Showing posts with label Lokap. Show all posts
Showing posts with label Lokap. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

KETUA PEMUDA UMNO INDERA MAHKOTA disumbat dalam lokap!...

Selasa, 24 Jun 2014




Mendapat maklumat dengan bergambar bahawa pihak polis telah menangkap Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota dan beberapa rakan beliau kerana terlibat dalam menyerang dan membelasah beberapa peserta demo Lynas di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah  Kuantan.

Mereka kelihatan dirakam sedang disumbat dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang.

Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat keatas individu yang dikenali sebagai ahli PERKASA/Pemuda UMNO telah melakukan serang keatas peserta demo Lynas yang sedang berhimpun diperkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan menunggu rakan-rakan mereka dalam proses untuk dibebaskan dan jaminan polis.

Difahamkan sebilangan dari mereka mendapat kecederaan ekoran dari serangan tersebut.
Posted by 
Read More

Thursday, 22 May 2014

MACAI Umno Tak Takut di PENJARA...Pooodddaaahhh!! Rintihan Macai Perkasa yang di lokap polis...

Jumaat, 23 Mei 2014

Perghhh !!! Semangat Juang Macai Macai UMNO Hanya Jeritan Depan TV je.. Kena Hujan Lari...


Lihat sendiri dengan gambar sebagai bukti berbicara ... buka minda dan tenangkan jiwa sambil menerima fakta betapa semangat juang UMNO terlalu longgar dan amat rapuh lagi reput sekali.

Bunyi cukup nyaring gebang kencang bila membuat bising .. mengalahkan ayam jantan berkokok... realitinya?

Inilah yang terjadi pagi tadi ketika segerombolan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membuat perangai samseng taik kucing kering lagi celaka didepan bangunan Ibu Pejabat DAP di Pudu sambil berteriak macam polong sambil nak ugut bakar bangunan DAP KL.

Bila turun hujan sikit lari lintang pukang berteduh dibawah jambatan .. sekadar air hujan jer .. bukannya kena simbah pancutan air asid lagi .. FRU pun sekadar memerhatikan sahaja.

Amat berbeza dengan para pejuang Pakatan Rakyat ketika Himpunan Bersih lalu.. disimbah dengan pancutan air berasid dan gas pemedih mata .. mereka tidak gentar dan berganjak malahan terus menunjukkan semangat juang cukup kental tidak kenal erti gentar dan cuak.

Macai-macai Pemuda UMNO cakap memang berdegar-degar macam nak terbalik dunia ... JANGAN MAIN-MAIN DENGAN UMNO KONON ... KAMI PEMUDA UMNO TIDAK TAKUT MASUK PENJARA ... Pooodddaaahhh!!!!! .... air hujan pun tidak sanggup berbasah kuyup. ... Kalau dengan pancutan air berasid dengan bom asap pemedih mata tidak dapat bayangkan macam mana keadaan dan gelagat para macai UMNO ini.

Posted by 


Adun Tak Jenguk - Rintihan Macai Perkasa Yang Ditahan Di Lokap Polis P. Pinang

PADAN MUKA... Kat Hang!
BLM 
Read More

Wednesday, 21 May 2014

Utusan (Lidah Rasmi Umno) Kena Tegur Dengan PDRM?...'Lokap Selagi Tak Bayar'

Rabu, 21 Mei 2014
May 19 

Relax kan minda anda dgn LAWAK 'TINTED'...
Krikk... Krikk... Krikk... !!!




KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG ISU KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTAJUK ‘LOKAP SELAGI TAK BAYAR’

Ketua Trafik Pasukan telah mengadakan sesi sidang media menyentuh mengenai isu Samseng Jalanan, Nombor Pendaftaran Kend
eraan, Op Cermin Gelap, Marshall, Op Warta dan juga statistic kemalangan. Ekoran daripada sidang media tersebut, pada 17 Mei 2014 (Sabtu), Akhbar Utusan Malaysia muka surat 15 ruangan 1-5 telah menyiarkan laporan bertajuk ‘Lokap Selagi Tak Bayar.’

2. Ketua Trafik Pasukan telah memaklumkan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan dihadapkan ke mahkamah dengan seberapa segera. Walau bagaimanapun kenyataan tersebut telah disalahtafsir daripada kenyataan sebenar.

3. Ketua Trafik Pasukan berasa kesal terhadap sesetengah pihak yang cuba memutar belitkan kenyataan yang dikeluarkan dengan tujuan menjadikannya lebih sensasi.

SAC Mohd Fuad bin Abd Latiff
Ketua Trafik Pasukan


BARU TAHU PUKULAN UTUSAN LIDAH BIAWAK RASMI UMNO ... KALAU TIDAK MASAAKAN ASYIK KALAH KENA SAMAN DIMAHKAMAH.

KALAU KENYATAAN KETUA TRAFIK PASUKAN PUN UTUSAN TANPA SEGAN SILU DAN BERASA BERDOSA SANGGUP MEMUTAR BELITKANNYA DEMI SENSASI BERITA DAN MEMBANGKITKAN RASA MARAH RAKYAT KEPADA PDRM .. APA YANG UTUSAN TIDAK SANGGUP LAKUKAN?

Posted by 

lulus banyak2 pada kenderaan import, tinted dan kedai2 aksesori... cukup time buat upacara penyembelihan secara berjemaah atas jalanraya... ini "government marketing strategy" namanye... utk sape, utk mama kita jugak... so, cukurrrr....


DS Zahid Komedi — dengan Dheena Dhayalan dan Roy De'rasta Zeroeight.


Eksklusif: PERATURAN CERMIN GELAP DIPINDA

Foto

Pindaan diputuskan dalam bengkel khas babit semua agensi

Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan semalam memutuskan untuk meminda peraturan penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan di negara ini. 

Bagaimanapun, perincian mengenai pindaan itu akan diputuskan dalam bengkel khas membabitkan semua pihak berkepentingan, termasuk pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO), minggu depan. 


Antara agensi yang akan menyertai bengkel itu ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), penasihat undang-undang kementerian dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).


UTUSAN FITNAH BERI NASIHAT KEPADA MALAYSIAKINI AGAR BERTANGGUNG JAWAB DENGAN LAPORANNYA.....Akhbar Umno Utusan Malaysia, yang sebelum ini beberapa kali membayar saman dan menarik balik laporannya, cuba mengajar Malaysiakini mengenai kewartawanan yang bertanggungjawab...

KEGILAAN APAKAH INI?

Photo: Utusan buat lawak bodoh lagi.
Mendakwa portal Malaysiakini sebagai ancaman kepada keselamatan sebab turut sama berusaha MENGGULINGKAN KERAJAAN PADA PRU13.
Kerajaan mana nak digulingkan?Dah nama pun PRU.Maknanya tengah memilih kerajaan baru.Tiada kerajaan pada waktu PRU.Parlimen dah dibubarkan.
Bangang...


Utusan buat lawak bodoh lagi.
Mendakwa portal Malaysiakini sebagai ancaman kepada keselamatan sebab turut sama berusaha MENGGULINGKAN KERAJAAN PADA PRU13.
Kerajaan mana nak digulingkan?Dah nama pun PRU.Maknanya tengah memilih kerajaan baru.Tiada kerajaan pada waktu PRU.Parlimen dah dibubarkan.
Bangang...

Read More

Sunday, 2 June 2013

KPN: Jangan buat sebarang spekulasi kematian tahanan di lokap Balai Polis Tampin...

Isnin, 3 Jun 2013

SEREMBAN - Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.


"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah straight forward case di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.

"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenalpasti," katanya.

Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementaran menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.

"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya.
- Bernama
Read More

Tuesday, 21 May 2013

RAKAMAN GAMBAR BAPA ADAM ADLI BERJUMPA DENGAN ANAKNYA DALAM LOKAP...

Selasa, 21 Mei 2013

BIARKAN GAMBAR BERBICARA.

Rakaman gambar yang mengisahkan seribu bahasa...Terima Kasih kepada pihak PDRM kerana mengizinkan bapa kandung Adam Adli berjumpa dengan anaknya.

Kelihatan Adam Adli sihat dan bersemangat sekali...itu kata-kata bapa Adam Adli kapada rakyat.
Posted by OMAK KAU!!!! at Tuesday, May 21, 2013

zorro


Adam Adli Disoal Siasat 8 Jam Selama 2 Hari

Adam Adli Abdul Halim disiasat selama dua hari berturut-turut dan tidak diberikan bantal mahupun selimut untuk tidur, kata peguam Fadiah Nadwa Fikri yang melawat aktivis siswa tersebut hari ini.

Fadiah, yang bertemu Adam Adli bersama bapa pemuda tersebut, Abdul Halim Abdul Hamid, di pusat tahanan reman Jinjang pada jam 1.30 hari ini berkata mereka terpaksa menunggu lama sebelum dapat berbuat demikian.

"Selepas menunggu untuk beberapa lama, saya dan bapanya dibenarkan untuk bertemu Adam. Pengerusi bersama BERSIH (Datuk) S Ambiga, yang turut hadir, tidak dibenarkan bertemu,” katanya.

Tambahnya, beliau dan Abdul Halim kemudiannya berjaya menemui Adam Adli, dalam ruang yang dipisahkan dengan satu panel kaca.

Panel kaca itu menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk berkomunikasi, lebih-lebih lagi apabila beliau perlu mendapatkan arahan daripada anak guamnya itu.

Peguam itu berkata Adam memberitahunya bahawa anak muda berknaan disiasat dari jam 10 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad dan Isnin, manakala polis mengemukakan soalan yang sama berulang kali.

Fadiah juga berkata Adam memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab soalan berulang dan memberitahu pegawai penyiasat berkenaan untuk menonton rakaman video ucapannya.

Siswa berusia 24 tahun tersebut, yang digantung pengajian daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, ditahan reman sejak hari Sabtu lalu mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan atas ucapannanya dalam program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia pada 13 Mei.
- malaysiakini/Posted by jeebond at 5:57 pm

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena