Wednesday, 17 January 2018

[Video Malapetaka Persempadanan Semula!] Ada kawasan DUN dikerat-cantum sehingga kelihatan seperti kuih keria atau ekor kala jengking & Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit.

Rabu, 17 Januari 2018

Image result for Gambar persempadanan semula

Image result for Gambar persempadanan semula
... ada kawasan DUN yang dikerat-cantum sehingga kelihatan seperti kuih keria atau ekor kala jengking. Memang langsung tidak masuk akal. (Lihat gambar)

Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit

Dr Rosli Yaakob
Langkah Pakatan Harapan (PH) mengumumkan calon perdana menteri dilihat turut mempengaruhi trend pengukuhan nilai tukaran mata wang ringgit, kata penganalisis ekonomi.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, keadaan itu dapat dilihat sebelum ini bahawa keyakinan pelabur terhadap ringgit agak goyah.
“Ini tidak boleh dinafikan. Ada tanggapan keberanian Pakatan Harapan mengumumkan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri menggembirakan pelabur asing.

“Kita boleh jangka jika Pakatan Harapan menang, pelabur akan lebih berminat melabur di Malaysia.

“Bermakna pelaburan asing langsung ke Malaysia dijangka melonjak. Reaksi awal pelabur asing memang begitu, mereka gembira dengan pengumuman itu,” katanya seperti dilapor SelangorKini.
Beliau berkata, pengalaman panjang calon Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi persepsi positif di mata masyarakat perdagangan terhadap masa depan ekonomi negara.
Pada masa sama, Rosli berkata, peningkatan nilai ringgit turut dipengaruhi faktor lain seperti harga minyak di pasaran antarabangsa, hutang negara, pertumbuhan eksport dan kawalan import.
Sejak penghujung 2017, pemilihan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH mula menjadi perbualan dalam kalangan pemerhati politik negara sehingga menjadi tajuk berita beberapa media tempatan dan antarabangsa.
Seiring dengan perkembangan politik itu, aliran nilai ringgit turut bergerak positif sehingga pada 5 Januari lalu nilai ringgit mencecah RM3.99 bagi satu dolar AS.
Aliran positif itu terus kekal apabila pada 7 Januari, Pakatan pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 secara rasmi menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula calon Timbalan Perdana Menteri.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena