Showing posts with label Persempadanan Semula. Show all posts
Showing posts with label Persempadanan Semula. Show all posts

Tuesday, 3 April 2018

[Video Lakukan Perubahan! Rakyat dah tak sangup tunggu 5 tahun lagi & Rakyat juga dah tak bodo la ni] Rafizi sangkal PH kalah akibat persempadanan semula.

Rabu, 4 April 2018

JELAJAH Pakatan Harapan  Kedah & Perlis.
Image may contain: 1 person, crowd
Tumpang sekole.

Rafizi sangkal PH kalah akibat persempadanan semula

Pengasas Invoke, Rafizi Ramli menyangkal dakwaan analisa pihak tertentu yang menganggap Pakatan Harapan (PH) akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ekoran persempadanan semula tanpa mengambil kira pelbagai faktor lain.
Menurutnya, kesan penyusunan semula kawasan pilihan raya tidak semestinya akan memberi kesan 100 peratus seperti yang dimahukan oleh Umno-BN.
Jelasnya, banyak faktor perlu diambil kira memandangkan situasi politik pada masa ini jauh berbeza dengan pilihan raya pada lima tahun lalu.
“Kebanyakan analisa tersebut mengandaikan bahawa pengundi akan mengundi seperti tahun 2013. Kita tahu semua itu tidak betul.
“Sejak tahun 2013, banyak perkara berubah. Antaranya, tiada Pakatan Rakyat, dinamik perubahan parti politik, Mahathir bersama Pakatan Harapan, Pas sebagai blok ketiga dan sebagainya.
“Perkara-perkara itu perlu diambil kira bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh untuk memahami kesan sebenar persempadanan semula,” ujarnya pada forum berkenaan kesan persempadanan semula di ibu pejabat Invoke di Sungai Besi, Selangor.
Naib Presiden PKR itu berkata, tujuan Umno-BN memanipulasi persempadanan semula adalah untuk mengalihkan pengundi dengan menganggap pengundi Melayu lebih cenderung untuk mengundi BN berbanding PH.
“Tetapi ramai lupa satu perkara iaitu selain daripada persempadanan semula, jumlah pengundi di sesuatu kawasan juga boleh berubah dengan pendaftaran pengundi.
“Maknanya, Umno boleh saja lukis tetapi dia (Umno) tidak boleh kawal jumlah orang yang mengundi di sesuatu kawasan yang mendaftar.
“Kalau di satu kawasan, jumlah pengundi Cina mendaftar lebih cepat daripada jumlah pengundi Melayu. Maka, walaupun dia (BN) lukis mengikut kawasan, itu tidak memberi seratus peratus keputusan manipulasi seperti dikehendaki,” ujar Rafizi lagi.
Usul persempadanan semula yang diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Mac lalu menyaksikan 129 Ahli Parlimen menyokong manakala 80 lagi menolak selepas pengundian dijalankan secara belah bahagi.
Menerusi usul tersebut, tiada pertambahan kerusi bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) sekali gus mengekalkan 222 kerusi Parlimen dan 587 kerusi Dun.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan 12 nama kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dun untuk dipinda.
Di Selangor, susunan kajian semula persempadanan itu menyaksikan Damansara yang dulunya dikenali sebagai Parlimen Petaling Jaya Utara menjadi kawasan paling ramai pengundi di negeri itu dan Semenanjung dengan jumlah sebanyak 150,439 pemilih.
Bagi Parlimen Bangi yang dulu dikenali sebagai Serdang memiliki jumlah pengundi kedua terbesar iaitu 146,168 pemilih berdaftar.
MD.


Read More

Wednesday, 21 March 2018

[Video PARLIMEN 2018 KECOH Persempadanan Semula-Pembangkang & Speaker BERTELAGAH!] MB N9 'menghasut' Pemuda BN untuk bertindak secara samseng.

Khamis, 22 Mac 2018

Image may contain: 1 person
MB N9 'menghasut' Pemuda BN untuk bertindak secara samseng. "Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajagan bagi muka dengan pembangkang, hentam pembangkang". - MB N9 
Tumpang sekole.


Read More

Saturday, 3 February 2018

[Video PERSEMPADANAN SEMULA tidak bantu BN & Muhyiddin: Ini Masa Untuk Rakyat Malaysia Bersatu Hati] PRU14-Rakyat vs BN, jentera dan tipu muslihat UmnoBN & Penjawat awam dipecat (krn sokong pembangkang) dapat kerja balik jika Pakatan menang.

Ahad, 4 Februari 2018


Related image
Image result for Gambar bolehkah penjawat awam sokong pembangkang

Penjawat awam dipecat dapat kerja balik jika Pakatan menang

Penjawat awam dipecat dapat kerja balik jika Pakatan menang
Muhyiddin Yassin pada Konvensyen Pakatan Harapan Sarawak hari ini mengatakan semua penjawat awam yang hilang jawatan kerana menyokong pembangkang akan diterima balik bekerja jika Pakatan Harapan menang pada PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Januari, 2018.

“Jika awak hilang kerja hanya kerana sokong kami, kami berikan jaminan. Kami akan beri balik kerja awak,” kata Muhyiddin dalam ucapannya di Konvensyen PH Sarawak di Sibu hari ini.
Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas ugutan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid semalam yang tindakan tata tertib akan diambil kepada guru dan pegawai kementerian sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang.
MD.
Image result for Gambar menteri pendidikan jalan atas meja
PRU14- Rakyat vs BN, jentera dan tipu muslihat UMNO/BN... 

Kita kini memasuki pusingan terakhir sebelum menjelang pilihan raya yang mana tiada guna lagi untuk meneka tarikh pilihan raya umum (PRU) yang akan diumumkan Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum Ramadan (17 Mei) dan sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada 8 Jun, pembubaran Parlimen itu akan terjadi sebelum sidang parlimen pada 5 Mac atau selepas ia berakhir pada 5 April. Apapun, kita boleh simpulkan bahawa tak sampai seratus hari lagi sebelum PRU paling penting dalam sejarah Malaysia.  

Saya ingin mengalu-alukan semua sukarelawan agen pengundian dan pengiraan undi (PACA) dalam PRU akan datang. Penyertaan anda akan memberi perbezaan yang besar dalam mempengaruhi keputusan PRU, terutamanya di kerusi marginal dan berpotensi terjadi pertukaran undi. 

Sebagai contoh, pilihan raya kecil (PRK) Sibu pada Mei 2010, mendiang Wong Ho Leng dari DAP memberikan kejutan besar di kerusi yang sebelumnya dianggap mustahil dimenangi pembangkang. Beliau menang dengan majoriti undi yang sangat tipis iaitu 398. Kemenangan itu antara lain hasil daripada sukarelawan PACA-nya yang tekun dan berani yang membatalkan 200 undi meragukan yang berpihak kepada BN. Kadang-kadang, hanya sedozen undi boleh menentukan nasib satu-satu kerusi malah negara.
Tumpang sekole.
Read More

Wednesday, 17 January 2018

[Video Malapetaka Persempadanan Semula!] Ada kawasan DUN dikerat-cantum sehingga kelihatan seperti kuih keria atau ekor kala jengking & Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit.

Rabu, 17 Januari 2018

Image result for Gambar persempadanan semula

Image result for Gambar persempadanan semula
... ada kawasan DUN yang dikerat-cantum sehingga kelihatan seperti kuih keria atau ekor kala jengking. Memang langsung tidak masuk akal. (Lihat gambar)

Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit

Dr Rosli Yaakob
Langkah Pakatan Harapan (PH) mengumumkan calon perdana menteri dilihat turut mempengaruhi trend pengukuhan nilai tukaran mata wang ringgit, kata penganalisis ekonomi.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, keadaan itu dapat dilihat sebelum ini bahawa keyakinan pelabur terhadap ringgit agak goyah.
“Ini tidak boleh dinafikan. Ada tanggapan keberanian Pakatan Harapan mengumumkan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri menggembirakan pelabur asing.

“Kita boleh jangka jika Pakatan Harapan menang, pelabur akan lebih berminat melabur di Malaysia.

“Bermakna pelaburan asing langsung ke Malaysia dijangka melonjak. Reaksi awal pelabur asing memang begitu, mereka gembira dengan pengumuman itu,” katanya seperti dilapor SelangorKini.
Beliau berkata, pengalaman panjang calon Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi persepsi positif di mata masyarakat perdagangan terhadap masa depan ekonomi negara.
Pada masa sama, Rosli berkata, peningkatan nilai ringgit turut dipengaruhi faktor lain seperti harga minyak di pasaran antarabangsa, hutang negara, pertumbuhan eksport dan kawalan import.
Sejak penghujung 2017, pemilihan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH mula menjadi perbualan dalam kalangan pemerhati politik negara sehingga menjadi tajuk berita beberapa media tempatan dan antarabangsa.
Seiring dengan perkembangan politik itu, aliran nilai ringgit turut bergerak positif sehingga pada 5 Januari lalu nilai ringgit mencecah RM3.99 bagi satu dolar AS.
Aliran positif itu terus kekal apabila pada 7 Januari, Pakatan pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 secara rasmi menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula calon Timbalan Perdana Menteri.
Malaysia Dateline
Read More

Monday, 16 February 2015

[Video] Ta'awun! Siapa UNTUNG dari Persempadanan Semula...Bolehkah menambahkan kerusi-kerusi PAS?

Selasa, 17 Februari 2015
Persempadanan Semula boleh menambahkan kerusi-kerusi PAS ?

Sila baca dan ambil sedikit perhatian untuk memahami persoalan mengenai isu persempadanan semula ini. Saya percaya, rencana yg saya paparkan ini boleh mencambahkan pemikiran kita semua.  

Siapa untung dari persempadanan semula?

Persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah satu proses dimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan jalankan setiap 8 -10 tahun. Ini adalah satu proses biasa dijalankan di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.  Kali terakhir persempadanan semula dijalankan adalah pada tahun 2003 dan 2005.  Proses ini biasanya dilakukan untuk mengimbangkan bilangan pengundi di sesuatu kawasan parlimen atau DUN agar wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan tugasnya dengan bilangan pengundi yang sewajarnya. 

Namun, di Malaysia, proses ini dijalankan oleh SPR untuk memastikan parti pemerintah kekal berkuasa. Perkara ini bukan satu fitnah tetapi diakui sendiri oleh bekas pengerusi SPR dalam majlis PERKASA suatu ketika dahulu.  Biasanya, persempadanan semula di Malaysia dijalankan dengan menambahkan kerusi Parlimen dan juga DUN. Dan biasanya, parti pemerintah iaitu BN dapat melaksanakan perkara tersebut dengan mudah kerana sebelum 2008, BN menguasai 2/3 kerusi parlimen. 

Untuk meningkatkan kerusi parlimen, biasanya Artikel 46 dalam perlembagaan harus dipinda. Dengan adanya kuasa 2/3, pemindaan perlembagaan tidak menjadi satu isu.  Tetapi kini, BN dan sekutunya SPR berada dalam satu suasana yang amat berbeza. BN tidak lagi punyai mandat 2/3 di parlimen. Maka, apa-apa pemindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan dari Pakatan Rakyat.  Beberapa bulan yang lalu, pengerusi SPR ada mengatakan bahawa akan ada penambahan kerusi parlimen sebanyak 15 hingga 20 peratus. Bermakna, penambahan lebih kurang 40 kerusi.

 Dan pada masa yang sama, terdapat juga ura-ura mengatakan bahawa ada parti dalam Pakatan bersetuju untuk menambah kerusi parlimen.  Perkara ini amat pelik kerana apakah parti kompenan PR itu lupa bagaimana mereka ditipu dalam PRU13 yang lalu. Perkara penipuan ini dikatakan sendiri oleh mereka dan bukannya datang dari saya dan anda.

Kita perlu lebih ramai MP?

Ya, kita sering mendengar keluhan ahli parlimen dari Pakatan yang mengatakan bahawa terdapat jurang yang amat besar antara bilangan pengundi dalam kawasan mereka berbanding dengan kerusi yang dimenangi oleh BN. Benar, saya tidak menafikan perkara ini.  Namun, adakah Pakatan harus menggunakan alasan ini saja untuk menghalalkan penambahan kerusi di Parlimen. Tidakkah mereka boleh memikirkan jalan penyelesaian yang lain. 

 Bagi saya, penambahan kerusi parlimen yang bakal disyorkan oleh SPR adalah sebenarnya untuk memudahkan kerja SPR dalam proses persempadanan semula ini bahkan saya boleh katakan bahawa rancangan penipuan yang lebih mudah. Lupakan isu penipuan. Persoalan yang ingin saya lontarkan adalah perlukah kita menambahkan bilangan ahli parlimen.   Lihat saja parlimen hari ini. Apakah yang sedang dilakukan oleh ahli-ahli parlimen yang dilantik ini. Lihat pada kualiti perdebatan mereka.  Adakah mereka benar-benar berdebat dan membincangankan isu-isu nasional atau sekadar berdebat agar nama mereka dapat memasuki berita? Tidak perlu saya sentuh mengenai insiden mengoyak kertas usul. Isu ‘skirt’.

Satu pengiraan pernah dilakukan untuk mengira masa perdebatan seorang ahli parlimen di dalam dewan mengikut hari persidangan pada 2012.  Dianggarkan, seorang ahli Parlimen yang dapat berdebat selama 2.31.37 jam sahaja. Bayangkan, dalam setahun, seorang ahli parlimen hanya punyai masa sebanyak itu. Dan, jika berlaku penambahan ahli parlimen, dengan pengiraan mudah saja kita dapat tahu bahawa masa akan berkurang.  Bukan sekadar itu, duit pembayar cukai juga akan dibazirkan untuk membayar gaji ahli parlimen. Perlukah kita membayar lebih ramai orang untuk melakukan kerja yang lebih sedikit di Parlimen? Jika ada yang mengatakan ya, saya pohon penjelasan dari anda.

Hari ini, Malaysia punyai 222 ahli parlimen. Tetapi, lihat saja kehadiran di Parlimen. Walaupun hari hari pengumuman bajet, ada saja ahli Parlimen yang ponteng persidangan. Tetapi, gaji yang diperoleh adalah sama.  Adakah parti-parti politik hanya berfikiran untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka dalam parlimen dan ahli parti mereka akan perolehi pendapatan dan keistimewaan tertentu sebagai ahli parlimen atau mereka benar-benar mahu membawa Malaysia ke arah Parlimen Kelas Pertama.  Usah bazirkan duit rakyat untuk memenuhi agenda politik sendiri dan mulanya bekerja akan amanat yang diberikan oleh pengundi kawasan.

Akhirnya, jikalau berlakunya penambahan kerusi parlimen pada proses persempadanan semula yang akan datang, marilah sama-sama kita ucapkan selamat tinggal kepada Pakatan Rakyat yang bakal kecundang dalam pilhan raya umum ke-14 kelak. ~*MANDEEP KARPALL 

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
Read More

Saturday, 20 December 2014

[Video] Persempadanan Semula: BERSIH 2.0 ingatkan SPR jangan ambil alih kuasa Parlimen!

Sabtu, 20 Disember 2014
Bersih 2.0
Jangan ambil alih kuasa Parlimen, Bersih 2.0 ingatkan SPR 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan untuk tidak "mengambil alih kuasa Parlimen" berhubung isu penambahan kerusi, memandangkan ia berada di bawah kawal selia Parlimen, kata Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0). 

Melalui kenyataan bersama yang dikeluarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu di Kuala Lumpur semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof diingatkan agar tidak menjadikan penambahan kerusi sebagai prosedur operasi standard (SOP) suruhanjaya berkenaan sewenang-wenangnya, apabila memasukkan cadangan penambahan kerusi ke dalam cadangan persempadanan semula, seperti dilakukan pada tahun 2003 dan 2005.

"Bersih 2.0 menekankan isu ini di bawah bidang kuasa Parlimen dan SPR tidak boleh mengambil alih kuasa Parlimen dengan memasukkan cadangan penambahan kerusi ke dalam cadangan persempadanan semulanya, seperti yang dibuat pada tahun 2003 dan 2005.

"Bersih 2.0 akan mencabar tindakan tersebut dari segi keserasiannya dengan Perlembagaan jika ia diulangi kerana SPR tidak mempunyai hak mencadangkan penambahan kerusi," kata kenyataan tersebut.

Bersih 2.0 sebaliknya berkata, penambahan kerusi merupakan bidang kuasa Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk meneliti fungsi badan perundangan, yang seterusnya menentukan saiz optimum dan agihan kerusi antara negeri untuk memastikan pembahagiannya adil dan serasi dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jawatankuasa inilah yang harus mengemukakan cadangan, sekiranya diperlukan, meminda Perkara 46 dalam Perlembagaan, yang menetapkan jumlah kerusi Parlimen pada masa kini pada 222.

"Hanya selepas pemindaan tersebut dibuat, barulah SPR boleh membuat proses persempadan semula berdasarkan jumlah baru kerusi.

"Jika Jawatankuasa Pemilih tidak didirikan, SPR hanya boleh menjalankan persempadanan semula berdasarkan 222 kerusi parlimen sekarang seperti yang tertakluk dalam Artikel 46."

Malah, Bersih 2.0 turut mengutuk keengganan Aziz untuk bertemu dengan mereka dan kumpulan masyarakat sivil lain berhubung isu tersebut.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, SPR akan meneruskan dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya tanpa input daripada persatuan sivil dan hanya akan bekerjasama dengan kumpulan dikehendaki seperti ditetapkan dalam Perlembagaan.

Kenyataan Aziz itu bermakna, pintu sudah pun tertutup buat Bersih 2.0 yang menjadi pemerhati pilihan raya utama negara dan akan memberikan ruang pihak yang mewakili kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Aziz berkata, SPR hanya dikehendaki mengadakan pertemuan dengan sekurang-kurangnya 100 pengundi berdaftar di dalam sesuatu kawasan mengundi untuk mendengar bantahan berkenaan persempadanan semula atau penambahan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

"Kami tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada jika enggan bertemu wakil pertubuhan sivil," katanya sebagai respon kepada Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini yang menggesa SPR untuk mendapatkan pandangan pertubuhan bukan kerajaan dalam melaksanakan perkara itu.

Melalui kenyataannya, Bersih 2.0 turut berkata, Perkara 114(2) dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kepentingan keyakinan orang ramai terhadap tugas SPR.

"Keyakinan ini begitu penting sehingga ia menjadi kriteria tunggal yang menentukan pelantikan keahlian SPR oleh Yang di-Pertuan Agong," kata Bersih 2.0.

Malah, Bersih 2.0 berkata, keyakinan itu hanya dapat diperoleh melalui rundingan bersama masyarakat sivil dan kedegilan Aziz dalam isu penglibatan masyarakat sivil dapat dilihat dalam pengendalian proses persempadanan semula yang tidak telus dan tidak mempunyai kebertanggungjawaban apabila turut mengecualikan masyarakat sivil dan kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi berunding secara selektif dengan parti politik yang tertentu.

"Kedegilan inilah yang membuat Bersih 2.0 berulang-kali menggesa beliau dan pesuruhjaya yang lain untuk meletakkan jawatan mereka," tambahnya.

NGO itu berkata, rekod proses persempadanan pada tahun 2003 dan 2005 yang amat mengejutkan, apabila peruntukan Perlembagaan dalam Jadual 13 tidak dipatuhi SPR dalam situasi yang melibatkan parti politik Barisan Nasional (BN) dan ahli politik tertentu.

Bersih 2.0 turut melampirkan alasan bantahan SPR, yang mana menurut mereka alasan bantahan adalah berdasarkan faktor politik—seperti kebarangkalian pengundi menyokong atau menolak parti BN—SPR akan menerima bantahan tersebut tetapi menunjukkan inisiatif dalam menyediakan alasan yang serasi dengan Perlembagaan.

Seksyen 2, Bahagian 1 dalam Jadual 13 menyatakan proses persempadanan mesti mengambil kira ketersediaan kemudahan pentadbiran, mencapai pembahagian yang lebih kurang sama dan mengekalkan pertalian tempatan, yang bermaksud mengambil kira sempadan pentadbiran, fizikal, infrastruktur dan sosio-budaya-ekonomi.

Peluang kemenangan parti yang berkuasa pada masa itu tidak pernah disebut sebagai pertimbangan yang sah.

"SPR tidak pernah meminta maaf atas pelanggaran peruntukan Perlembagaan Persekutuan mahupun berjanji salah laku sebegini tidak akan diulangi.

"Bersih 2.0 menggesa Aziz supaya membetulkan kesalahan yang lepas dengan berunding secara giat dan profesional bersama semua pihak yang berkepentingan dalam persempadanan semula, mengemukakan maklumat terperinci tentang operasi proses bantahan dan pendengaran bantahan serta mengumumkan jadual proses.

SPR juga diseru tidak menjadikan tarikh permulaan persempadanan semula sebagai satu permainan teka-teki kerana ia tertangguh dari tahun 2011 ke 2012, 2013, bulan Mac yang lalu hingga hujung tahun ini.

ULASAN GB

Nampaknya seperti SPR ki ni sedang berusaha keras untuk mempastikan kerajaan UMNO BN tidak tumbang di dalam pilihanraya selepas ini. SPR cuba mengambail alih peranan Dewan Rakyat di dalam hal isu penambahan kerusi di dalam persempadanan semula.

Kita pernah mendengar sebelum ini bekas Pengerusi SPR sendiri, Tan Sri Abdu Rashid yang memberi amaran kepada Putrajaya supaya jangan tipu rakyat - mungkinkah ini salah satunya merujuk kepada isu persempadanan semula?

Pakatan Rakyat perlu kukoh untuk mempastikan ahli-ahli Dewan Rakyatnya menolak sebarang usaha penambahan kerusi sewenang-wenangnya oleh SPR. Jangan ada lagi wakil rakyat yang ponteng yang boleh menyebab PR kecundang di dalam PRU yang akan datang.

Posted By Green Boc 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena