Showing posts with label Isu Dedak RM90 Juta. Show all posts
Showing posts with label Isu Dedak RM90 Juta. Show all posts

Tuesday, 26 December 2017

[Video Kenapa Najib Tidak Berani Ikut PAS Hadi Awang Saman Claire Isu Dedak RM90 Juta 1MDB] Lepas sangkal Hadi, pakar hadis diserang label 'anjing'.

Rabu, 27 Disember 2017


Lepas sangkal Hadi, pakar hadis diserang label 'anjing'
Selepas menyatakan pandangan berbeza dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pakar hadis Dr Rozaimi Ramle diserang di alam maya dengan gelaran “anjing” dan “doktor hadas”.
Rozaimi awal petang ini memuat naik rakaman skrin status Facebook yang mencemuhnya itu serta mempersoalkan sikap "pejuang Islam" itu.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang menyerangnya itu.
“Dalam Islam nasihat dan teguran kepada kesilapan dan kesalahan itu adalah hak Muslim.
“Ia diambil dari hadis Nabi sallallah alaih wasallam. Tapi bagi manusia ini, orang yang memberi teguran dikiaskan seperti hadas (kotor) dan anjing.
“Adakah ini sikap pejuang Islam? Belum jadi kerajaan sudah begini sikap penyokongnya apabila pimpinannya dikritik. Fikirkanlah jika mereka berkuasa,” kata anggota Majlis Fatwa Perlis itu.
Dalam Islam nasihat dan teguran kepada kesilapan dan kesalahan itu adalah hak muslim. Ia diambil dari hadis Nabi sallallah alaih wasallam. Tapi bagi manusia ini, orang yang memberi teguran dikiaskan seperti hadas (kotor) dan anjing.
Adakah ini sikap pejuang Islam? Belum jadi kerajaan sudah begini sikap penyokongnya apabila pimpinannya dikritik. Fikirkanlah jika mereka berkuasa.
Dr Rozaimi Ramle

Penyerangnya itu antaranya berkata:
"So kalau ada seorang doktor hadas, eh hadis itu tak habis-habis menyalak ke PAS dan TGHH (Hadi) walhal TGHH dan kepimpinan PAS itu tidak peduli pun ke dia, kita tak payah peninglah. Dah memang kerja doktor hadas, eh hadis, itu menyalak.
"Nanti adalah kot tuan dia mana-mana datang bagi tulang kat dia sambil kata 'good boy, good boy'," menurut status itu.
Rozaimi sebelum ini tidak sependapat dengan Hadi yang menyelar tindakan mengutamakan calon perdana menteri dan pembentukan kabinet bayangan jika mereka menang pilihan raya.
Hadi berkata tindakan itu bercanggah dengan adab Rasulullah SAW.
"Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam bertanyakan siapa ketua negaranya, lantas Baginda SAW bersabda: 'Itu urusan Allah yang menentukan dengan kehendak-Nya'," katanya.

Rozaimi bagaimanapun berkata hadis itu tidak berkaitan dengan penamaan calon pemimpin, sebaliknya ia berkaitan dengan isu meminta jawatan.

“Jika dilihat dari teks ini, jelas Bani Amir sudah dapat gambaran bahawa Nabi akan menjadi pemimpin mereka.

“Mereka seperti sudah dapat gambaran calon pemimpin apabila menang dan membentuk kerajaan nanti. Justeru mereka mahu berkuasa setelah Nabi.
“Bagi saya, cubaan menggunakan riwayat ini untuk mengatakan langkah menamakan calon pemimpin bukan adab Islam adalah tersasar,” hujahnya.

malaysiakini
Read More

Friday, 1 December 2017

[Video KOMENTAR: Isu Dedak RM90 Juta Claire vs Hadi] SPRM tangkap penyamun bukan jadi perkakas kepada penyamun.

Jumaat, 1 Disember 2017

Image result for Foto SPRM tangkap penyamun

SPRM tangkap penyamun bukan jadi perkakas kepada penyamun

SPRM tangkap penyamun bukan jadi perkakas kepada penyamun

ULASAN: Episod-episod mutakhir ini semakin jelas memberikan petunjuk bahawa Malaysia yang dipimpin oleh seorang penguasa dan ahli keluarga yang telah diketahui diserata dunia mencuri berbillion ringgit dari khazanah negara semakin terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencemarkan imej musuh2 politiknya.

Modus operandi dan matlamat politik penguasa desperado ini mudah dibaca.Lakukan apa sahaja asalkan imej musuh2 politiknya juga tercemar dan ranap seperti ranapnya imej beliau.
Maka dipergunakan segala kuasa yang masih ada padanya dengan menyerang musuh2 politiknya dengan siasatan dan tuduhan dan selepas ini tangkapan2 yang jelas bermotifkan politik semata-mata.
RCI Forex jelas merupakan perkakas politik, bermotif politik untuk mencapai cita-cita politik penguasa penyamun desperado ini. Hanya orang yang bodoh dan pemakan dedak yang sudah buta dan pekak sahaja yang tidak dapat melihat motif sebenar RCI.
Sebab itu seluruh dunia mentertawakan kita melihat isu 30 tahun lalu tiba-tiba menjadi isu besar hari ini dan jelas laporan RCI semalam memperlihatkan matlamat akhirnya ialah mengheret bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi musuh politik utamanya hari ini menjadi tertuduh dan tercemar imej mereka seteruk tercemarnya imej Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.
Maka jadilah Malaysia sebuah negara yang mana pemimpin-pemimpinya semua kelihatan seperti penyamun.
Walhal hakikatnya ialah yang terbukti seorang penyamun adalah PM hari ini. Hanya di akaun peribadi dia duit berbillion masuk. PM-PM sebelum ini tidak pernah ditangkap mempunyai berbillion ringgit di dalam akaun mereka.
Siasatan dan tangkapan SPRM juga dilihat dalam modus operandi yang sama. Sebelum ini seorang bekas menteri yang digugurkan dan menjadi ancaman besar kepada negeri Sabah ditahan dan disiasat. Hampir kesemua nama-nama besar didalam partinya diheret sekali.
Semua orang yang berakal faham ianya bertujuan politik semata-mata kerana pengaruh tokoh ini dan pasukannya semakin mengancam kedudukan mereka.
Yang terbaru ialah tangkapan dan siasatan di Selangor semalam. Jelas ianya juga bertujuan politik kerana satu operasi biasa yang membabitkan syarikat biasa dengan urusniaga berjumlah sederhana tiba-tiba  menjadi isu luarbiasa. Serangan media terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dilakukan secara habis-habisan dengan skrip tersusun rapi. Sekali lagi setiap orang yang berakal waras akan faham ini adalah serangan politik desperado.
Azmin diserang kerana ketokohan beliau memimpin Selangor semakin terserlah. Azmin bukan sahaja popular di Selangor malah pengaruh dan ketokohannya hari ini diakui diluar sempadan Selangor.
Roadshow Peduli Rakyat yang dipimpin beliau baru-baru ini di Utara dan Selatan tanahair mendapat sambutan kelas seorang pemimpin nasional.
Maka juak-juak pemimpin penyamun desperado ini pasti mengatur langkah membunuh reputasi seorang pemimpin yang semakin popular ini.
Hisbah ingin mengingatkan institusi kerajaan untuk kekal mempertahankan integriti pentadbiran dan jangan sekali2 terperangkap dan menjadikan diri mereka perkakas kepada penguasa penyamun ini. Rakyat hari ini tidak sebodoh yang disangka mereka.
Hisbah juga ingin menegaskan prinsip keadilan yang mesti dipertahankan oleh pentadbir-pentadbir kerajaan yang mengangkat sumpat taat setia kepada negara bukan kepada pemimpin negara yang sudah masuk kelas pemyamun terhebat dunia.
Saya sebagai bekas ahli jawatankuasa Parlimen mengenai tadbir urus SPRM juga mengingatkan SPRM untuk pertahankan profesionalisma mereka yang saya tahu sangat utuh dibina dizaman Tan Sri Abu Kasim. Sekali lagi saya ingatkan, jangan sekali2 biarkan diri kamu menjadi perkakas kepada penyamun. Kamu lebih tahu siapa sebenarnya penyamun paling besar di negara ini. Maka tangkaplah penyamun itu. Bukan menjadi perkakas kepada penyamun itu. Bertindaklah berasaskan dzamir dan sumpah kamu kepada negara ini.
*Penulis adalah Pengerusi Hisbah dan bekas  Ahli JK Parlimen SPRM 2010-14.
 Malaysia Dateline

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena