Sunday 27 July 2014

Dividen hak semua..Felda jangan bertindak zalim!

Ahad, 27 Julai 2015


Saman tidak batal hak peneroka terima dividen

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menafikan hak golongan peneroka hanya kerana tindakan mereka menyaman Felda adalah tindakan yang zalim dan tidak munasabah, kata Presiden Abim, Amidi Abdul Manan.

Beliau menyataan demikian merujuk kepada laporan berkaitan tindakan Felda menafikan hak segelintir peneroka menerima dividen adalah amat dikesali.

"Sekiranya benar seperti dilaporkan oleh beberapa portal berita, tindakan sedemikan adalah tindakan yang bodoh dan jijik," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Abim menyokong segala tindakan berlandaskan undang-undang bagi mengembalikan hak kepada mereka yang dizalimi.

Seharusnya, ujar beliau Felda menghayati prinsip wasatiyyah seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri yang bercirikan kesederhanaan dan menjauhi sebarang bentuk tindakan yang melampau termasuk penganiayaan.

Begitu juga, katanya dengan prakarsa 'hifz ul-mal' iaini penjagaan harta yang terkandung dalam maqasid syariah yang secara jelas tidak membatalkan hak untuk para peneroka untuk mereka menerima dividen atas sebab tindakan mereka menyaman Felda.

Sehubungan, ujar beliau Abim menggesa agar satu penjelasan dibuat oleh Felda bagi merungkai kekeliruan yang mungkin timbul berpunca dari situasi ini.

"Abim percaya kemarahan golongan peneroka terhadap Felda dapat diredakan dengan penjelasan yang rasional dan munasabah," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 27/7/2014



Dividen hak semua, Felda jangan hukum peneroka

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menafikan pembayaran dividen serta duit raya kepada peneroka yang terlibat menyaman agensi itu.

Pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata, Felda tidak boleh menggunakan pemberian dividen itu sebagai sejata untuk menekan peneroka.

"Dividen adalah hak semua pemegang saham yang termasuk peneroka manakala bantuan duit raya diberi atas semangat perayaan agama," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam seramai 20 orang peneroka Felda dari Gugusan Bera dan Rompin membuat laporan Polis di IPD Kuantan ekoran dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir seribu ringgit.

Mereka adalah sebahagian daripada lebih seribu orang peneroka seluruh negara yang tidak dibayar sebagaimana sepatutnya, meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya pada 6 Julai 2014 lalu menyebut dengan jelas bahawa seramai 112,635 orang peneroka layak menerimanya.

Mengulas lanjut Maria berkata, sabiknya Felda mengadakan perbincangan dengan peneroka yang tidak berpuas hati dengan mereka dan bukannya menyekat dividen dan bantuan duit raya seperti yang dilakukan sekarang ini.

"Felda kelihatan cenderung untuk menghukum peneroka ini dan menjadikan mereka contoh kepada yang lain bahawa perkara sama boleh menimpa kepada mereka yang mencabar Felda," katanya lagi. -HARAKAHDAILY 25/7/2014

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena