Thursday 24 July 2014

Pemain bola sepak Israel dibelasah penyokong pro-Palestin...mengutuk serangan ke atas Gaza

Jumaat, 25 Julai 2014

Pemain bola sepak Israel dibelasah penyokong

Posted by Admin on Jumaat, 25 Julai 2014 


Perlawanan persahabatan di antara kelab bola sepak dari Israel, Maccabi Haifa dan kelab dari Perancis, Lille terpaksa dihentikan kerana penyokong pro-Palestin telah menceroboh masuk ke kawasan padang dan membelasah pemain Maccabi Haifa di Austria, semalam.

Penyokong tersebut dikatakan berlari ke arah padang dan terus meluru ke arah pemain Israel sekali gus tercetus insiden pergaduhan sehingga memaksa perlawanan diberhentikan.

Menurut laporan Daily Mail, sebilangan besar pemain Maccabi Haifa sempat meninggalkan stadium tanpa sebarang kecederaan serius.

Insiden ini menunjukkan sokongan masyarakat dunia yang terus-terusan mengutuk serangan tentera Israel ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang dimulakan minggu lalu.

Setakat ini dilaporkan seramai 350 rakyat Palestin telah terkorban atas kekejaman yang dilakukan tentera zionis di tanah air mereka sendiri.

Warkahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena