Thursday 24 July 2014

Saham McD Jatuh!

Jumaat, 25 Julai 2014

SAHAM McDONALDS JATUH, BETULKE McD MALAYSIA TIDAK TERLIBAT BIAYA DANA UNTUK ISRAEL?



Saham McD Jatuh !

Alhamdulillah... Usaha kita dan seluruh dunia dalam memboikot produk2 Israel membuahkan hasil. Inilah kejayaan yg patut kita raikan bersama dan menadah tangan untuk bersyukur kepada yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Kepada mereka yg suka memperlekehkan usaha memboikot ini, sila letak tangan di dahi dan fikirkan kembali.

**SHARE jika anda salah seorang yg memboikot produk Israel. 
www.facebook.com/DrAsmadi

McDonalds Malaysia Nafi Biaya Dana Kewangan Untuk Israel



Jika kita perhatikan di mana-mana cawangan rangkaian makanan segera popular, McDonalds di seluruh Malaysia sekarang, kebanyakan lenggang berikutan usaha boikot yang dijalankan masyarakat kita mula mendapat perhatian.

Ini kerana McDonalds sebelum ini diwar-warkan sebagai bersubahat dan bersengkongkol dengan negara Israel yang kini sedang membedil umat Islam di Palestin sejak dua minggu lalu.

Namun, menerusi kenyataan di akhbar, McDonalds Malaysia tampil memberikan penjelasan yang mereka langsung tidak menyumbang kepada dana kewangan kepada mana-mana negara, termasuklah Israel.

“Kami ingin menekankan bahawa McDonalds TIDAK menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau royalti daripada restoran-restoran kami untuk menyokong SEBARANG bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara di dunia,” memetik kenyataan akhbar mereka.

Menurut mereka, lagi disebabkan perbuatan memboikot McDonalds, mangsa yang sebenar dan terhimpit dengan keadaan ini adalah pekerja mereka yang berusaha mencari rezeki untuk ahli keluarga mereka.

Sekali lagi, McDonalds menegaskan mereka tidak terlibat atau menyokong mana-mana kegiatan politik, keganasan atau penindasan di seluruh dunia.


Selain itu, mereka turut menyampaikan perasaan simpati terhadap mangsa-mangsa yang tidak bersalah dalam mana-mana tragedi kemanusiaan. – MYNEWSHUB.MY
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena