Monday 21 July 2014

MAS kena 'mandi bunga'?...Amerika sedang menunggu masa untuk mengambil kesempatan!

Selasa, 22 Julai 2014

Nahas MH17: Malaysia pastikan kotak hitam tidak diusik - PM Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang sebagai penghormatan terhadap tragedi pesawat MH17 ...

Kedatangan penyelidik dari tim OSCE itu bertujuan untuk mencari informasi terbaru mengenai kotak hitam MH17. Malaysia Airlines jatuh di Ukraina.


Tim monitor Organisasi Kerjasama dan Keamanan di Eropa (OSCE) berada di lokasi jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17 Boeing 777 dekat pemukiman Grabovo 
www.antaranews.com

#tragediMH17 Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) antara anggota Pasukan Siasatan Khas Misi MH17 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ukraine

Mereka yang berperang, mangsanya MH17 dan kita...

Mereka yang berperang, mangsanya MH17 dan kita
Perang tidak pernah menguntungkan sesiapa, hanya untuk golongan atau para pemimpin yang berkepentingan sahaja. Perang juga adalah lambang kekejaman manusia kerana harga yang perlu dibayar adalah kematian dan kerosakan harta benda. Nyawa menjadi barangan yang tidak punya nilai di medan peperangan.
Nyatalah mat mat hippies yang berambut panjang dengan mata kuyu di zaman woodstock dulu lebih mulia hati, visi dan niat mereka dari para pemimpin yang lantang dan bersemangat menyuarakan tentang keamanan dan kasih sayang namun merekalah yang membuka kunci pintu peperangan dan kemusnahan dunia.
Semua hasrat dan tujuan itu atas satu matlamat yang jelas, yakni untuk berkuasa dan meluaskan kekuasaan. Tidak dinafikan mereka perlukan watak jahat itu kerana meneruskan kesinambungan cita cita sang iblis yang berperanan untuk cerita dukacita dan dendam di dunia ini.
Nyatalah juga lagu ‘Imagine’ ciptaan dan nyanyian John Lennon itu lebih telus sifatnya dalam menyatakan hasrat dan keamanan dunia tanpa perang.
John Lennon kata ‘Imagine there’s no heaven, its easy if you try. No hell below us, above us only sky’
Maknanya bukannya syurga neraka itu tidak wujud, katanya bayangkan sahaja. Kalau dia kata imagine there’s a heaven, maknanya syurga itu tidak wujud.
Kata Lennon lagi, ‘imagine there’s no countries, it isnt hard to do, nothing to kill or die for, and no religion too’
Agama dijadikan untuk satu cara hidup, mendidik kita menjadi manusia yang percaya pada wujud yang satu, untuk hidup berkasih sayang dan aman damai.
Tapi kita lihat cerita dunia dari dulu sampai kini, sejak agama dicipta, manusia sesama agama dan mazhab bertelagah antara sesama mereka.
Malangnya mereka ( pemimpin yang rakus dan jahat ) tidak akan suka kepada golongan yang cintakan perdamaian dan kasih sayang, sebabnya itu tidak memberikan apa apa keuntungan dan kekuasaan terhadap mereka.
Sudahnya cerita sedih dunia ini selamanya akan dilengkapkan dengan cerita kematian, kemalangan jiwa, kemusnahan dan segala yang berbentuk penderitaan akibat halalnya peperangan itu di mata mereka.
Hari ini kita lihat cerita sedih di Gaza yang tidak pernah sudah dengan cita-cita Israel yang tidak akan kunjung padam, begitu juga di Syria mahupun Iraq.
Israel semakin gila, habis dibunuh rakyat dan anak kecil yang tidak berdosa. Apabila peperangan menjadi subjek yang halal, apa yang boleh dunia boleh lakukan untuk menghentikan kekejaman mereka?
17hb Julai 2014, di saat umat Islam bersiap siap untuk menyambut Hari Raya yang tinggal lebih kurang 10 hari saja lagi di saat artikel ini ditulis, dunia dikejutkan lagi dengan berita bencana yang melibatkan kemalangan jiwa yang tragis.
Pesawat Malaysia Airlines ( MAS ) MS17 yang membawa 298 orang ( 283 penumpang dan 15 anak kapal ) telah terhempas ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, didakwa ditembak atau tersalah tembak oleh kedua-dua pihak, samada dari tentera Ukraine mahupun golongan pemisah Pro Russia.
Putrajaya pula setakat ini mengesahkan 298 penumpang ‎terkorban; 189 daripadanya warga Belanda, 44 warga Malaysia, Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) New Zealand (1)
Umum dunia telah mengetahui Ukraine dan Russia sedang berperang dan kesannya MH17 yang menjadi mangsa. Mungkin tidak sengaja, namun inilah keburukan peperangan.
Saya pun tak tahulah betapa beratnya ujian yang menimpa MAS semenjak dua menjak ini. Sudahlah MH370 yang sehingga hari ini sudah masuk 4 bulan, masih belum tahu apa kisah dan ceritanya, ditambah pula tragedi yang menimpa MH17.
Bezanya MH370 hilang tanpa kesan sehingga ke hari ini, atau mungkin sampai kiamat, manakala MH17 ditembak samada dari pihak tentera Ukraine mahupun Russia.
MH370 dan kehilangannya sehingga ke hari ini kekal menjadi cerita misteri yang tidak mampu dihuraikan, menjadikan kisahnya akan dicerita sehingga zaman berzaman, sedang MH17 segalanya jelas dan mereka yang bertanggungjawab perlu bertanggungjawab.
Sudahlah syarikat penerbangan kerajaan MAS mengalami kerugian demi kerugian saban tahun, (tahun ini kerugiannya berjumlah RM 1.17 billion ) bertambah pula dengan malapetaka yang datang bertimpa timpa.
Kalau nak ikutkan kepercayaan orang Melayu dulu dulu, kalau anak mereka sering ditimpa bermacam penyakit dan masalah, alamatnya kena mandi bungalah untuk pulihkan semangat. Itu kepercayaan orang dulu dulu, pun masih diamalkan sehingga ke hari ini.
Dalam situasai MAS pula, saya pun tak pasti apa yang akan mereka lakukan setelah 2 peristiwa yang merupakan mimpi ngeri belaka yang telah mereka alami.
Dunia ini sebahagiannya adalah mimpi, sebahagiannya adalah kenyataan. Cerita kapal terbang hilang dan ditembak adalah kenyataan. Kita boleh untuk tidak percaya dengan menganggapnya sebagai ilusi belaka.
Cuma selepas kenyataan itu adalah ilusi, kerana sedetik ke belakang bukanlah milik kita lagi. Kita mungkin dibekalkan memori walau hanyalah sekadar memori yang bila sampai masanya jua, tetap akan reput dimakan usia dan waktu.
Hari ini wajah wajah sedih ada dan akan kelihatan di mana mana. Mereka yang berperang, kita yang merasa kesannya. Manakan tidak, 44 penumpang adalah warga Malaysia dan kita nyata bersimpati kepada keluarga mangsa yang terlibat, begitu juga kita turut bersimpati pada warga dari negara lain yang terlibat.
Negara kita bukannya di dalam peperangan, pun secara tidak langsung kita telah merasa tempiasnya. Sebelum ini kita lebih kisahkan Gaza dan Palestin.
Bila terjadi tragedi yang menimpa MH17, secara tidak langsung kita mula membaca tentang perkembangan perang antara tentera Ukraine dan tentera pemisah pro Russia.
Nyata juga Amerika sedang menunggu masa untuk mengambil kesempatan dan melakukan sesuatu, walau ianya tidaklah semudah itu kerana Russia juga sebuah negara yang kuat. -Malay Mail

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena