Showing posts with label Petisyen. Show all posts
Showing posts with label Petisyen. Show all posts

Thursday, 18 July 2013

Petisyen BN pulak ditolak Mahkamah - PR 2 = BN 2!

Khamis, 18 Julai 2013
Mahkamah tolak petisyen Telok Pasu, Rantau Abang
KUALA TERENGGANU: Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas dua anggota Dewan Undangan Negeri  PAS iaitu Telok Pasu dan juga Rantau Abang hari ini.


Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim mengalah calon BN Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu.


(Ridhuan dan Alias...gembira dengan kemenangan)

Dun Rantau Abang pula dimenangi calon PAS Alias Harun mengalahkan calon BN, Datuk Za'abar Mohd Adib dengan majoriti 90 undi sahaja.

Dalam perbicaraan hari ini, Adun-Adun PAS diwakili oleh peguam Saifudin Othman, Faris Irwan Mustafa, Kamaruzaman Abdul Wahab dan Azwan Rosli.

Calon Umno yang menjadi pempetisyen dalam kes ini pula diwakili lima peguam iaitu Rafai Adnan, Shahri adnan, Ahmad Shamsawal, Hazuan Hamidon dan Mohd Auliat.

Pihak defendan kedua dan ketiga dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula diwakili oleh lapan peguam antaranya Mohd Alfaisi Hashim dan Hafisol Yusof.

Hakim turut memutuskan agar pempetisyen membayar kos sebanyak RM50,000 setiap petisyen untuk SPR manakala Adun PAS masing-masing RM30,000.

Antara punca penolakan mahkamah untuk kes Dun Rantau Abang adalah Ketua Tempat Mengundi SPR mempunyai kuasa penuh dan tidak boleh dipersoal untuk menolak kertas undi yang dicemarkan oleh dakwat kekal.

Untuk kes Telok Pasu pula, mahkamah bersetuju tindakan Ketua Tempat Mengundi menambah satu kertas undi untuk calon PAS dalam pilihan raya itu menjurus kepada kesalahan pilihan raya tetapi ia tidak menyentuh keputusan pilihan raya untuk Dun itu.

Ini adalah perbicaraan petisyen pilihan raya yang pertama berjalan di negeri Terengganu. Sebelum ini, perbicaraan telah berjalan di Kelantan.

Mahkamah 10 Julai lalu menolak petisyen yang difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.

Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.Harakahdaily.
Rantau Abang kena sumpah batu penyu!! - Lagenda,Mitos & Sejarah ...
Read More

Friday, 14 June 2013

60 petisyen Pakatan Rakyat dan BN: Mencabar kredibiliti kepimpinan SPR

Jumaat, 14 Jun 2013
60 petisyen cukup jelaskan p'raya tidak telus
KUALA LUMPUR: Jumlah 60 petisyen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak iaitu Pakatan Rakyat dan BN cukup untuk membuktikan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dicabar dari sudut ketelusannya.

Ianya juga sekaligus mencabar kredibiliti kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan pilihan raya baru-baru ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, biarpun sukar untuk mendapat kemenangan dari petisyen yang telah dikemukakan, namun tindakan itu bagi PAS sekurang-kurangnya mahu menunjukkan bahawa pilihan raya lalu itu banyak kepincangan.

"Petisyen ini bukan satu perkara yang mudah untuk kita menang. Sebab itu saya tidak mahu membuat andaian melalui petisyen ini boleh berubah kerajaan. 

"Petisyen ini, dalam sejarahnya sehingga kini tidak mudah untuk PAS menangi petisyen. Proses petisyen ini kita kemukakan paling kurang pun nak tunjukkan berlakunya rasuah, dan tidak telus dalam pilihan raya lalu. 

"PAS ingin menunjukkan perjalanan pilihan raya ini tidak telus dan tidak adil. Sekurang-kurangnya PAS boleh buktikan itu walaupun mungkin kita tidak menang dalam satu-satu kes," katanya dalam satu temubual dengan Harakah.

Untuk rekod, sehingga tempoh petisyen yang berakhir kelmarin, sebayak 60 petisyen telah dikemukakan.

Dari jumlah itu, 39 adalah dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 oleh BN.

Daripada jumlah 39 yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu pula, PAS mengemukakan 16 petisyen masing-masing empat parlimen dan 12 Dewan Undangan Negeri (Dun).

Mengulas tindakan BN yang turut mengemukakan petisyen, Mustafa berkata ianya sekaligus menunjukkan ada yang tidak betul dalam pengendalian pilihan raya oleh SPR.

"Ini juga menunjukkan banyak benda yang tidak betul dalam SPR ini sehingga menyebabkan banyak petisyen difailkan. 

"Apabila BN juga mengemukakan bukti, mungkin mereka juga mahu menunjukkan rasa tidak berpuas hati," katnya lagi.

Sehubungan itu katanya, maka sudah sampai masanya SPR secara keseluruhanya dirombak dengan diganti oleh kepimpinan baru yang lebih berintegriti dan diyakini oleh parti-parti politik yang bertanding.

Dalam keadaan sekarang ini jelasnya, pihak Pakatan Rakyat dan juga BN nampaknya sudah tidak lagi percaya dengan integriti SPR dan ianya boleh dilihat dengan jumlah petisyen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

"Tuntutan Pakatan Rakyat agar pengendali SPR iaitu Pengerusi dan Timbalan Pengreusinya serta jawatankuasa SPR yang lain mesti meletak jawatan dan digantikan dengan individu yang baru, yang lebih berintegriti. 

"Selama SPR tidak dibuat pembaharuan, kita akan terus menghadapi masalah. Ini bermakna SPR mesti dirombak dan diberi wajah baru," katanya.

[Temubual penuh dalam Harakah edisi Isnin 17 Jun ini]
Harakahdaily.

Umno pun tak percayakan SPR
Keputusan Barisan Nasional (BN) memfailkan 21 petisyen keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuktikan bahawa kritikan Pakatan Rakyat terhadap SPR ada asasnya. Jadi, benarlah bahawa dakwaan PR tentang pelbagai kelemahan SPR dalam mengendalikan PRU13 yang lalu.

Bagi saya, tindakan Umno-BN ini secara tidak langsung mengiakan kritikan PR terhadap SPR. Oleh hal yang demikian, wajarlah mereka yang menerajui SPR meletak jawatan kerana gagal memastikan pilihan raya kali ini diadakan dalam keadaan yang baik.

Secara umumnya, memanglah sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Sudah tentu pihak yang kalah akan berasa tidak puas hati. Namun, dalam PRU13 ini, bukan sahaja pihak yang kalah berasa tertipu malah pihak yang menang pun tidak puas hati dengan sikap dan tindakan “pengadil”.

Namun, saya tidak pasti adakah 21 petisyen BN ini hanya sandiwara atau betul-betul serius. Hal ini kerana merekalah yang bertanggungjawab mencadangkan pelantikan ahli-ahli SPR. Mungkin agak pelik kerana BN meragui orang yang mereka sendiri lantik. Oleh itu, BN sendiri wajar mencadangkan anggota-anggota ini dugugurkan dan melantik orang lain pula.

Cuma diharapkan, pelantikan akan datang biarlah disertakan wakil daripada Pakatan rakyat juga. Supaya kedua-dua pihak yakni BN dan PR tidak dapat membangkitkan kredibiliti SPR kerana masing-masing ada wakil di dalamnya.
Harakahdaily.

Read More

Monday, 10 June 2013

Program Pendemokrasian: Selangor Sedia Biaya Kos Guaman Petisyen

Isnin, 10 Jun 2013
Kerajaan Negeri Selangor bersedia menampung kos guaman petisyen
Sinopsis Buletin 13 Untuk 10062013 Saksikan secara langsung “BULETIN 13″ yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersedia manampung kos guaman mana-mana pihak yang memfaikan petisyen pilihan raya pada kali ini.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, langkah tersebut diambil bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar.

“Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita kerajaan negeri melalui (program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka,” kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dan berkongsikan data menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang yang berusaha mengumpul bukti kepincangan pilihan raya.

Data-data tersebut diperolehi menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Unit Pendemokrasian Selangor sebelum PRU-13 berlangsung.

“Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, Kerajaan Negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, kerajaan negeri melalui geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukkan berjumlah RM5 juta.
Read More

Video PR Fail 24 Petisyen Kerusi Parlimen, Saman Pengerusi SPR, Cabar Seksyen 9

Isnin, 10 Jun 2013
Petisyen Cabar Seksyen 9

BLACK505 PADANG MERBOK PADA 22 JUN 2013
Melibatkan 25 kawasan parlimen dan 10 kawasan DUN
Hazlan Zakaria
Pakatan Rakyat akan mula memfailkan 35 petisyen berhubung kesalahan yang didakwa berlaku semasa pilihan raya 5 Mei, bermula hari ini sehingga tempoh tersebut berkahir pada Khamis.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata tindakan berkenaan akan melibatkan kos permulaan sebanyak RM500,000 dan Pakatan seterusnya perlu mengumpul sebanyak RM1 juta lagi.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Rafizi berkata jumlah berkenaan adalah untuk menampung kos deposit awal untuk petisyen, sebanyak RM15,000, dan kos RM30,000 untuk setoap petisyen yang difailkan.

Kos berkenaan perlu dibayar kepada defendan sekiranya mahkamah mengenepikan petisyen berkenaan atau sekiranya plaintif tewas dalam kes tersebut.

Pakatan bagaimanapun akan dapat menjimatkan kos kerana kebanyakan daripada kos guaman tersebut adalah percuma.

Petisyen yang akan dikemukakan itu melibatkan 25 kawasan parlimen dan 10 kawasan DUN, kata Rafizi.
Malaysiakini.

Kawasan-kawasan Parlimen yang akan difailkan petisyen oleh Pakatan Rakyat..

Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan 24 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen Pilihan Raya 2013 di seluruh negara minggu ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata PR juga akan turut memfailkan 10 lagi petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen itu, 19 daripadanya adalah daripada PKR, dan baki masing-masing empat bagi PAS dan dua bagi DAP.

“Satu petisyen membabitkan jumlah RM10,000 untuk petisyen dan RM5,000 bagi urusan pemfailan kes, justeru kami memerlukan sekitar RM1.5 juta bagi kesemua petisyen,” kata Rafizi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.

Jelas ahli Parlimen Pandan itu lagi, untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh yang dimenangi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya akan memfailkan dua petisyen, yang mana salah satunya adalah petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000 seperti yang diperuntukkan Akta Pilihan Raya.

“Kami mendapat maklumat beliau memberikan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 pengundi di sana yang mana menjadikan perberbelanjaan untuk itu sahaja lebih RM2 juta,” katanya.

Kesemua petisyen berkenaan juga jelasnya akan difailkan secara berasingan mengikut negeri masing-masing. ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat akan memfailkan petisyen pilihanraya di kawasan-kawasan Parlimen berikut:

Difailkan oleh PKR
1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram

Difailkan oleh PAS
1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai

Difailkan oleh DAP
1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis Ini bermakna 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga hari Rabu.
Posted by Anak Sungai Derhaka
Read More

Wednesday, 5 June 2013

PAS memfailkan petisyen di Wilayah Persekutuan, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, dan Terengganu.

Rabu, 5 Jun 2013
Petisyen: SPR gagal kendali PRU13
PRU13: PAS fail petisyen minggu depan
Abang Ahmad Kerdee
KUALA LUMPUR: PAS akan memfailkan petisyen Pilihan raya Umum ke-13 bermula minggu depan di enam buah negeri.
Setiausaha Jawatankuasa Khas Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata setakat ini, terdapat lapan petisyen yang disahkan akan difailkan, tidak termasuk enam dari Terengganu.

"Setakat ini, jumlah petisyen yang disahkan lapan, tidak termasuk enam dari Terengganu. Jika Terengganu memutuskan enam petisyen, maka 14 petisyen akan difailkan. Mungkin juga akan berlaku perubahan sama ada hanya lima yang difailkan Terengganu, bergantung kepada keputusan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) esok," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Mengulas lanjut, Abang Kerdee berkata pada asalnya sebanyak 20 petisyen akan difailkan, bagaimanapun selepas enam kali bermesyuarat dan beberapa saringan dilakukan, jawatankuasa bersetuju untuk memfailkan lapan petisyen.

Petisyen tersebut akan difailkan di Wilayah Persekutuan, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, dan Terengganu.
Menurut Abang Kerdee, semua petisyen yang bakal difailkan mempunyai asas dan bukti yang kukuh.

Sementara itu, PKR dikatakan akan memfailkan 27 petisyen di mahkamah, manakala DAP akan memfailkan tiga petisyen.
Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) juga dilaporkan akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.

Menurut Abang Kerdee, semua petisyen yang bakal difailkan mempunyai asas dan bukti yang kukuh.
Sementara itu, PKR dikatakan akan memfailkan 27 petisyen di mahkamah, manakala DAP akan memfailkan tiga petisyen.
Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) juga dilaporkan akan memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Petisyen itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi sebelum tarikh akhir 11 Jun ini, iaitu 21 hari selepas keputusan PRU13 diwartakan.
Harakahdaily.

PETISYEN PILIHAN RAYA
Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab- sebab berikut:
- Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya
- Ketidakpatuhan undang- undang dan peraturan pilihan raya
- Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang- undang yang dilakukan oleh calon dan ejen- ejen
- Calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya
Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi di dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya  disiarkan dalam Warta. Jika Hakim Pilihan Raya, selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis bagi mengadakan pilihan raya baru di bahagian pilihan raya tersebut.
Read More

Sunday, 26 May 2013

PAS jangka fail 20 petisyen p'raya & Umno K'tan timbang petisyen untuk parlimen Bachok

Ahad, 26 Mei 2013
PAS jangka fail 20 petisyen p'raya

PAS dijangka memfailkan 20 petisyen dan bantahan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas.
Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata petisyen dan bantahan itu melibatkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan DUN di Perak, Terengganu dan negeri lain.

"Jawatankuasa khas yang kita tubuhkan sebelum ini telah meneliti maklumat-maklumat yang membawa kepada petisyen dan bantahan itu. Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi.

Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dilaporkan sekutu PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memfailkan 27 petisyen melibatkan kawasan Parlimen dan DUN manakala DAP masih mempertimbang sama ada akan memfail petisyen.

Pada 22 Mei lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13 dan berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai tarikh pewartaan itu.

Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.

Pada pilihan raya lepas, BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala PAS (21), PKR (30) dan DAP (38).
- Bernama/Malaysiakini
Umno K'tan timbang petisyen untuk parlimen Bachok
Badan Perhubungan Umno Kelantan akan mengemukakan petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Bachok dan tiga DUN dalam tempoh terdekat.
Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keutamaan akan diberikan bagi kawasan Parlimen Bachok dan kerusi DUN Jelawat ekoran calon BN kalah dengan majoriti kecil manakala jumlah undi rosak pula terlalu tinggi.

"Bagi kawasan lain yang membabitkan kerusi DUN Gaal dan kerusi DUN dalam Parlimen Kuala Krai, kita akan buat (petisyen) selepas mendapat pandangan dari akar umbi secara terperinci," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Bendang di Pasir Puteh, semalam.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh yang juga ADUN Semerak Zawawi Othman dan ADUN Selising Zulkifli Ali serta lebih 300 penduduk kampung berkenaan.

Mustapa berkata demikian bagi mengulas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa petisyen boleh dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 diwartakan pada 22 Mei lepas.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, calon Parlimen Bachok iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussin hanya kalah 201 undi kepada calon PAS Ahmad Marzuk Shaary manakala jumlah undi rosak pula sebanyak 946 undi.

Bagi DUN Jelawat, calon BN Datuk Dr Ilias Hussin tewas 102 undi kepada calon PAS Abdul Aziz Kadir manakala jumlah undi rosak pula sebanyak 349 undi.

Mustapa berkata BN juga akan melancarkan Gelombang Merah Kedua sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 sebagai kesinambungan Gelombang Merah yang dilancarkan pada 2011.

Gelombang Merah berjaya meniup semangat rakyat Kelantan untuk bangkit berubah apabila berjaya menambah daripada dua kerusi Parlimen kepada lima manakala DUN pula daripada enam kepada 12 pada PRU13, 5 Mei lepas, katanya.
- Bernama/Malaysiakini

Read More

Wednesday, 22 May 2013

SPR berselindung di sebalik undang-undang - Asmuni Awi

Rabu, 22 Mei 2013
Daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah 
KUALA LUMPUR: PAS sedang mengumpul bukti secara terperinci berhubung dakwaan terdapatnya penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada Pilihan Raya Umum (PRU13),  Mei lalu.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, bukti itu perlu bagi mengemukakan petisyen untuk kerusi Parlimen dan Dun yang dikesan wujudnya penipuan.

"Kebanyakan kes menunjukkan mahkamah tidak bersedia untuk mengubah peraturan yang ada," katanya kepada Harakah.

Pindaan terhadap Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002), ujarnya, menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana- mana pihak.

Ujarnya, pada 2002 hakim pernah membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Likas (Sabah) dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan dan daftar pemilih tersebut tidak bersih dengan dicampur aduk orang yang tidak sepatutnya mengundi.

"Apa yang berlaku selepas itu, SPR mengambil iktibar daripada keputusan mahkamah, undang undang dipinda dengan Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah," jelasnya.

Beliau berkata, kes yang sama berlaku pada Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Pasir apabila mahkamah menolak petisyen PAS walaupun dengan bukti kukuh.

Katanya, beberapa kes ini membuktikan SPR sendiri tidak suka menerima teguran dan kritikan serta berselindung di sebalik undang- undang sedia ada.

Asmuni menegaskan, dalam seksyen yang sama walaupun dibuktikan berlakunya kesilapan, tapi sekiranya keputusan penyelewengan itu tidak boleh menjejaskan keputusan pilihan raya, maka penyelewengan itu dikatakan tetap sah dan tidak boleh dibatalkan.

"Inilah dilema pihak Pakatan, walaupun penipuan dan penyelewengan wujud tetapi amat sukar untuk mengemukakan bukti sepenuhnya kerana tidak semua individu terbabit sanggup menjadi saksi," katanya.
 Harakahdaily.

Read More

Friday, 17 May 2013

9 Exco Perak angkat sumpah di Istana Iskandariah sebentar tadi..

Sabtu, 18 Mei 2013
9 Exco Perak angkat sumpah
Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bersama Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan bergambar bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) yang dilantik pada Majlis Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada Sabtu.



KUALA KANGSAR: Enam muka baru antara sembilan yang mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di Istana iskandariah di sini, sebentar tadi.

Mereka mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Enam muka baru ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Belanja, Mohd Nizar Zakaria; ADUN Tualang sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi; dan ADUN Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria.

Tiga Exco yang diantik semula ialah ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad; ADUN Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. 

Kemenangan rapuh BN di Perak



Petisyen DUN Perak
N.23 : Manjoi
Mohamad Ziad Mohamed (BN) - 21,511
Asmuni Awi (Pas) - 21, 379
Majoriti - 132

N.35 : Manong
Mohamad Kamil Shafie (BN) - 7,405
Jamil Dzulkarnain (Pas) - 7,174
Majoriti - 231

N.20 : Lubuk Merbau
Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN) - 6,261
Mohd Zainudin Mohd Yusof (Pas) - 6,208
Majoriti - 53

N.16 : Kamunting
Datuk Mohammad Zahir Abd Khalid (BN) - 11,784
Mohamad Fakhruddin Abdul Aziz (Pas) - 10,897
Majoriti - 887

N.51 Pasir Panjang
Rashidi Ibrahim (BN) - 15,153
Rohawati Abidin (Pas) - 14,849
Vijayan Subramaniam (Bebas) - 245
Majoriti - 304

N.05 : Selama
Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN) - 6,854
Mohd Akmal Kamarudin (Pas) - 6,235
Majoriti - 619
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena