Bendera PAS Berkibar Di Palestine Ulangtahun Ke 25 HAMAS Gaza
Jika persetujuan itu membawa keburukan, elok jangan di laksanakan
WhatsApp salah seorang pemimpin tinggi PAS yang telah bocor yang mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat sedang menjadi isu besar yang di gunakan oleh PKR dan DAP terhadap PAS. Isu ini menambahkan kebarangkalian perpecahan dalam Pakatan Rakyat lanjutan dari isu usaha Anwar mahu menukar Menteri Besar Selangpr dengan isterinya sendiri.
Ini isu yang agak besar ‘consequence’ nya jika ia tidak ditangani dengan cepat dan betul. Apakah dia tindakan yang betul dan tepat itu biarlah masing-masing pihak menentukannya kerana perbezaan dan pertelingkahan dikalangan pemimpin dalam Pakatan Rakyat sekarang bertambah besar. Kita tidak tahu apa yang tepat kepada PKR dan PAS mahu pun DAP.
Tetapi pandangan yang tidak sepertinya dari orang seperti saya tindakan yang tepat itu ialah dengan membatalkan sahaja niat Anwar meletakan isterinya itu sebagai MB Selangor. Biarkan ‘status quo’ berjalan seperti biasa. Parti ada hak untuk menentukan siapa Menteri Besar selepas pilihanraya umum yang akan datang. Tetapi keadaan ini payah untuk diperbetulkan lagi kerana setiap pemimpin dalam Pakatan dan yang terakhir sekali ialah serangan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Seremban, Loke terhadap PAS semalam.
PKR dan PR sudah tiada masa untuk menumpukan terhadap isu negara. PKR dan DAP sedang menumpukan masa dan tenaga mereka untuk menegakkan benang basah mereka sambil mendesak PAS mengambil tindakan terhadap Mohd Zuhdi Marzuki, pengarah 'operation research centre’ PAS yang memberikan respond kepada whatsApp rahsia seorang pemimpin tertinggi PAS.
Walaupun Zuhdi tidak menyokong tindakan keluar dari PR tetapi beliau mempunyai imaginasi yang jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat, PAS boleh kekal sebagai pemegang kuasa tetapi kali ini bersama UMNO dan Khalid pun diterima oleh UMNO jika dijadikan Menteri Besar terus-terusan. Kenyataan Zuhdi yang ini merupakan cara untuk mengekalkan kuasa politik Melayu dan Islam dan dengan kuasa yang diperolehi dengan undi kemenangan yang simple dalam DUN Selangor itu boleh menyelesaikan banyak masalah orang Melayu Islam.
Kuasa ini boleh dikekalkan dengan melakukan perubahan kawasan pilihanraya tahun hadapan yang memberikan keuntungan kepada Melayu, dan ia tentulah memberikan keuntungan kepada PAS juga. Ramai dikalangan pemimpin PKR dan DAP begitu berang dengan kenyataan Mohd Zudi ini dan mahu PAS mengambil tindakan terhadap pengarah operasi ‘research Centre’ PAS ini.
Apa yang disebut oleh pemimpin PAS ini sememangnya perasaan dan pandangan pihak bawahan (rakyat) yang ramai ini. Sesungguhnya PAS sememangnya tidak sesuai dengan DAP kerana banyak perkara yang bersalah-salahan diantara kedua pihak dalam isu agama dan kerajaan Islam yang doperjuangkan oleh PAS itu. Perasaan saling tidak mempercayai diantara satu dengan yang lain itu memangnya wujud selama ini, tetapi kerana keterdesakan masing-masing bekerjasama untuk mendapatkan kuasa kerajaan diPutrajaya.
PAS mulai sedar yang mereka telah diperkudakan oleh pihak yang tidak mahu Islam itu diutamakan.
Apabila sudah berlaku perselisihan ini secara terbuka maka ramai diantara ahli-ahli PAS dan mungkin pemimpinnya sekali yang kerjasama dengan UMNO itu merupakan jalan yang terbaik, jika tidak dapat melaksanakan hukum islam itu setidak-tidaknya serangan terhadap hukum islam itu akan berkurangan dari UMNO, kerana sebusuk-busuk UMNO mereka adalah Islam yang boleh bercakap tentang isu kerajaan islam itu. Busuk-busuk bau UMNO itu ia adalah bau orang Melayu islam juga. Carik-carik bulu ayam, lama kelamaan bercantum juga akhirnya. Cincang air tidak akan putus.
Jika perjuangan untuk islam itu adalah lebih baik dengan UMNO kata setengah orang PAS sekarang ini kerana jika diminta dari DAP untuk membantu usaha PAS dalam hal islam ini tidak mungkin diperolehi. DAP pernah bercakap yang mereka tidak akan menyokong perjuangan Islam PAS itu, dan ada pemimpin parti itu berkata perjuangan islam itu akan hanya boleh dilakukan ‘over his dead body’ dan berbagai-bagai lagi.
Semua perlu ingat penyatuan Melayu itu adalah perkara yang amat di geruni oleh setengah pihak dalam Pakatan Rakyat itu. Apa yang dirasakan oleh setengah pimpinan PAS yang mengekalkaan kuasa di Selangor dengan UMNO itu mungkin jalan yang terpaksa diambil kerana kerjasama dengan PKR, lebih-lebih lagi dengan DAP itu merupakan kerjasama yang tidak mantap kerana terlalu banyak perbezaan dari ‘attribute’ parti-parti itu yang bertentangan dengan PAS.
Tuduhan PKR yang PAS memungkiri janji yang telah secara senyap-senyao dipersetujui diantara parti-parti dalam PR itu tidak perlu dijadikan halangan untuk membuat apa-apa tindakan untuk PAS untuk kepentingan Melayu Islam tadi. Jika ada perjanjian yang boleh memudharatkan keadaan negara dan Islam itu yang belum terlaksana tidak ada sebab PAS tidak boleh mengubahnya jika didapati perjanjian itu adalah perjanjian yang memungkinkan membawa kerosakan bangsanya sendiri, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agamanya.
Jika ada persetujuan unyuk membunuh seseorang misalnya, maka kita boleh menarik balik persetujuan itu kerana membunuh itu adalah kesalahan. Begitu juga dengan PAS jika dilaksanakan perjanjian atau ‘understanding’ yang belum terlaksana, PAS boleh untuk tidak menghormatinya jika ia membawa mudarat kepada kepada kerajaan dan rakyat Selangor yang sudah tersedia baik sekarang ini.
Hanya jika PAS berbincang untuk bersama kepimpinan pusat UMNO hari ini sahaja yang memungkinkan tindakan itu sebagai tindakan yang salah kerana tidak mungkin PAS boleh memperbaiki akhlak pimpinan UMNO terutamanya diperingkat pucuk pimpinannya.
PAS boleh memainkan peranan untuk membetulkan UMNO itu sendiri jika parti ini seriius untuk membawa perubahan yang sejati. Alang-alang sudah berada dalam situasi sebegini, PAS boleh membawa perubahan itu kerana parti itu (PAS) merupakan parti yang sangat ber ‘consequence’ sekarang ini.
PAS boleh bersama setengah pimpinan UMNO memainkan peranan untuk melihat ‘new politics’ di negara kita yang amat memerlukan perubahan ini. Blog ini tidak pernah jemu menyebut isu perubahan yang drastik yang membawa kebaikan hakiki untuk semua bangsa dan negara kita ini.
PAS boleh bersama setengah pimpinan UMNO memainkan peranan untuk melihat ‘new politics’ di negara kita yang amat memerlukan perubahan ini. Blog ini tidak pernah jemu menyebut isu perubahan yang drastik yang membawa kebaikan hakiki untuk semua bangsa dan negara kita ini.
0 comments:
Post a Comment