Saturday 26 July 2014

Astro mengaku lantik syarikat Amdocs, Israel...Masih ada penguna setia produk Israel!

Ahad, 27 Julai 2014

AKHIRNYA ASTRO AKUI BERI KONTRAK PADA AMDOCS, SYARIKAT YANG DITUBUHKAN DI ISRAEL.

Rangkaian penyiaran Astro mengakui bahawa syarikat itu melantik syarikat yang ditubuhkan di Israel, Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya.

Astro menjelaskan demikian dalam kenyataannya, susulan serangan penggodam yang mensasarkan halaman utama laman webnya, astro.com.my semalam.

Dalam kenyataan itu, Astro menjelaskan bahawa Amdocs kini berpengkalan di Amerika Syarikat dan diapungkan di pasaran saham negara itu.

"Ibu pejabat Amdocs utama terletak di Amerika Syarikat. Southwestern Bell yang berpangkalan di Amerika Syarikat memperoleh 50% daripada kepentingan Amdocs pada tahun 1985.

"Hari ini, Amdocs dimiliki 100% secara institusi melalui penyenaraiannya di Bursa Saham NASDAQ," kata Astro menerusi laman Facebook rasminya petang tadi.

Astro menambah Amdocs mempunyai lebih 20,000 pekerja di 70 negara.

"Anak syarikat Amdocs yang dilantik oleh Astro telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia," kenyataan itu dipetik.

Serangan penggodam ke atas laman web Astro itu berlaku susulan pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi berhubung kontrak lumayan tersebut.

Asyraf yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu menyelar tindakan tersebut, yang tidak sensitif pada perkembangan konflik di Gaza, yang membunuh lebih 800 nyawa umat Islam.

Penggodam memuatkan imej warna bendera Malaysia dan Palestin dengan slogan “#OpSaveGaza”.
Posted by OMAK KAU!

Masih ada penguna 'setia' produk Israel!
Kesetiaan segelintir pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan dari Israel punca mengapa masyarakat di negara ini sukar memberi sokongan terhadap kempen boikot barang negara tersebut.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maaamor Osman berkata, ketaksuban segelintir masyarakat yang tidak mahu menggunakan produk tempatan sebagai ganti akan menyebabkan kempen boikot tidak berkesan. 

"Hanya melalui sekatan ekonomi sahaja yang boleh mengajar kebiadaban tentera rejim Zionis itu daripada terus menodai bumi Palestin.

"Kita nyatakan desakan kepada dunia agar negara itu berhenti berperang. Jangan sekadar berkata-kata, kita harus bertindak.

"Hanya impak ekonomi dapat mengajar kebiadaban mereka. Masyarakat perlu memboikot barangan Israel sebagai tanda bantahan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Maamor, jika selama ini pengguna setia menggunakan produk Israel, maka kesetiaan itu perlu ditujukan kepada produk tempatan. Beliau menegaskan, walaupun ia mungkin bersifat sementara, sekurang-kurangnya ia dapat membantu penduduk di bumi Gaza yang menderita akibat peperangan.

"Secara tidak langsung kita turut menyumbang kepada ekonomi negara melalui pembelian barangan tempatan," katanya.

Maamor berkata, kempen boikot itu tidak akan memberi kesan ketara kepada pendapatan peniaga di Malaysia.
batu vs kayu.
 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena