Tuesday 22 July 2014

Mayat Nahas MH17 dibawa ke Bandar KHARKIV ... Diserahkan kepada pasukan Malaysia & Belanda

Selasa, 22 Julai 2014




MAYAT MALAPETAKA MH17 DIBAWA KE BANDAR KHARKIV MELALUI DONESTSK UKRAINE TIMUR DENGAN MENGGUNAKAN KERETA API


Kereta api yang membawa mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah memulakan perjalanannya ke bandar Kharkiv melalui Donetsk di timur Ukraine.

Ini berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang rasmi Presiden Ukraine Petro Poroshenko.

"Presiden memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasinya," kata kenyataan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata enam anggota pasukan khas Malaysia akan menyertai perjalanan kereta api itu.

Beliau membayangkan bahawa dari Kharkiv, 282 mayat berkenaan akan diserahkan kepada wakil dari Belanda dan kemudian dibawa ke Amasterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia itu.

Terletak di timur laut Ukraine, Kharkiv adalah bandar kedua terbesar negara itu.

Pesawat Boeing 777 MAS bersama 298 orang penumpang dan anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh pada Khamis di wilayah Donetsk, di timur Ukraine.

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena