Wednesday, 30 July 2014

[Video] MIC, PPP, NGO buat laporan polis berhubung kenyataan sensitif ustaz Shahul Hameed

Khamis, 31 Julai 2014

Ustaz Shahul Hamid Halal Haram Dalam Kehidupan Seorang Muslim Ceramah


MIC, PPP, NGO buat laporan polis berhubung kenyataan sensitif ustaz

Tiga puluh wakil MIC, PPP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan Hindu hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penceramah bebas kerana didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi berunsur rasis semasa berceramah.
Tiga puluh orang yang mewakili sayap Wanita, Pemuda dan Putera MIC, PPP dan NGO Hindu membuat laporan ke atas Shahul Hameed Seeni Mohd (gambar) di Balai Polis Jalan Patani, Pulau Pinang.
Ketua Putera MIC negeri, NG Senthelnathan berkata mereka mahu polis menjalankan siasatan dan mahu Shahul Hameed berhenti daripada mengadakan sebarang ceramah sehingga siasatan selesai.
"Tidak salah kalau mahu berceramah berkenaan agama Islam tetapi beliau jangan menyentuh agama lain," katanya hari ini.
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC negeri, A Murugan menegaskan pihaknya menolak permohonan maaf Shahul Hameed berhubung insiden itu kerana mahu tindakan tegas diambil ke atasnya. – Bernama, 30 Julai, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena