Showing posts with label Keluar Dewan. Show all posts
Showing posts with label Keluar Dewan. Show all posts

Saturday, 22 October 2016

[Video] Bajet ciput? Hang kata ekonomi negara KUKUH! Belanjawan 2017: Kerajaan BN buat hutang tertinggi dalam sejarah.

Sabtu, 22 OKTOBER 2016
Hang kata ekonomi negara KUKUH....pasai pa nk kna mkn sikit plk???

Bajet ciput?

Belanjawan 2017: Kerajaan BN buat hutang tertinggi dalam sejarah

nga kor ming 2

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Rakyat khususnya generasi muda negara ini terpaksa mewarisi beban yang berat ekoran hutang melebihi paras RM811 bilion meliputi hutang negara dan hutang jaminan kerajaan dalam Belanjawan 2017 semalam.
Jumlah itu sekaligus merupakan aras tertinggi hutang kerajaan BN dalam sejarah selain mencatat rekod baru defisit sebanyak RM43.15 bilion dalam tempoh 20 tahun.
“Defisit kali ini berjumlah 3.15 peratus dari jumlah KDNK, ini menunjukkan kerajaan BN gagal menepati sasaran defisit kurang dari 3.1 peratus.
“Hutang negara terus meningkat. Jumlah kos bayar hutang negara pun meningkat dari RM26.5 bilion menjadi RM29.17 bilion,” kata Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming kepada Roketkini.
Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak RM2.46 bilion atau sebanyak 11.1 peratus daripada jumlah bajet digunapakai setiap bulan untuk membayar hutang.
Menurutnya lagi, rakyat pula semakin terbeban dengan kos kehidupan yang semakin tinggi ekoran pemansuhan subsidi minyak, diesel, gula, tepung, beras dan minyak masa.
Dalam keadaan itu pun, kerajaan BN akan terus memerah rakyat dapabila menyasarkan kutipan cukai GST sebanyak RM40 bilion pada 2017.
“Jumlah ini pasti akan meningkatkan beban rakyat,” katanya.
Ujar anggota Majlis Eksekutif DAP Pusat itu, selain hutang dan perolehan pendapatan kerajaan melalui GST, apa yang menimbulkan tanda tanya ialah tindakan kerajaan memotong peruntukan bagi pembangunan.
“Jumlah belanja tinggi tetapi Pembangunan amat kurang. Daripada jumlah RM262.8 bilion bajet 2017, sebanyak 81.7 peratus diberi untuk belanja mengurus dan hanya 18.3 peratus saja untuk belanja membangun,” jelas beliau.
Keadaan ini katanya hanya akan terus menjadi beban kepada negara sekaligus rakyat terbanyak khususnya generasi muda yang terpaksa mewarisi segala masalah akibat tadbir urus kerajaan BN yang lemah. – Roketkini.com
Read More

[Video] Bangkit (keluar dewan) atas kapasiti saya sendiri, akui Mahfuz & "Terima kasih PAS tidak sertai BERSIH 5," kata Jamal

Sabtu, 22 Oktober 2016

Bangkit atas kapasiti saya sendiri, akui Mahfuz

Mahfuz  bertindak keluar dewan atas pendirian peribadi bukannya parti.
Mahfuz bertindak keluar dewan atas pendirian peribadi bukannya parti.
Datuk Mahfuz Omar satu-satunya Ahli Parlimen Pas yang bertindak protes dengan keluar dari Dewan Rakyat ketika setengah jam terakhir pembentangan Bajet 2017 oleh Najib Razak hari ini.
Menjawab soalan pemberita berhubung reaksinya, beliau berkata, tindakannya adalah atas pendirian peribadi bukannya parti.
"Saya individu, saya bangkit sendiri. Saya bangkit atas kapasiti saya sendiri kerana saya nak menjawab PM (Perdana Menteri).
"PM soal, saya jawab. Ini bukan rancangan saya tanya ustaz jawab, ini PM tanya, MP jawab," ujarnya.
Diasak lagi tentang sikap ahli parlimen Pas lain yang masih mengikuti pembentangan Najib itu, beliau tidak mengetahui tentang hal tersebut.
"Saya pun tidak tahu mereka keluar atau tidak. Saya pun tak nampak. Saya keluar ramai-ramai (dengan MP lain)," ujarnya lagi.
Mengulas pembentangan Bajet 2017 Najib yang turut menyelitkan penghargaan kepada Allahyarham Datuk Haron Din, beliau mempersoalkan jaminan daripada aspek tata kelola ditambah wujudnya gejala kleptokrasi.
"Bagaimana pengurusan dan perbelanjaan kewangan itu nanti dengan dasar kleptokrasi yang diamalkan kerajaan selama ini?
"Ia tidak menjawab persoalan tersebut bila kita lihat wang peruntukan bagi bekalan air di Sabah itu boleh ada dalam almari pejabat seorang pegawai kerajaan!" bidasnya.
Menurut beliau, tambahan kepada BR1M juga disifatkan tidak menyelesaikan masalah sebenar rakyat ketika kos kehidupan semakin meningkat.
"Peruntukan untuk BR1M sudah maksimum seperti yang dijanjikan kerajaan BN. Mungkin berlaku pilihan raya dalam tempoh terdekat," tegasnya.
Selanjutnya, Mahfuz turut menyentuh beberapa aspek lain termasuk peruntukan kepada pemandu teksi dan penoreh getah.
"Bil elektrik yang tinggi ditanggung rakyat. Tambang pengangkutan makin meningkat.
"Sepatutnya syarikat-syarikat pemandu teksi itu dihapuskan. Beri semua permit individu bukan tambah tapi permit syarikat masih dikekalkan.
"Hapuskan semua permit syarikat. Ini sudah tentu tidak memberi makna kepada pemandu teksi.
"Bantuan tiga bulan RM200 untuk pekebun kecil dan penoreh getah juga tidak cukup sepatutnya RM1,000 sebulan," ujarnya lagi.
Malaysia Dateline
Read More

Friday, 19 September 2014

Kontroversi "Keluar Dewan" ketika perasmian...ini bukan sikap Pemuda PAS

Sabtu, 20 September 2014



Keluar ketika perasmian bukan sikap Pemuda PAS

MUHAMMAD FAIZAL 

BATU PAHAT: Pemuda PAS Malaysia hari ini menegaskan tindakan segelintir perwakilan yang keluar dewan sewaktu Timbalan Presiden PAS berucap perasmian muktamar tahunan dewan itu ke-55 bukan sikap Pemuda yang sebenarnya.

Perwakilan Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS turut menegaskan jika setiap ahli tidak berpuashati dengan kepimpinan ia perlu mengikut landasan yang sebenarnya.

"Ada perwakilan kata yang keluar dewan itu adalah sikap Pemuda PAS, itu tidak benar sama sekali. Pemuda PAS tidak mempunyai sikap tersebut kita menghormati pemimpin.

"Kita yang pilih pemimpin kenapa kita hendak pertikaikannya, kalau tak berpuashati tahun depan pemilihan jadi kita boleh ambik keputusan untuk tidak memilih pemimpin yang kita tidak sukai," ucap beliau pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat petang ini.

Beliau menambah, Pemuda PAS Malaysia juga tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan bersedia menerima teguran daripada pimpinan tertinggi.

Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia itu turut mempersoalkan peranan Jawatankuasa Displin serta tindakan yang diambil terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor.

"Kita nak tahu apa peranan Jawatankuasa Disiplin, apa keputusan yang telah diambil, wujud atau tidak.

"Kelewatan membuat keputusan menyebabkan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada kedua-dua mereka, saya bukannya menyokong tetapi kita ingin tahu peranan jawatankuasa tersebut," ucap beliau.

Beliau turut menyarankan agar PAS Pusat menubuhkan satu Jawatankuasa Krisis Pengurusan bagi menyelesaikan krisis dalam PAS.

Katanya, jawatankuasa ini berfungsi sebagai badan penyelesaian kepada kekecohan yang berlaku serta memastikan kemelut tersebut tidak akan berulang lagi. - HARAKAHDAILY 19/9/2014
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena