Wednesday 30 July 2014

[Video] "Isu Serbuk Kari" Ceramah Shahul Hamid (Tak Mengaji Ceroi) dihentam MIC...

Khamis, 31 Julai 2014



Ceramah Shahul Hamid: Mengapa penganut Hindu marah?


MIC kait ustaz 'serbuk kari' dengan PAS

Kira-kira 150 orang berhimpun di Dataran Brickfields petang ini bagi mendesak supaya tindakan diambil terhadap seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Shahul Hamid.

Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan yang hadir pada protes itu menuntut PAS menjelaskan sama ada Shahul adalah seorang anggota parti itu selepas beliau didakwa menghina agama Hindu dalam satu ceramahnya di Shah Alam, Februari lalu.

"Jika ia benar, PAS mesti mengambil tindakan terhadapnya," kata Saravanan (kiri) yang mendakwa "diberitahu" akan perkara itu.

Dalam video kontroversi itu, Shahul Hamid didakwa menyeru umat Islam agar tidak membeli serbuk kari daripada "pembekal Hindu".

Shahul dalam video tersebut menyebut nama dua syarikat pengeluar produk rempah masakan popular.

"Jika anda pergi ke kilang Alagappas terdekat Permatang Pauh, akan ada patung (dewi) di pintu masuk dan lidah keluar.

"Mengapa lidah keluar? Kerana dewi mesti rasa semua serbuk kari sebelum mereka menjualnya," Shahul berkata demikian dalam video tersebut.

Video berkenaan dikesan tersebar meluas di Facebook dan menimbulkan kemarahan dari kumpulan penganut Hindu.

Menyedari perkara itu, Shahul dikesan memuatkan satu lagi rakaman video di Facebook bagi memohon maaf, dan menjelaskan bahawa kenyataan tersebut dibuat di majlis tertutup.

Katanyak, beliau tidak menyangka videonya itu akan disebar meluas dan menimbulkan kontroversi.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PAS, Mohd Nasaie Ismail ketika dihubungi menafikan yang pendakwah berusia 39 tahun itu merupakan anggota kepada sayap tersebut.

Beliau bagaimanapun mengakui mengenali Shahul sebagai salah seorang daripada peserta program TV bagi mencungkil bakat pendakwah, Mimbar Pencetus Ummah.

“Dalam rekod keahlian Pemuda PAS tiada rekod nama beliau.

"Kita (PAS) tak pernah kenal Ustaz Shahul Hamid, tapi mengetahui beliau menyertai program Pencetus Ummah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sewaktu dihubungi pula menjelaskan pihaknya memerlukan sedikit masa untuk memeriksa jika nama Shahul terdapat dalam daftar keahlian mereka.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena