Saturday 26 July 2014

[Video] Mayat mangsa nahas MH17 tiba di Eindhoven...Kesatuan (Nufam) mahu kru MAS dibenar bertudung...

Sabtu, 26 Julai 2014

Pramugari MAS - Tudung Oh Tudung
Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran. Adakah tudung itu sekadar mengambil syarat sahaja atau sekadar mengambil hati penumpang-penumpang yang akan berhaji? Maka jadilah tudung hanya sebagai alat. Terus diperalatkan dan dipersendakankan. Lalu, orang-orang kafir akan tengok dan mereka semakin tidak faham makna tudung tambahan apabila lihat telatah pramugari-pramugari MAS ini.
by SeLaMbeR

Kesatuan mahu kru MAS dibenar bertudung

Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) mengulangi gesaannya agar Malaysia Airlines membenarkan anak kapal dari kalangan wanita untuk memakai pakaian menutup aurat.
Ia menjawab kritikan yang mengaitkan tragedi pesawat MH370 dan MH17 dengan pakaian seragam anak kapal MAS yang didakwa tidak menutup aurat.
Nufam dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan seperti itu tidak adil kerana anak kapal tersebut tidak berhak menentukan pakaian seragam mereka.
Tuduhan bahawa anak kapal wanita itu mengabaikan tanggungjawab agama mereka juga "tidak betul dan tidak adil" kerana mereka pernah meminta untuk mengenakan tudung atau hijab bersama pakaian seragam.
"Kini tiba masanya isu pakaian seragam hijiab dikaji bagi anggota kru beragama Islam yang ingin mengenakannya dalam penerbangan," kenyataan itu dipetik.
Ia mengulas kenyatan MP PAS semalam yang menggesa MAS mengkaji semula dasar berhubung hidangan alkohol dalam penerbangan dan pakaian kru wanita yang tidak menutup aurat.
Dalam kenyataannya, Nufam turut menyelar pengguna Internet yang melabelkan anggota krunya sebagai "murahan".
“Pada masa kita semua bersedih dengan kejadian MH17, ada pihak yang berjenaka dan mengutuk kru kami. Mereka turut menyebar tulisan jahat mengenai kru wanita kami.
"Kami merayu kepada individu ini supaya menghentikan kritikan ke atas kru kerana mereka terikat dengan perkhidmatan," kenyataan itu dipetik. -M'kini
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Photo: MAS hilang penentang sajian arak dalam penerbangan dengan hancurnya MH17

Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin.

Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

"Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut.

Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu.

Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.

"Sekarang salah seorang pejuang dalam jihad kita menentang alkohol dijemput pergi dahulu... tetapi kita akan teruskan perjuangan ini," kata beliau dalam Whatsapp.

Walaupun Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya, MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan milik negara masih menghidangkan arak dalam penerbangan.

Ia dibuat berdasarkan permintaan dan juga amalan biasa dalam mana-mana syarikat penerbangan utama dunia. – 19 Julai, 2014

MAS hilang penentang sajian arak dalam penerbangan dengan hancurnya MH17

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena