APAKAH ADA ‘TANGAN’ YAHUDI YANG MELAGAKAN KITA DI MALAYSIA
Apakah rakyat Malaysia tidak terfikir bahawa di negara kita Malaysia pun ada ‘tangan-tangan Yahudi’ yang merancang dan melaga-lagakan bangsa kita supaya berpecah supaya senang ditakluki oleh kuasa asing yang berminat untuk menguasai negara kita. Mungkin kita tidak terfikir kerana kita amat selesa kini dengan keadaan negara kita yang kononnya dalam keadaan aman dan damai. Namun dalam suasana ‘aman dan damai’ itu sedarkan kita bahawa seolah-olah ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba melaksanakan dasar ‘pecah dan perintah’ ke atas rakyat negara ini, supaya matlamat akhirnya ialah kehancuran kepada negara.
Seingat aku, tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah Malaysia wujudnya ‘batu api’ yang sentiasa cuba ‘memanaskan’ isu hubungan kaum antara Melayu dan bukan Melayu dan antara Islam dengan bukan Islam seperti yang berlaku kini. Tidak pernah. Akhir-akhir ini ternampak dengan jelas elemen yang cuba mengadu domba, mengapikan perbalahan antara Melayu dan bukan Melayu ini. Seolah-olah usaha sedemikian nampaknya berterusan, lepas satu, satu.
Walaupun ada wujud perasaan ketidakpuasan antara satu kaum dengan kaum lain itu, namun tidak dinyatakan dengan jelas berbanding dengan sekarang. Sentiasa tersimpan demi untuk menjaga hati dan perasaan kaum lain yang mungkin terguris dengan kenyataan yang sensitif. Beberapa tahun kebelakangan ini, hal untuk menjaga hati dan perasaan orang lain (kaum lain) semacam tidak dipedulikan. Masing-masing mementingkan diri sendiri.
Ada terdapat dua tiga kerat golongan NGO yang sentiasa mendabik dada, seolah-olah merekalah jaguh yang mewakili kaum Melayu, yang akan sentiasa mempertahankan orang Melayu dan beragama Islam sehingga ke titisan darah terakhir (konon!!). Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka langsung tidak menggambarkan rasa hormat mereka kepada kaum-kaum lain yang ada di negara ini yang juga merupakan rakyat Malaysia sejati mengikut perlembagaan Malaysia.
Sememangnya ditegaskan oleh Perlembagaan Malaysia mengenai hak keistemewaan orang Melayu kerana syarat demikian menjadi tukaran dengan pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu yang ingin bermastautin di Tanah Melayu. Itu merupakan perjanjian kemerdekaan. Dan dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu. Dan diterima dengan senang hati oleh golongan bukan Melayu ( yang tahu tentang sejarah Malaysia).
Selepas 50 tahun merdeka, senarionya tentulah berubah dan keadaan bangsa Malaysia juga berubah. Peristiwa 13 Mei 1969, walaupun pahit untuk dikenangkan, tetapi telah memberikan berbagai pengajaran dan ingatan kepada rakyat Malaysia. Peristiwa itu telah menjadi ‘sempadan’ bagi bangsa Malaysia untuk terus maju berlandaskan perpaduan yang kukuh dan utuh. Sepatutnya Peristiwa 13 Mei 1969 diwar-warkan sebagai peristiwa yang telah mengubah ‘landskap’ hubungan antara kaum di Malaysia. Kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang kukuh. Sepatutnya begitu.
Sememangnya terbukti bahawa bangsa Malaysia telah dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni selepas 1969. Tidak terdapat sebarang pergaduhan kaum ( yang mirip seperti persitiwa 13 Mei 1969). Semua kaum merasa selesa dan selamat berada dalam negara bertuah ini. Semua kaum terasa tentang kenikmatan tinggal di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Tidak ada kaum yang merasa terhina dan tersisih. Malah dapat dikatakan bahawa tidak ada kaum yang merasa ‘menyesal’ hidup dan tinggal di Malaysia. Dan begitulah harapan bangsa Malaysia.
Namun beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang merasakan bahawa suasana yang sedemikian agak berubah, apatah lagi apabila sudah ada kumpulan-kumpulan tertentu yang sudah tidak segan silu menyatakan sesuatu yang mungkin ‘mengecil dan melukakan’ hati kaum-kaum lain di negara ini.
Aku terpanggil untuk mempersoalkan mengapa terjadi sedemikian? Apakah ada pihak-pihak tertentu yang ‘membiayai’ kumpulan NGO ini yang tugasnya semata-mata untuk menimbulkan perbalahan antara kaum di negara supaya dengan demikian mereka akan dapat ‘menangguk di air keruh’. Aku tidak ada jawapannya.
Melihatkan gelagat dan tindakan beberpa kumpulan samseng yang agak bermaharajalela di negara ini, aku yakin dan pasti bahawa tentu ada ‘tangan’ yang ‘menggerakkan’ aktiviti yang sedemikian rupa. ‘Serangan’ ke atas Dewan Undangan Pulau Pinang misalnya adalah merupakan tindakan yang amat biadap. Bayangkan tempat mulia, merangka dasar dan undang-undang negeri berani dicerobohi. Tentu sekali hal yang sebegini tidak akan berlaku sekiranya tidak ada pihak-pihak tertentu yang mendalangi perbuatan sedemikian dan melindungi perbuatan sedemikian. Mungkin ada agaknya.
Beberapa peristiwa ‘luar biasa’ yang berlaku di negara ini yang tidak pernah berlaku pada zaman-zaman sebelumnya telah membuat aku terfikir bahawa apakah ada kemungkinan pihak Yahudi yang telah berjaya menyusup masuk dan mempengaruhi tindakan segelintir rakyat di Malaysia. Apakah begitu? Aku terpaksa beranggapan sedemikian disebabkan tindakan licik kaum Yahudi di mana-mana saja di dunia ini sehinggakan mereka berjaya dengan apa yang mereka kehendakki. Apakah Malaysia juga tidak terlepas dari perencanaan kaum Yahudi untuk menghancur-luluhkan bangsa Malaysia dan seterusnya meranapkan negara Malaysia itu sendiri.
Sejarah telah membuktikan bahawa terkeluarnya Singapura dari Malaysia adalah sedikti sebanyak ekoran dari peranan yang dimainkan oleh Alex Josey (Yahudi) yang bertugas di bawah Lee KuanYew.JTA ( The Global Jewish News Source) bertarikh 8 Disember 1986 berjodol “ Flap over Herzog’s Visit to W. Germany’ ada menyatakan, ‘The Straits Times, an English-language daily in Singapore, reported that Mustapha Ali also charged that Singapore policy was influenced by a Jew, Alex Josey, the biographer of Singapore Prime Minister Lee Kuan Yew, whom he formerly served as press spokesman”
Sekiranya kaum Yahudi berperanan untuk menentukan pemilihan pemimpin-pemimpin dunia yang disukai oleh mereka, dan menjahanamkan puak-puak Islam yang tidak ‘direstui’ oleh mereka, maka apakah ada kekecualiannya kepada negara kita sekiranya mereka mahu berbuat demikian. Kadang-kadang aku terfikir bahawa apakah ada ‘tangan ghaib Yahudi’ yang cuba mengadu domba kaum-kaum di Malaysia yang sedang menikmati hidup secara aman dan damai ini.
Mungkin pihak NGO di Malaysia yang sedang dipergunakan untuk tujuan itu tidak sedar bahawa mereka sedang diperlatkan oleh golongan Yahudi. Dan eloklah pihak-pihak yang tertentu berhati-hati dengan tindakan halus pihak Yahudi ini. Kita mengharapkan janganlah ada ‘pisang yang berbuah dua kali’. Kita kini menangisi tentang nasib rakyat Palestin di Gaza. Takut kalau-kalau kita juga akan menangis, menerima nasib yang agak sama seperti rakyat Palestin.
Tanah milik Palestin semakin ‘mengecut’. Kita bimbang juga kalau-kalau tanah Melayu milik kita juga akan mengecut satu hari nanti.
Takut jadi Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai.
Takut jadi Mat Jenin yang mati dalam angan-angan.
Takut jadi Lebai Malang yang kelaparan disebabkan kebodohan.
0 comments:
Post a Comment