Monday, 21 July 2014

Vladimir Putin janji keluarkan mayat dan serah kotak hitam...setelah 3 hari tregedi berlaku

Isnin, 21 ulai 2014



Mayat mangsa nahas MH17 dibawa ke bandar Mariupol dengan menggunakan keretapi – Sumber The New Daily. Dalam perkembangan berkaitan, Reuters melaporkan...

Selepas 3 hari, baru Putin janji keluarkan mayat dan serah kotak hitam



Presiden Russia, Vladimir Putin berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat mangsa dan kotak hitam pesawat malang MH17  yang terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine.Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD.
“Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam dan Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk kedua-dua perkara itu,” kata jurucakap itu.
Sebahagian daripada 298 orang dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dikatakan ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda.
Kira-kira 200 mayat diambil dari tempat kejadian di timur Ukraine dan dibawa dalam kereta api sejuk tidak jauh dari situ, menjelang ketibaan penyiasat antarabangsa.
Pemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan. – AFP

SEKUMPULAN pekerja lombong hari ini membantu anggota mencari dan menyelamat mangsa yang terkorban nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di ladang ...












SERPIHAN pesawat MH17 di lokasi nahas berdekatan perkampungan Grabovo, Ukraine. FOTO Reuters #tragediMH17

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena