Friday 25 July 2014

Bravo To Azizul: Penganjur beri AMARAN... Namun dibenar berlumba di Velodrom Sir Chris Hoy

Jumaat, 25 Julai 2014
Azizulhasni Pakai Sarung Tangan ' SAVE GAZA' di Sukan Komanwel

"Ia adalah luahan kemanusiaan dari hati saya sendiri"...Azizul



Azizulhasni Pakai Sarung Tangan ' SAVE GAZA' di Sukan Komanwel

#SAVEGAZA AZIZULHASNI DIBENARKAN BERLUMBA

Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang diberi amaran oleh penganjur namun dibenar berlumba di veledrom basikal Sukan Komanwel Glasgow hari ini susulan tindakannya memakai sarung tangan bertulis 'Save Gaza' (Selamatkan Gaza) pada aksi di velodrom Sir Chris Hoy, awal pagi semalam. 

Azizulhasni berkata, beliau berasa sedih kepada mereka yang menyalahtafsirkan mesej yang cuba disampaikan olehnya dengan mengaitkan tindakan beliau sebagai protes berunsur politik. 



“Tiada kaitan dengan protes berunsur politik. Ia adalah luahan kemanusiaan dari hati saya sendiri. Sejak bila menzahirkan perasaan kemanusiaan dianggap sebagai politik? Apapun, saya memohon maaf kepada anda yang merasakan saya bersalah dan terima kasih kepada sesiapa juga yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya,” katanya dalam status terbaru beliau dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi. 

Pada aksi di velodrom Sir Chris Hoy itu, Azizulhasni memakai dan menunjukkan kepada kamera kedua-dua belah sarung tangannya yang bertulis “Save” di sebelah kanan dan “Gaza” di sebelah kirinya. 

Jurucakap penganjur Glasgow 2014 berkata: “Kami sudah meminta Chef de mission Malaysia untuk memberi laporan supaya kami boleh menganalisis fakta terbabit.” 

Azizulhasni akan beraksi awal pagi ini selepas layak ke suku akhir dalam acara pecut lelaki. 

Pada sesi kelayakan awal pagi tadi, Azizulhasni layak selepas mencatat masa 10.158 saat di kedudukan tujuh terbaik. 
Seramai 12 pelumba terbaik layak ke suku akhir. 

Lantak Hangpa 



Tahniah kepada saudara Azizul Hasni kerana keprihatinan beliau dalam isu Gaza Palestin. Walaupun dia tahu akan akibat atas perbuatannya ini tetapi beliau sanggup dan tetap memakai sarung tangan selamatkan Gaza ini.

Jangan pula lepas nih KBS ambil tindakan dekat Azizul Hasni sudah. Sepatutnya mereka kena menyokong tindakan ini, ini bukan politik tetapi ini melibatkan saudara Islam kita di Gaza yang dizalimi dan ditindas sekian lama oleh Israel laknatullah.

Pasal Komanwel depa nak ambik tindakan itu lain cerita, jangan kita pun ikut sekali.

Pelumba basikal Malaysia Azizulhasni Awang (gambar)  bakal berdepan tindakan disiplin oleh jawatankuasa Sukan Komanwel apabila memakai sarung tangan "Selamatkan Gaza" di velodrom Glasgow semalam.
Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul memakai sarung tangan tertera perkataan "save" pada sebelah tangannya manakala pada sebelah lagi "Gaza". Ia dirakamkan oleh kamera selepas perlumbaan yang membawanya ke pusingan suku akhir.
Tindakan itu mungkin memberikan amaran kepada Azizul atau dia boleh dihalang daripada menyertai perlumbaan seterusnya.
Pihak berkuasa Palestine berkata, lebih 750 rakyat negara itu yang kebanyakannya orang awam terbunuh sejak diserang Israel 8 Julai lalu.
Pada laman Twitter dan Facebook, Azizulhasni, yang mempunyai hampir 40,000 pengikut Twitter dan lebih 200,000 likes pada Facebooknya, mencatatkan gambar pengakuan beliau bagi rakyat Palestin.
"Alhmdulillah saya memenangi pusingan 1, 1/4 esok terhadap Kiwi tetapi pasukan pecut layak pertama petang ini. Plz berdoa," katanya melalui twitter yang telah ditweet semula 1,100 kali ketika berita ini disiarkan, dengan ramai antara mereka berdoa agar beliau berjaya dalam perlumbaannya hari ini.
Bantahan Azizulhasni ini datang ketika jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 800 di mana sebahagian besar rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib rakyat Palestin, malah  kedua-dua belah jurang politik mengutuk serangan terbaru terhadap orang awam.
Semalam 15 terbunuh apabila sebuah sekolah antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi tempat pelarian mencari perlindungan ditembak Israel.
Susulan itu menyebabkan kemarahan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon yang mengarahkan serangan dihentikan serta merta.
Azizulhasni, 28, anak kelahiran Terengganu dan bapa kepada dua anak itu merupakan pembawa bendera kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, dan memenangi pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia pada April 2008.
Pada Februari 2011, kemalangan semasa perlawanan akhir Piala Dunia acara keirin di Manchester menghalang beliau meneruskan pertandingan. Sumber

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena