Nizar enggan mengulas perkara berkenaan, sebaliknya beliau berkata segalanya akan terjawab pada Ahad ini.
Showing posts with label PRK Kuala Kangsar. Show all posts
Showing posts with label PRK Kuala Kangsar. Show all posts
Friday, 17 June 2016
Thursday, 19 May 2016
Ceramah Perdana PRK Kuala Kangsar malam ini. Sebarkan! Nizar calon PH di Kuala Kangsar? Nizar enggan ulas tunggu Ahad ini.
Jumaat, 20 Mei 2016
Read More

Nizar calon PH di Kuala Kangsar?
| May 20, 2016

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mewakili Pakatan Harapan (PH) bertanding di PRK Kuala Kangsar.
Menurut sumber yang dipetik China Press, Nizar yang merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Perak adalah salah seorang calon di kerusi Parlimen itu.
Nizar ketika dihubungi akhbar itu bagaimanapun enggan mengulas perkara berkenaan, sebaliknya beliau berkata segalanya akan terjawab pada Ahad ini.
PH dijadual mengadakan mesyuarat pada Ahad ini untuk membincangkan perkara berkaitan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi menentukan parti dan calon yang akan mewakili pembangkang pada 18 Jun nanti.
Meskipun PAS telah menyenarai pendek enam calon untuk dua PRK itu, namun ia dikatakan tidak akan menjejaskan keputusan yang akan dibuat PH nanti.
Nizar berkata, AMANAH akan mengadakan ceramah politik di Kuala Kangsar dan masa serta maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.
PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun nanti dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun ini.
Ia susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau 5 Mei lalu.
Petanda PAS dan PKR berantakan..."PAS memberi amaran kepada PKR akan memutuskan hubungannya di Selangor".
Khamis, 19 Mei 2016
Read More

PRK Kuala Kangsar tapak pertama Amanah
Petanda PAS Dan PKR Berantakan Tersebar

Petanda PAS dan PKR berantakan tersebar. PAS memberi amaran kepada PKR akan memutuskan hubungan di Selangor sekiranya Pakatan Harapan meletakkan calon pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar.
Presiden PAS berkata, PKR sepatutnya memberi laluan kepada PAS kerana pilihan raya kali ini hanyalah PRK dan bukannya Pilihan Raya Umum (PRU).
“PRK lain, PRU lain, jadi kita akan tetap teruskan kerjasama dengan PKR, ini PRK sahaja,” kata Hadi ringkas di Lobi Parlimen.
Petanda PAS dan PKR berantakan tersebar. Konflik meletakkan calon dalam kalangan parti pembangkang kian meruncing setelah cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang disokong Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada PAS bertanding menetang Barisan Nasional (BN) di 2 PRK dibantah ramai pemimpin Pakatan Harapan.
Antara yang membantah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahukan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dicalonkan sebagai wakil Pakatan Harapan pada PRK Sg Besar.
Menjawab soalan wartawan samaada terdapat pertemuan antara beliau dan Azmin bagi berbincang mengenai calon pembangkang di Sg Besar dan Kuala Kangsar, Hadi menjawab, "tidak ada."
Sebelum ini Azmin memberitahu PKR akan mengadakan rundingan dengan PAS dan Pakatan Harapan (PH) bagi menentukan calon pembangkang di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsaryang akan datang.
Petanda PAS dan PKR berantakan tersebar
Petanda PAS dan PKR berantakan tersebar
Langkah itu diambil untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru sesama pembangkang sebagaimana yang pernah dialami ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Hadi juga enggan mengulas lanjut berkenaan rundingan yang dikatakan oleh Azmin itu.
“Saya tidak tahu, saya tidak terlibat,” ujarnya.
Ahli Parlimen Marang itu juga bertegas akan tetap meletakkan calonnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sekalipun PKR tidak berpuas hati dengan pendirian yang diambil oleh parti Islam itu untuk mempertahankan kerusi tradisinya.
Posted by Addin Deen
Subscribe to:
Posts (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Ahad, 14 Februari 2016 1,000 pelajar 33 kolej swasta mungkin berhenti kerana tiada pinjaman Mara OLEH SHERIDAN MAHAVERA Published: 14...
-
Selasa, 11 Jun 2019 Jom Channel Bekas Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Pusat KEADILAN dan jugaKetuaBiro Perundangan parti itu Latheefa Koya,...
-
Salam sejahtera buat sekalian pembaca yang setia menunngu akan segala kemas kini dari laman ini. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa, penuli...
-
Khamis, 1 Januari 2014 Sekadar hiasan - forums.stashedboxes.com Sukan Star TV 12 hrs · Habis kasut dia...
-
Sabtu, 25 Mac 2017 Otai BERSIH Omar Othman Otai BERSIH 8 jam · Apa kejadahnya....
-
Sabtu, 30 Ogos 2014 Cendawan/Alga Benih Cendawan Mekah/Mud-mud July 11, 2012 · Khasiat dan Kelebihan Air Cendawa...
-
Sabtu, 8 Jun 2019 Bernama WebTV MUAR, 7 Jun (Bernama) -- Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Ras...
-
Isnin, 3 Jun 2019 KiniTV Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin akan membuat keputusan segera peguam dari Jabatan Pe...
-
Ahad, 16 Julai 2017 Berikut ini adalah beberapa koleksi Tukar Tiub Lagi Hari Hari Akhir yang kami kumpulkan dari berbagai media onl...
-
Ahad, 9 Jun 2019 Jom Channel Baru-baru ini Salahuddin Ayub dilaporkan mahu berjumpa dengan aktivis dan badan masyarakat berkaitan pert...












































