Pengajaran yang berguna untuk kita semua. Teringat rakyat Malaysia, ada sesetengah orang yang memboikot barangan Yahudi itu masih menghisap rokok sedangkan rokoklah yang menjadi penyumbang terbesar dana yang disalurkan kepada Yahudi.
Difahamkan Mc Donald hanya menyalurkan 5% sumbangan kepada Yahudi sedangkan rokok difahamkan menyumbang sebanyak 12% kepada pertubuhan Yahudi. Wallahu'alam.
Tepat jam 8.00 pagi waktu Gaza atau GMT 5.00 a.m. menjelang hari ke-29 peperangan, Gencatan senjata 72 jam bagi misi kemanusiaan pun bermula. Tentera Zionis berundur dari Gaza secara menyeluruh setelah1,865 orang penduduk Palestin yang terkorban syahid serta lebih 9,000 orang tercedera.
Istilah gencatan senjata yang digunakan oleh rejim Zionis yang didokongi oleh AS serta kroninya di kalangan negara-negara dunia antarabangsa adalah bahasa diplomasi politik Israel bagi menutup maruahnya yang terlondeh di media antarabangsa.
Adalah mustahil untuk Zionis Israel mengumumkan kekalahannya dalam peperangan kali ini setelah hanya berjaya membunuh masyarakat awam dan Infrastruktur di Gaza. Mereka sebenarnya gagal dalam misi ketenteraannya untuk melemahkan Hamas dan apatah lagi untuk menghapuskan Briged al Qassam. Jumlah sebenar tentera IDF dan Polis Israel adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid. Saya percaya bahawa jumlah sebenar korban bakal dikeluarkan dalam beberapa ketika nanti.
Ini tidak termasuk kerugian rejim penjajah Zionis dalam aspek pelancongan, penerbangan, penempatan komuniti penjajah, sektor ekonomi, imej Israel di media antarabangsa serta trauma mental dan kadar pembunuhan diri di kalangan anggota IDF dan masyarakat penjajah Zionis Israel.
Anda mampu menilainya.....
Israel pernah mengalahkan semua negara Arab yang terlibat dalam perang 1967 dalam masa hanya 6 hari.
Tetapi selepas sebulan cubaan memasuki Gaza, mereka gagal memasuki bahkan terpaksa berundur dengan gaya pasukan yang dikalahkan.
KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras tindakan kejam tentera zionis Israel yang membedil penempatan rakyat Palestin sejak minggu lalu sehingga mengakibatkan puluhan syahid termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS melahirkan rasa dukacita dan simpati yang tinggi di atas apa yang menimpa saudara Islam di Palestin.
Sehubungan itu katanya, PAS mengajak seluruh umat Islam untuk sama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin ketika ini.
"Kita minta supaya semua majlis kita khususnya Tarawih untuk baca Qunut Nazilah. Walaupun tradisi qunut selepas hari 15, tapi kita minta terus buat.
"Kita adakan solat hajat khas mendoakan keselamatan saudara kita dan semoga Allah hancurkan kejahatan musuhnya," katanya kepada Harakahdaily.
Selain itu, PAS juga ujarnya membantah sikap membisu kuasa-kuasa besar dunia yang seperti merelakan pembunuhan berlaku di hadapan mata.
Tegasnya, tanpa sebarang tekanan dari kuasa-kuasa besar ini maka lebih ramai jiwa akan terkorban di bumi Gaza itu.
"Kita akan mengadakan satu himpunan bagi membantah kekejaman Israel dan sikap membisu kuasa-kuasa besar dunia terhadap apa berlaku di Gaza," tambah beliau lagi.
Bagaimanapun tarikh perhimpunan itu ujarnya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, PAS juga turut melancarkan tabung khas bagi membantu saudara Islam di sana. - HARAKAHDAILY 10/7/2014
Solat Hajat dan Qunut Nazilah untuk umat Islam di Palestin
Perkembangan terbaru di Palestin para pejuang Hamas sedang berperang dan membalas serangan dari regim Zionis.
Oleh yang demikian saya mengarahkan semua pemuda agar melakukan solat hajat setiap malam dan membaca qunut nazilah di dalam solat fardhu sebagai bekalan doa kepada para saudara kita di Palestin.
Muhammad Khalil Abdul Hadi Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia
Israel Bom 160 Lokasi Di Gaza & Senarai 23 Syuhada.
Hamas_AK-47.
BAITULMUQADDIS - Tentera Udara Israel melancarkan serangan bom ke atas 160 sasaran di Genting Gaza dalam tempoh semalaman selepas meluaskan kempen ketenteraan untuk menghentikan serangan roket dari Palestin, kata seorang pegawai semalam.
"Tentera Israel menyerang sekitar 160 sasaran di Genting Gaza. Sejak dua hari lalu, kami menyerang sebanyak 430 sasaran secara keseluruhan," kata pegawai itu, Jeneral Moti Almoz kepada radio Israel ketika kempen ketenteraan dikenali sebagai Operasi Helang Pelindung memasuki hari kedua semalam. "Sasaran yang dikenal pasti itu termasuk melibatkan kawasan yang menempatkan 120 pelancar roket, 10 pusat perintah dan kawalan Hamas, sejumlah terowong dan dua buah kediaman," tambahnya. Menurut jeneral berkenaan, siri serangan itu menyebabkan stok senjata Hamas mengalami kemusnahan," ujar Almoz.
Menurutnya, pergerakan Islam tersebut kini terdesak dan cuba melancarkan serangan mengejut dari pelbagai tempat.
"Semalam, Hamas cuba menyerang dari laut dan membedil roket jarak jauh ke arah beberapa buah bandar utama seperti Baitulmuqaddis dan Tel Aviv selain Hadera yang terletak lebih 100 kilometer dari Gaza," ujar jeneral berkenaan. "Namun, semua serangan itu dapat dipatahkan oleh tentera Israel," jelasnya.
Dalam pada itu, bedilan roket Hamas berterusan sejak awal semalam. Pasukan keselamatan Israel dilaporkan menembak jatuh sekurang-kurangnya lima roket dari Gaza dengan menggunakan sistem antipeluru berpandu yang dikenali sebagai Kubah Besi. Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam mengaku bertanggungjawab melancarkan bedilan roket tersebut.
Sayap bersenjata Hamas itu menyatakan sekitar empat roket M75 telah dilancarkan ke arah bandar Tel Aviv. Terdahulu, rejim Zionis memanggil 40,000 askar simpanan Israel sebagai persediaan untuk menggempur Gaza bagi menamatkan serangan roket ke atas Israel. Seramai 32 penduduk Palestin terbunuh dengan lebih 230 orang lagi cedera. Sebahagian daripada yang terkorban itu ialah para pejuang Palestin. - Agensi
Nama 23 syuhada yang dibedil zionis Israel
KUALA LUMPUR: 23 nama daripada yang gugur syahid akibat serangan tentera zionis Israel ke atas penempatan rakyat Palestin di Gaza sejak Isnin lalu disebar di internet. Daripada senarai itu, tiga darinya adalah kanak-kanak masing-masing berusia lapan, 10 dan 13 tahun.
Berikut nama-nama mereka yang syahid tersebut.
Sejak Isnin lalu, tentera zioni Israel melancarkan serangan agresif kepada penempatan Palestin mengakibatkan puluhan maut dan ratusan cedera. Pesawat-pesawat tempur Zionis secara intensif melancarkan serangan udara tanpa henti di seluruh penjuru wilayah Jalur Gaza dengan sengit. Israel telah mengumumkan pelancaran serangan tentera - digelar "Operation Protective Edge" - dengan alasan menyekat serangan roket dari Gaza.
Sementara itu, laporan setakat ini menyebut tentera Israel telah melancarkan 447 roket berat, 374 serangan udara agresif dan 39 bom laut ke atas 111 buah rumah di Gaza. Mereka juga turut mensasarkan beberapa buah masjid dan hospital.
Sementara itu umat Islam diseluruh dunia digesa berdoa supaya Allah menyelamatkan penduduk Palestin dari perancangan jahat musuh-musuh-Nya. - HARAKAHDAILY 9/7/2014
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.