Wednesday 9 July 2014

Adakah Kita Bersama Palestin? Israel Bom 160 Lokasi Di Gaza & Senarai 23 Syuhada.

Khamis, 10 julai 2014
View image on Twitter

Adakah Kita Bersama Palestin?

#save4gaza

Ya allah hancurkan musuh islam samada mereka nampak dari segi nyata atau tidak.

kerabu bersuara










 Israel Bom 160 Lokasi Di Gaza & Senarai 23 Syuhada.
Hamas klaim luncurkan roket ke Yerusalem, Tel Aviv dan Haifa
Hamas_AK-47.

BAITULMUQADDIS - Tentera Udara Israel melancarkan serangan bom ke atas 160 sasaran di Genting Gaza dalam tempoh semalaman selepas meluaskan kempen ketenteraan untuk menghentikan serangan roket dari Palestin, kata seorang pegawai semalam.

"Tentera Israel menyerang sekitar 160 sasaran di Genting Gaza. Sejak dua hari lalu, kami menyerang sebanyak 430 sasaran secara keseluruhan," kata pegawai itu, Jeneral Moti Almoz kepada radio Israel ketika kempen ketenteraan dikenali sebagai Operasi Helang Pelindung memasuki hari kedua semalam.
"Sasaran yang dikenal pasti itu termasuk melibatkan kawasan yang menempatkan 120 pelancar roket, 10 pusat perintah dan kawalan Hamas, sejumlah terowong dan dua buah kediaman," tambahnya.
Menurut jeneral berkenaan, siri serangan itu menyebabkan stok senjata Hamas mengalami kemusnahan," ujar Almoz.

Menurutnya, pergerakan Islam tersebut kini terdesak dan cuba melancarkan serangan mengejut dari pelbagai tempat.

"Semalam, Hamas cuba menyerang dari laut dan membedil roket jarak jauh ke arah beberapa buah bandar utama seperti Baitulmuqaddis dan Tel Aviv selain Hadera yang terletak lebih 100 kilometer dari Gaza," ujar jeneral berkenaan.
"Namun, semua serangan itu dapat dipatahkan oleh tentera Israel," jelasnya.

Dalam pada itu, bedilan roket Hamas berterusan sejak awal semalam. Pasukan keselamatan Israel dilaporkan menembak jatuh sekurang-kurangnya lima roket dari Gaza dengan menggunakan sistem antipeluru berpandu yang dikenali sebagai Kubah Besi. Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam mengaku bertanggungjawab melancarkan bedilan roket tersebut.

Sayap bersenjata Hamas itu menyatakan sekitar empat roket M75 telah dilancarkan ke arah bandar Tel Aviv. Terdahulu, rejim Zionis memanggil 40,000 askar simpanan Israel sebagai persediaan untuk menggempur Gaza bagi menamatkan serangan roket ke atas Israel. Seramai 32 penduduk Palestin terbunuh dengan lebih 230 orang lagi cedera. Sebahagian daripada yang terkorban itu ialah para pejuang Palestin. - Agensi 

Nama 23 syuhada yang dibedil zionis Israel
KUALA LUMPUR: 23 nama daripada yang gugur syahid akibat serangan tentera zionis Israel ke atas penempatan rakyat Palestin di Gaza sejak Isnin lalu disebar di internet. Daripada senarai itu, tiga darinya adalah kanak-kanak masing-masing berusia lapan, 10 dan 13 tahun.

Berikut nama-nama mereka yang syahid tersebut.

Sejak Isnin lalu, tentera zioni Israel melancarkan serangan agresif kepada penempatan Palestin mengakibatkan puluhan maut dan ratusan cedera. Pesawat-pesawat tempur Zionis secara intensif melancarkan serangan udara tanpa henti di seluruh penjuru wilayah Jalur Gaza dengan sengit. Israel telah mengumumkan pelancaran serangan tentera - digelar "Operation Protective Edge" - dengan alasan menyekat serangan roket dari Gaza.

Sementara itu, laporan setakat ini menyebut tentera Israel telah melancarkan 447 roket berat, 374 serangan udara agresif dan 39 bom laut ke atas 111 buah rumah di Gaza. Mereka juga turut mensasarkan beberapa buah masjid dan hospital. 

Sementara itu umat Islam diseluruh dunia digesa berdoa supaya Allah menyelamatkan penduduk Palestin dari perancangan jahat musuh-musuh-Nya. - HARAKAHDAILY 9/7/2014

 Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena