Sunday 2 June 2013

KPN: Jangan buat sebarang spekulasi kematian tahanan di lokap Balai Polis Tampin...

Isnin, 3 Jun 2013

SEREMBAN - Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.


"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah straight forward case di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.

"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenalpasti," katanya.

Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementaran menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.

"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena