Tuesday, 29 July 2014

Jangan semua pakat nak jadi NAKHODA & HERO...'Itu pandangan peribadi Zuhdi, bersifat informal'

Rabu, 30 Julai 2014

AWASI MUSUH DALAM PARTI...

PAS mengarahkan pemimpin PAS di semua peringkat supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Sepatutnya tidak berlaku kenyataan yang menyerang peribadi antara satu sama lain di kalangan pemimpin PAS, reaksi yang keluar kekdang melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah dan ini menimbulkan persepsi yang tidak baik pada PARTI..

sebaik-baiknya mereka wajar mengikut kaedah berjamaah ketika berbeza pendapat... jangan semua pakat nak jadi NAKHODA & HERO..



'Itu pandangan peribadi Zuhdi, bersifat informal'

Ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad hari ini berkata pandangan seorang anggota kepimpinan PAS berhubung cadangan bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor yang bocor dalam aplikasi mesej Whatapps sebagai "pandangan peribadi".

Dr Dzulkefly yang juga ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS berkata pandangan bersifat informal Dr Zuhdi itu juga tidak mewakili pendirian PAS dan tidak mewakili dapatan pusat berkenaan.

Dr Zuhdi adalah ketua pegawai operasi pusat penyelidikan PAS.

"Pendapat yang dikemukakan oleh Dr Zuhdi merupakan suatu pandangan peribadi yang dikomukiasikan melalui media sosial dan bersifat informal.

"PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berjiwa besar meraikan perbezaaan pandangan tidak boleh dipertanggungjawab terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahliya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum," katanya dalam satu kenyataan.

Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena