia menanggalkan pakaiannya dan menutupi lubang tersebut lalu berjalan meninggalkan bajunya di situ.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Pembersihan yang dilakukan dengan kerap di Medan sehinggakan kami tidur dI atas tanah yang bersih.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu akan sentiasa mendengar nada dering dari keratan ayat Al Quran seakan-akan kamu berada di tengah-tengah para malaikat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Para wanita dapat berjalan dan melintasi medan yang penuh sesak dengan kadar keamanan yang sangat tinggi, seakan-akan mereka berada di tengah ayah-ayah dan ibu-ibu mereka, dan mereka sentiasa dibuka laluan sehingga mereka dapat melintasi dengan selamat.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Kamu tidak akan mendengar suara jelek para penjual menjerit-jerit.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Peniaga-peniaga gerai meninggalkan gerai mereka terbuka luas dan beredar untuk tidur sambil mengatakan "Sesiapa yang mahukan sesuatu, ambil dan letakkan bayarannya di dalam laci, dan MEREKA kembali dengan hasilnya yang tetap cukup.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah,
Berdirinya para lelaki menangis-nangis ketika saudara-saudara mereka dibunuh ketika solat subuh dan kesejukan tetapi tetap teguh dan tidak lari dari bedilan senjata api.

Hanya di Medan Rabiatul Adawiyah..

..........

*Puisi ini adalah nukilan salah seorang demonstran yang turut berhimpun di Medan Rabiatul Adawiyah.
#mesirkini

Pembersihan yang dilakukan dengan kerap di Medan sehinggakan kami tidur di atas tanah yang bersih.

#‎mesirkini
Subhanallah!! Apa lagi nak diucap..Indahnya Islam bila Iman itu diletakkan tinggi..Allahurabbi..
Rahmat Allah buat mu wahai Ibu...
Photo: ‎Seorang ibu tua telah menyediakan sedikit makanan buat juadah berbuka puasa dan membahagikan kepada penunjuk perasaan di Medan Rabiatul Adawiyah.

Sumber : نبض رابعة
#mesirkini‎
Seorang ibu tua telah menyediakan sedikit makanan buat juadah berbuka puasa dan membahagikan kepada penunjuk perasaan di Medan Rabiatul Adawiyah.

Sumber : نبض رابعة
#‎mesirkini
Kebangkitan mempertahankan kebenaran tidak dihentikan meskipun mereka juga turut berpuasa seperti kita di seluruh 
Photo: [Ramadhan dan Ummahku]

Mereka bersahur dan berbuka bersama. Bertarawih dan solat malam juga bersama. Berjaga dan tidur juga bersama-sama. Bahkan, hidup mulia dan syahid juga mungkin bersama-sama.

Sungguh, Ramadhan kali ini antara Ramadhan yang bersejarah buat bumi Mesir. Kebangkitan mempertahankan kebenaran tidak dihentikan meskipun mereka juga turut berpuasa seperti kita di seluruh dunia.

Lelaki mahupun perempuan semangat mereka sama. Kita patut malu pada mereka semua yang berhimpun di sana. Mujahadah mereka lebih dari menahan lapar dan dahaga. Mereka mengorbankan masa, tenaga, wang malah nyawa mereka sendiri!
Kini, bilangan syuhada' semakin ramai.

Sungguh, ummat Islam seluruh dunia patut tertunduk malu melihat keadaan mereka. Langsung, hati kita sepatutnya tersentuh melihat mereka yang di sana tetap tabah dan terus dalam perjuangan meskipun dihantar peluru-peluru yang mampu menumbangkan jasad mereka bila-bila masa sahaja.

Sungguh, hanya Allah sahaja yang layak menjadi saksi terhadap setiap perjuangan mereka.

Wahai ummah,
Sedarlah akan nasib yang sedang kita terima ini!

Lihatlah kembali satu persatu realiti yang sedang ditunjukkan kepada kita semua. Ummah yang dikatakan ummah yang terbaik sedang mula ditindas dan dikalahkan. Musuh-musuh kita sudah berani untuk mengambil apa jua jenis tindakan asalkan kita berjaya ditewaskan.

Kini, tibanya masa untuk kita semua sedar dan bersatu. Bersatu dengan hati yang beriman kepada Allah S.W.T itu yang paling utama dalam menumbangkan kezaliman.

Dengan hati yang beriman, akan lahir sebuah keyakinan. Dan apabila keyakinan ini bersatu, inilah keyakinan yang paling kuat ibarat tembok batu yang tersusun rapi batu-batanya.

Maka, marilah kita bersama sama memperbaharui nilai hati kita pada Ramadhan kali ini. Lebih berjiwa rabbani (ketuhanan) dan mengambil peduli akan keadaan dan nasib ummah.

Sudah tentu, Ramadhan adalah detik yang terbaik untuk memulakan langkah dalam muhasabah diri.

Jangan kita terhadkan Ramadhan ini hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Dalam tempoh sebulan yang singkat ini cuba tanyakan pada diri,
Mungkin aku sudah berjaya menjadi seorang Muslim yang baik, tetapi ummahku bagaimana?
Mungkinkah amal-amal yang aku kerjakan selama ini sekadar cukup untuk diri sendiri? 
Apakah amal yang telah aku lakukan untuk memberi faedah kepada ummah ini?

Muhasabah dan terus muhasabah.

Tanpa sedar, kita terlupa bahawa kita hidup bukan semata untuk diri sendiri, tapi kita juga hidup untuk ummah, untuk mereka.
Saling membantu dan saling mendoakan itulah cara perjuangan orang orang beriman.

Walaupun kita tidak mampu untuk menghantar bantuan secara fizikal, tapi kita hantarkanlah hati-hati kita semua sambil menyatakan, "Aku bersama kalian semua." Kita hantarkan juga doa sebagai tanda itulah senjata terbaik yang sama sama kita imani. Moga Allah memberi kemenangan kepada mereka di sana dan kita semua, inshaAllah!

Jujurnya, Ramadhan kali ini banyak membuatkan aku sendiri berfikir banyak tentang ummah. Palestin, Mesir, Syria, Rohingya dan kesemuanya. Negara-negara ini memerlukan kita untuk bangkit mempertahankan mereka semua meskipun dipisahkan oleh sempadan serta batasan.

Wajib kita ingat, aqidah kita dan mereka sama. Keterbatasan kita bukanlah pada sempadan geografi, tetapi pada sempadan aqidah!

Moga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak untuk menyatukan barisan kita semua.

Lagu ini, aku utuskan buat kamu semua.
http://www.youtube.com/watch?v=q5-rDBVt6U0

#mesirkini
Ramadhan dan Ummahku

Muhasabah dan terus muhasabah

Menitikberatkan kesucian dan kebersihan jiwa dengan mendirikan malam dan membaca Al-Quran
Photo: ‎Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan di Medan Rabiatul Adawiyah sebaik sahaja selesai solat Subuh.

Mereka bukan sahaja menitikberatkan kesucian dan kebersihan jiwa dengan mendirikan malam dan membaca Al-Quran, tetapi mereka juga mementingkan kebersihan tempat dan persekitaran. Moga Allah memberikan mereka kemenangan yang segera.

Sumber : حزب الحرية و العدالة بالإسكندرية
#mesirkini‎

Kerja pembersihan sedang dijalankan di Medan Rabiatul Adawiyah sebaik sahaja selesai solat Subuh.
Mereka bukan sahaja menitikberatkan kesucian dan kebersihan jiwa dengan mendirikan malam dan membaca Al-Quran, tetapi mereka juga mementingkan kebersihan tempat dan persekitaran. Moga Allah memberikan mereka kemenangan yang segera.

Sumber : حزب الحرية و العدالة بالإسكندرية
#‎mesirkini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena