Thursday 24 July 2014

Pembantaian MH17: SIAPA YANG NAK PERGI TANGKAP? atau Kesudahannya terlepas dari sebarang tindakan?

Khamis, 24 Julai 2014

AGAK2 SAPA YG NAK PERGI TANGKAP PEMBERONTAK2 DI UKRAINE TU DAN BAWA KE MAHKAMAH? INGAT RUSIA NAK BENARKAN? APA BUKTI YG ADA NAK TUDUH MEREKA SEDANGKAN PIHAK RUSIA JUGA KEMUKA BUKTI KEMUNGKINAN UKRAINE YANG TEMBAK? MH370 YG HILANG DI RUANG UDARA SENDIRI PUN MESIA TAKLEH BGTAU APA BERLAKU, INIKAN PULAK KEJADIAN YG BERLAKU BERATUS RIBU BATU DI NEGERI ORANG. BAGAIMANA PULA MEREKA2 YG LALAI BUATKERJA SEHINGGA MH370 TIDAK DIPINTAS APABILA TIBA2 MENGUBAH LALUAN? ADAKAH MEREKA2 INI AKAN TERLEPAS DARI SEBARANG TINDAKAN?




ADA PERSAMAAN TAK? MH17 DITEMBAK DAN MELETUP, MAYAT2 BERKECAI, TAK TAHU SIAPA PUNYA ANGKARA, ALTANTUYA, DITEMBAK DAN DILETUPKAN SEHINGGA MAYATNYA BERKECAI..SAMPAI SEKARANG TAK TAHU SIAPA YG BUNUH DAN ARAH/ UPAH UNTUK BUNUH; TAK MALU KE MESIA KAT DUNIA KES DALAM KAIN SENDIRI TAK SELESAI?

http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa
Pemuda BN mahu dalang MH17 dibawa ke muka pengadilan

Pemuda BN mahu dalang MH17 dibawa ke muka pengadilan
Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kedutaan Rusia bagi mendesak pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dibawa ke muka pengadilan.
Naib Ketua Pemuda BN Khairul Azuan Harun berkata penyerahan kotak hitam dan jenazah mangsa tidak mencukupi, sebaliknya dalang insiden berkenaan juga mesti didakwa.
"Pemulangan dua kotak hitam dan jenazah mangsa tidak mencukupi, sebaliknya keadilan mesti ditegakkan dalam usaha kita mencari siapakah penjenayah sebenar.
"Kami minta tiada mana-mana negara melindungi penjenayah ini," katanya kepada pemberita bersama ratusan peserta yang membuat bantahan di hadapan Kedutaan Rusia hari ini.
‎Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan persefahaman dicapai dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine untuk memulangkan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 serta kotak hitamnya ke Malaysia.

Beliau memberitahu perjanjian dibuat dengan Alexander Borodai, yang mengakui dirinya sebagai perdana menteri yang mengetuai puak pemisah timur Ukraine di daerah Donetsk di mana MH17 terhempas.
Ketika media barat dan negara kuasa besar bertelagah dalam isu MH17, Najib berjaya menggunakan saluran diplomasi untuk menangani tragedi tersebut. –TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=173272%3Apemuda-bn-mahu-dalang-mh17-dibawa-ke-muka-pengadilan&Itemid=2#ixzz38NdUAzWZ
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena