BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi -Pengarah Urusan
British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat-kuasa Isnin. Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, ". Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. "Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak tiga peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh. Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut: DUNHILL range RM10.50 KENT range RM10.50 BENSON & HEDGES RM10.50 PETER STUYVESANT range RM9.00 PALL MALL range RM9.00 PALL MALL Plain RM10.90 LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90 ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90. BAT Malaysia merupakan sebahagian kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia
Sila Nyatakan Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com
Menteri Najib Dah Tak Ada Kerja..
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan akan meminta syarikat rokok di negara ini mengurangkan lagi kandungan tar serta nikotin dalam tembakau sebagai langkah menghapus tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, langkah itu serta beberapa tindakan lain akan dibuat melalui dua fasa iaitu mulai Januari 2014 dan Jun 2015.
"Kita akan kurangkan kandungan tar dalam sebatang rokok dari 20 miligram kepada 10 miligram dan kandungan nikotin dari 1.5 miligram kepada 1 miligram," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di pusat membeli belah Sunway Pyramid di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Subramaniam berkata, langkah lain yang akan dibuat ialah gambar kempen anti merokok pada setiap kotak tembakau atau kotak rokok akan dibesarkan kepada 50 peratus dari saiz 40 peratus sekarang.
Semua tindakan itu akan dibuat secara berperingkat dan kementerian juga akan mengambil langkah untuk menghalang promosi rokok secara langsung dan tidak langsung termasuk pengiklanan serta pemberian diskaun.
Pengharaman promosi termasuk melalui penglibatan dengan aktiviti kemasyarakatan atau sukan walaupun tujuannya murni, kata beliau.
Beliau tidak menolak kemungkinan negara akan mengambil langkah sama seperti di beberapa buah negara termasuk Thailand dan Australia di mana rokok tidak akan dipamerkan di rak khas seperti sekarang ini sebaliknya akan disimpan di dalam laci dan akan dikeluarkan apabila pelanggan datang membeli.
"Di Malaysia, antara 10 peratus hingga 12 peratus atau 10,000 punca kematian setiap tahun adalah berpunca dari tabiat merokok. Pada tahun 2011, 11,056 kematian di hospital kerajaan boleh dikaitkan dengan tabiat menghisap rokok," katanya.
Katanya, dianggarkan seramai empat juta rakyat Malaysia adalah perokok.
- BERNAMA/jeebond
Foto Tiada Kaitan Dengan Artikel - Sekadar Hiasan
Jom tengok, siapa yang bergambar dengan Pengantin Saifol ..?
Posted by Manjungmari at Monday, June 03, 2013
0 comments:
Post a Comment