Showing posts with label Kotak Hitam. Show all posts
Showing posts with label Kotak Hitam. Show all posts

Monday, 21 July 2014

Vladimir Putin janji keluarkan mayat dan serah kotak hitam...setelah 3 hari tregedi berlaku

Isnin, 21 ulai 2014



Mayat mangsa nahas MH17 dibawa ke bandar Mariupol dengan menggunakan keretapi – Sumber The New Daily. Dalam perkembangan berkaitan, Reuters melaporkan...

Selepas 3 hari, baru Putin janji keluarkan mayat dan serah kotak hitam



Presiden Russia, Vladimir Putin berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat mangsa dan kotak hitam pesawat malang MH17  yang terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine.Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD.
“Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam dan Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk kedua-dua perkara itu,” kata jurucakap itu.
Sebahagian daripada 298 orang dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dikatakan ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda.
Kira-kira 200 mayat diambil dari tempat kejadian di timur Ukraine dan dibawa dalam kereta api sejuk tidak jauh dari situ, menjelang ketibaan penyiasat antarabangsa.
Pemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan. – AFP

SEKUMPULAN pekerja lombong hari ini membantu anggota mencari dan menyelamat mangsa yang terkorban nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di ladang ...












SERPIHAN pesawat MH17 di lokasi nahas berdekatan perkampungan Grabovo, Ukraine. FOTO Reuters #tragediMH17

Read More

Sunday, 20 July 2014

[Video] MH17: Ditangan siapa 'Kotak Hitam' sekarang? Amaran FAA, Kenapa Malaysia tidak peka!

Isnin, 21 Julai 2014


Foto pamer lelaki pegang kotak hitam di kawasan nahas. Tapi tidak pula dimaklumkan di mana kotak hitam itu sekarang...


Bukan tujuan mencari kesalahan dengan menunding jari tetapi sekadar melontarkan persoalan demi mendapatkan jawapan agar dapat merungkai kekusutan dan pencerahan.

FAA telah mengeluarkan notis amaran khas lebih 3 bulan yang lalu agar semua penerbangan komersial dikehendaki menggelak menggunakan laluan ruang udara Ukraine kerana negara tersebut sedang bergolak.

Diberitakan Korean Airline sudah pun mengambil saranan FAA dengan tidak menggunakan laluan udara berkenaan.

Apakah MAS tidak dimaklumkan akan amaran FAA atau ambil sambil lewa????

Rakyat berhak tahu .. maka wajar pihak berwajib memberi respon yang menyakinkan rakyat.
Posted by 
Read More

Sunday, 13 April 2014

Hak keatas kotak hitam: Malaysia hantar Peguam Negara ke UK

Ahad, 13 April 2014

Hak keatas kotak hitam


Photo: Kotak hitam tu kecikkkk jer saiz dia... besar Kotak kasut.

Bangkai pesawat sebesar MH370 nak kata terhempas.. tak jumpa2.. taw taw dah cita pasal kotak hitam.

Makin aneh.

Nak bagitaw dah jumpa kotak hitam la ni ya?

Satu bukti sisa pecahan pesawat pon takder, taw taw jumpa korak hitam..

Kah kah kah.. aneh..makin aneh.

Sukahati korang lah.

Asalkan korang #bahagia sudah.
Kotak hitam tu kecikkkk jer saiz dia... besar Kotak kasut.

Bangkai pesawat sebesar MH370 nak kata terhempas.. tak jumpa2.. taw taw dah cita pasal kotak hitam.
Makin aneh.

Nak bagitaw dah jumpa kotak hitam la ni ya?
Satu bukti sisa pecahan pesawat pon takder, taw taw jumpa korak hitam..
Kah kah kah.. aneh..makin aneh.
Sukahati korang lah.
Asalkan korang 
#bahagia sudah.

MH370: Akhirnya Media Kerajaan BN Sendiri Tolak Kesimpulan PM

Setelah masuk hari ke 35 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang, nampaknya makin banyak karut-marut dan perkara yang mengelirukan orangramai berlaku dalam operasi itu. Selain banyak isyarat ping yang kononnya dikesan tetapi akhirnya hilang begitu saja, beberapa objek yang dulunya dikesan begitu banyak di Lautan Hindi dan dipercayai daripada pesawat yang hilang itu, semuanya kini tiada khabar berita lagi.

Operasi pula kini seolah-olah lebih menumpukan untuk mencari kotak hitam pesawat manakala pencarian badan kapalterbang yang jauh lebih besar daripada kotak hitam, tidak lagi menjadi keutamaan. Begitu juga dengan mencari mayat-mayat penumpang yang seramai 239 itu seperti tidak lagi menjadi penting.

Belum pun kotak hitam ditemui, pemangku Menteri Pengangkutan berkata, Peguam Negara kini sudah pun berada di United Kingdom untuk membincangkan mengenai hak keatas kotak hitam itu. Sekali lagi orangramai jadi keliru, bukankah jika membeli pesawat, ia termasuk kotak hitamnya sekali?

Dan kenapa pula kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk menuntut hak keatas kotak hitam itu?

Apakah akan jadi nanti sekiranya hanya kotak hitam ditemui tetapi tiada langsung serpihan pesawat atau cebisan mayat penumpang yang ditemui? Tentulah ada yang bertanya, dari mana pula datangnya kotak hitam itu?

Atau bagaimana pula jika ketiga-tiganya, kotak hitam, pesawat dan mayat langsung tidak ditemui sampai bila-bila?

Meskipun semua orang mahukan kebenaran mengenai apa yang sebenarnya berlaku, tetapi kepentingan waris mangsa tidak seharusnya dilupakan. Waris mangsa hanya mahukan pengesahan jika ada kematian, mestilah ada sekurang-kurangnya cebisan mayat yang ditemui atau jika terhempas, mestilah ada serpihan pesawatnya?


Oleh itu, sementara kotak hitam dicari, tumpuan kepada pesawat dan nasib penumpangnya haruslah juga seimbang.

Dalam masa yang sama, memasuki hari ke 35 ini juga, jika mengambil kira kenyataan penuh sedih Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan pesawat itu dikesan kali terakhir di sebuah kawasan sunyi di selatan Lautan Hindi serta jauh daripada mana-mana landasan yang dalam bahasa mudahnya bermaksud ianya telah terhempas dan tiada yang terselamat, tetapi media arus perdana dah milik kerajaan sendiri seperti menafikan kenyataan Najib itu.

Ada media arus perdana turut meragui pesawat itu terhempas dengan mengaitkan penglibatan CIA dengan kehilangan itu yang lebih dipercayai dengan teori rampasan. Hujah yang digunakan pula amat mudah iaitu jika bangunan WTC di New York boleh dimusnahkan, apalah halnya dengan hanya sebuah pesawat.

Terdapat pula media yang membuat spekulasi bahawa pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid ada menghubungi seseorang yang tidak dapat dikesan ketika pesawat itu terbang rendah di sekitar Pulau Pinang.

Kedua-dua spekulasi ini cuba menghidupkan teori rampasan berbanding terhempas.

Semua teori dan spekulasi ini datangnya daripada media arus perdana dan dimiliki oleh kerajaan. Ia nampak terang-terang cuba menolak kesimpulan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang turut menjaga kepentingan tempat mereka bekerja yang sebelum ini mengatakan MH370 telah terhempas dan tiada penumpangnya yang selamat.

Meskipun Hishammuddin menolak kedua-dua teori itu dan bekas Duta AS, John Mallott juga memperlekeh teori konspirasi CIA itu sebagai bukti kewartananan yang menulis berdasarkan rekaan, paranoid dan perkauman, hakikatnya selepas lebih sebulan kehilangan pesawat itu menjadi misteri, akhbar milik kerajaan sendiri tidak percaya dengan kerajaan.

Jika sebelum ini, Hishammuddin memberi amaran kepada media agar jangan membuat sebarang spekulasi dan salah lapor serta mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, kini media naungan kerajaan sendiri yang berbuat demikian. Bahkan keghairahan mereka ke arah itu melebihi media baru.

Perlakuan mereka ini bukan saja memalukan kerajaan tetapi juga mencabar kewibawaan seorang Perdana Menteri yang sebelum ini terang-terang yakin bahawa pesawat itu telah terhempas.

Tetapi apabila media kerajaan sendiri kebelakangan ini lebih ghairah berspekulasi dan membuat bermacam-macam teori, jawapan Hishammuddin cukup mudah, "seperti media barat, mereka juga bebas melaporkan apa saja. Tetapi akhirnya, jika laporan itu tidak benar, mereka akan hilang kredebiliti".

Senang dan santai saja jawapannya bila terkena batang hidung sendiri.

Persoalannnya, mana janji saman dan ambil tindakan undang-undang yang begitu garang dilaungkan sebelum ini? Mana pula peranan Peguam Negara yang kononnya sudah mula mengumpul bukti mengenainya sejak hari pertama kehilangan MH370 lagi?
SH

Posted & copy by 
Read More

Friday, 11 April 2014

JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan...tiada kaitan dengan kotak hitam MH370

Sabtu, 12 April 2014

MH370 - Ping ciptaan pengganas berjaya tipu SAR

Permainan dalang yang menyebabkan kehilangan MH370 makin hari makin jelas. Dengan meletakkan beberapa kepalsuan melalui penguasaan teknologi, mereka berjaya memperdaya dunia. Mengalih tumpuan daripada realiti dengan maklumat palsu itu dan ini.

Dunia diperbodohkan oleh perampas. Kita imbas kembali berita perang teknologi Amerika dan Russia suatu ketika dahulu.

Amerika mendakwa boleh mengesan sebarang objek sebesar jari kelingking manusia melalui satelitenya manakala Russia mendakwa mampu mengecam setiap orang arab hanya melalui janggut mereka sahaja dengan menggunakan imej satelite.

Tidak terfikirkah dunia mengapa kedua-dua kuasa besar dunia ini tidak menggunakan kecanggihan pengimejan satelite mereka untuk mencari MH370.

Antara kedua-dua negara tersebut siapakah yang berkepentingan terhadap MH370. Negara manakah yang menguasai Australia, United Kingdom, dan India????

Negara manakah yang boleh membuatkan sesebuah kerajaan kecil melutut atas kehauan mereka demi menjaga ekonomi yang terlalu bergantung kepadanya.
Posted by 

MISTERI MH370: HINGGA KINI TIADA BUKTI KUKUH DITEMUI

Towed Ping Locater yang digunakan untuk mengesan isyarat dari kotak hitam.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370” kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/04/misteri-mh370-hingga-kini-tiada-bukti.html#ixzz2ybIPmAPX
Read More

Saturday, 5 April 2014

Kotak Hitam MH370: Haixun (Kapal Peronda China) mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian...

Ahad, 6 April 2014

Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.

Sebuah syarikat pengeluar 'pinger' memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.

"Frekuensi itu sama," kata Anish Patel, presiden syarikat Dukane Seacom kepada CNN.

Penemuan terbaru ini bagaimanapun belum disahkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di Perth yang menyelaraskan gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines itu di selatan Lautan Hindi.

Pakar bagaimanapun mengingatkan isyarat itu mungkin boleh jadi datang daripada benda lain selain daripada pesawat.

Perkembangan ini menyusul selepas 29 hari pesawat Boeing 777-200 itu hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beberapa jam sebelum laporan Xinhua itu terbit mengumumkan pembentukan tiga jawatankuasa kabinet untuk menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu. ~awani
Read More

Wednesday, 2 April 2014

MH370: PDRM Jumpa Petunjuk Baharu!... Kotak Hitam?

Rabu, 2 April 2014

MH370 : Polis Jumpa Petunjuk Baru, Mungkin Akan Membawa Kepada Penyelesaian Kes MH370 Yang Hilang........Hebat Polis Malaysia Tak Payah Kotak Hitam ?


MH370: Petunjuk baru tidak akan didedah [gambar fail]

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis sudah mempunyai petunjuk kehilangan MH370 namun beliau tidak dapat mendedahkan petunjuk yang dinyatakan kerana bimbang ianya akan menjejaskan siasatan.

Menurutnya, seluruh penyiasatan sedang berjalan dan setakat ini pihaknya masih belum dapat menyimpulkan apa-apa persoalan.

"Pihak polis tidak mempunyai pengalaman untuk menangani kes seperti ini sebelumnya, kami masih menyiasat punca kehilangan pesawat tersebut," katanya.

Jelasnya lagi, petunjuk yang diperoleh pihaknya mungkin akan membawa kepada penyelesaian kes ini.

"Kami meneliti petunjuk baru itu bersama laporan yang disediakan berdasarkan empat aspek utama siasatan iaitu, aspek rampasan, aspek sabotaj, aspek psikologi dan aspek latar belakang kru dan penumpang pesawat," katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh The Sun Daily.

IdaMan.


Salah lapor MH370 : Media Tempatan Kena Tindakan?



Hanya Pelampung dan Sampah......

Bagaimana seorang pemimpin no. 1 negara boleh TERUS buat 'kesimpulan' tanpa bukti-bukti kukuh & kekal semata-mata hanya berpandukan data satelit?

Sedangkan pihak INMARSAT sendiri TIDAK TERBABIT dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".

Adakah PM NAJIB lebih arif & bijak daripada pihak INMARSAT ?,  Anda sendiri tahu kan tahap kebijaksanaan PM MALAYSIA kita.



[sinar]- "Adakah media tempatan akan dikenakan tindakan oleh kerajaan  terhadap perlakuan salah lapor kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pesawat MH370," soal  Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini.

Menurut Mahfuz,laporan media tempatan baru-baru ini di muka hadapan akhbar mereka menyimpulkan bahawa pesawat MH370 terhempas sedangkan kenyataan sebenar  Perdana Menteri hanya menyebut isyarat  pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.

"Ada kenyataan daripada kerajaan yang menyatakan bahawa akan mengambil tindakan terhadap pihak media khususnya media asing yang  memberikan laporan  salah atau pun 'manipulate' tentang isu pesawat MH370.

"Sedangkan Hishammuddin  mengatakan bahawa PM tidak pernah mengatakan pesawat itu terhempas. PM hanya katakan pesawat itu berakhir di Selatan Lautan Hindi.

"Antara yang mengatakan ianya terhempas adalah sebuah akhbar tempatan  dengan tajuk akhbarnya yang merujuk kepada pesawat MH370 terhempas.

"Adakah ini menunjukkan bahawa media di dalam negara kita memberikan gambaran yang salah dan 'manipulate' kenyataan yang dibuat oleh PM dan adakah PM  akan mengambil tindakan terhadap media-media ini," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Dalam perkembangan yang sama Mahfuz menggesa agar Perdana Menteri memberi gambaran sebenar mengenai apakah yang dimaksudkan dengan berakhir di Selatan Lautan Hindi itu,bagi memastikan tidak timbul lebih banyak lagi spekulasi.

"Apa maksud sebenar berakhir di Selatan Lautan Hindi .

"Adakah masih terawang-awang  ataupun bagaimana?

"Jadi harus diperjelaskan dan diperhalusi, bagi mengelak lebih banyak spekulasi tidak bertanggungjawab wujud," katanya.


    Laporan tidak benar disiarkan media asing
    Laporan tidak benar disiarkan media asing
[sinar]- TUMPUAN media dunia terarah ke Malaysia sebaik insiden kehilangan MH370 dilaporkan sejak 8 Mac lalu.

Namun di sebalik pihak media melaporkan mengenai punca kehilangan dan di mana lokasi pesawat MAS itu, pihak media asing turut mengambil kesempatan membuat laporan yang mencemar nama baik Malaysia.

Berikut adalah beberapa siri laporan media asing yang dilaporkan berbuat demikian :-

1) Portal Daily Mail dalam laman webnya mendakwa Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah dilihat seperti tidak mempedulikan keadaan keluarga penumpang pesawat MH370 yang sedang bersedih tetapi bermain golf dengan wajah ceria. Ia jelas satu dakwaan berniat jahat menjejaskan imej Malaysia kerana baginda bukannya bermain golf atas dasar peribadi sebaliknya menyertai satu acara pro-am sebelum berlangsungnya Kejohanan Golf Piala EurAsia yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.

2) Portal Daily Mail mendakwa Kapten Zaharie Ahmad Shah berkelakuan tidak seperti kebiasaannya dan sedikit terganggu. Kenyataan itu dikatakan diperoleh daripada anaknya, Aishah Zaharie. Sehari selepas berita tersebut, Aishah menerusi laman Facebooknya membidas kenyataan itu dan mengakui tidak pernah berlaku sesi temu bual di antara mereka.

3) Telegraph menyiarkan gambar pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid bersama seorang wanita berketurunan Afrika Selatan yang disifatkan sebagai 'playboy'.

4) Portal The Mail mendakwa insiden pesawat MH370 berlaku disebabkan penyakit misteri yang dialami oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah.

5) Portal Mirror News mendakwa juruterbang membuat protes politik terhadap negara sekaligus merampas pesawat MH370.

6) The Telegraph melaporkan MAS telah dibayar pampasan sebanyak AS$110 juta (RM364 juta) daripada syarikat insurans berikutan kehilangan pesawat MH370 dan syarikat insurans juga bersetuju untuk membayar kepada keluarga penumpang. MAS bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan memberitahu ia mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi untuk melindungi sebarang liabiliti undang-undang yang timbul daripada penerbangan itu.

7) Saluran berita CNN turut mengaitkan insiden kehilangan MH370 ada berkaitan dengan orang Islam sebagai pengganas dan penghinaan dinyatakan berulang kali dengan mengatakan bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang sebagai pengganas Islam. Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas dakwaan itu.
IdaMan.
Published on Apr 1, 2014
Kerajaan sedang mempertimbang mengheret media yang melaporkan secara salah berhubung usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang ke mahkamah.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk seri Hishammuddin Hussein dalam Twitter hari ini berkata jemaah menteri telah mengarahkan peguam negara supaya mengumpulkan bukti dan memberikan nasihatnya.
Read More

Monday, 24 March 2014

MH370. Mufti dan Ulama dalam UMNO Beranikah?... Pengesahan & Kotak Hitam yang mendebarkan!

Isnin. 24 Mac 2014


Photo: Bila lantik pemimpin bodoh.. lahirlah sebuah negara yang bodoh. ..

#StayStupidVoteUmno
King Jason




Photo: Lagi lawak petang...


Aku lama dah tunggu orang dalam UMNO bersuara bab nih. Yang lantang bersuara hanyalah puak-puak dalam PR tetapi golongan agamawan dalam UMNO tak kedengaran lagi. 

Bab nih aku menyokong penuh pandangan Ridhuan Tee Abdullah. Janganlah hidang arak dan makanan haram dalam penerbangan MAS. Pramugari tuh kena tutup aurat sama. Macam mana nak mendapat keberkatan daripada Allah sepanjang perjalanan kalau didalam kapal dihidangkan benda-benda yang diharamkan oleh Allah.


Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggariskan tujuh langkah yang boleh diambil iktibar selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Pendakwah bebas itu berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tidak menghidangkan makanan dan minuman haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat.
Elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka yang meminta arak itu, adalah di kalangan mereka yang biasa meminum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya,” katanya menerusi kolumnya yang diterbitkan Sinar Harian hari ini.
Usaha mencari pesawat MAS MH370 yang hari ini memasuki hari ke-17 dilaporkan hilang selepas gagal dikesan menara kawalan setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Juruterbang pesawat Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat sewaktu dalam perjalanan menuju ke Beijing.
Selain memastikan arak tidak dihidangkan, Ridhuan mengingatkan agar pramugari pesawat diberi kebenaran untuk menutup aurat dan membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat.
Katanya, jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat kerana syarikat penerbangan negara lain terlalu mementingkan tradisi mereka.
“Tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang.
“Kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika dalam pesawat. Amalkan budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara,” katanya.
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu turut mengingatkan anak kapal agar tidak hanyut dengan keseronokan di dalam pesawat sebaliknya disematkan dengan jiwa kerohanian Islam.
Katanya, selain daripada aspek kerohanian, pemeriksaan ketat di lapangan terbang juga perlu ditingkatkan kerana ia merupakan satu standard operasi biasa di sesebuah lapangan terbang antarabangsa.
“Sebutlah kalimah Bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar. Hati berasa lega berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah yang dikaitkan dengan Allah walaupun tidak semua melakukannya.
“Pemeriksaan ketat juga perlu dilakukan. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta,” katanya. TMI
Tikaqbuloh

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena