Showing posts with label RBA. Show all posts
Showing posts with label RBA. Show all posts

Wednesday, 21 May 2014

[Video] "Blue Wave" itu jenama sejenis arak 30% ALC? Desprado Terlampau...Blue Wave Army lawan RBA!

Rabu, 21 Mei 2014

Blue wave drink

Wujudkan Blue Wave Army lawan fitnah jahat RBA

Ahmad Maslan (depan, tengah) beramah mesra dengan ahli UMNO Cheras sambil diperhatikan oleh Syed Ali Alhabshee (belakang, tengah) pada Konvensyen UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 April - Barisan Nasional (BN) bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA) dalam usaha melawan fitnah dan tohmahan jahat Red Bean Army (RBA).

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, unit tentera siber itu akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.

Utusan

PRK TELUK INTAN: DESPARADO TERLAMPAU SAMPAI BUAT PAGE PALSU DYANA

Awal-awal Yong dah tekankan. Berpolititiklah secara bermoral. Ini bukan sebab seluruh Dunia sedang perhatikan kita, kerana kekadang Dunia pun tak dapat tahu kalau kita pandai sorok! Tapi sebabnya Allah perhatikan kita. Allah Maha Mengetahui.

Yong minta, janganlah buat macam ini:

HASIL KERJATANGAN OTAK "BLUE"
Kalau ada orang buat page palsu konon ia page anak dara kita, atau adik perempuan kita, tujuannya untuk mengaibkan, apa perasaan? Marah tak?

Jadi, kalau kita tak mahu orang lain mengaibkan kita, janganlah mengaibkan orang.

Seandainya UMNO itu parti untuk orang yang baik-baik, adalah baik jika ditunjukkan sikap yang baik itu! Berpolitik secara bermoral itu boleh menyihatkan minda. Kalau minta sihat, insyaAllah, ilham yang baik-baik akan datang dan badan pun jadi lebih sihat.

Tetapi apabila kita baca status dalam page itu, ternyata ia ditulis oleh seorang yang otaknya "blue." Siapakah yang otaknya sentiasa "blue" sehingga lupa "Blue Wave" itu jenama sejenis arak?

SUMBER YSK
Dalam apa-apa persainganpun, kalau menang, biarlah menang secara bermoral. Nak kenal Dyana, pergi saja ke page ori dia:

FACEBOOK ORI DYANA
Bagi yang enggan turun kempen tapi berwhatapps sana sini cuba mempengaruhi orang lain supaya memboikot PRK Teluk Intan, tolonglah berfikir sejenak:

FIKIR!

FIKIR BUKAN MENGHUKUM.

Tentu ada sebab kenapa Allah membuka minda Dyana memilih DAP sebagai wadah perjuangan politiknya.
YANG BAIK BUAT TELADAN
FIKIR!

Adakah BN menepati janji?

Yong bagi ingat saja.

Jangan sampai orang terus mengata: Melayu mudah lupa. Yang mudah lupa tu orang yang otaknya bermasalah jer... (Misalnya bodoh atau nyanyuk). 

Jangan pulak ada yang masih muda, tapi sudah nyanyuk.
Posted by 

Jangan Lupa Isu Neh!
ENGGANG DAN PIPIT DI MALAYSIA
Read More

Friday, 4 April 2014

[Video] Pramugari dan Pramugara Royal Brunei Airlines...Keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat...

Jumaat, 4 April 2014
Keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat...
Photo: Pramugari, pramugara dan kru anak kapal terbang Brunei....

MAS bila nak follow ???
Pramugari, pramugara dan kru anak kapal terbang Brunei....
alhamdulillah..walaupun mereka Tidak menyajikan arak..Syarikat Kapal Terbang Brunai tetap masih lagi memberi keuntungan..Ini semua kuasa Allah..tapi MAS..menyajikan Arak..masih rugi ber billion ringgit.alasan Takut .masyarakat antarabangsa boikot.

MAS bila nak follow?
Posted by 

Patutla MAS sllu RUGI & byk musibah !
Taubatla !!!
 — bersama Halim Hamid dan 6 yang lain.
mas rugi

Tony Fernandes terkejut MAS rugi RM1.17 bilion

OLEH TRINNA LEONG

FEBRUARY 19, 2014


Gambar: admin x pasti kesahihannya....
Tutup premis perniagaan semasa solat Jummat, haram arak dlm Penerbangan - Sultan Brunei.

Tahniah kepada Sultan Brunei dan semua rakyat yang menyokong dan mampu melaksanakan hukum hakam yang lebih baik berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

Kenyataan rasmi dari Jabatan Penerangan Brunei sempena titah baginda beberapa hari lepas.

NEGARA MAKMUR DAN SEJAHTERA DENGAN ISLAM:

Sultan Titah Semua Premis Di Tutup Waktu Solat Jumaat dan Tiada Hidangan Arak Dalam Penerbangan
Dalam usaha untuk merealisasikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir iaitu negara yang mendaulatkan hukum dan undang-undang Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan mengenai penguatkuasaan peraturan menutup sementara premis-premis perniagaan pada hari Jumaat sehingga selesai Solat Jumaat dan melarang dihidangkan arak dalam penerbangan Brunei.

Mesej ini disampaikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapan baginda sempena sambutan hari kebangsaan Brunei ke-29 pada petang Jumaat 22.02.2013 yang dibuat secara langsung melalui siaran radio dan televisyen keseluruh Brunei.

Dalam titah baginda, baginda menzahirkan kekesalan kerana ada pihak yang mengangap peraturan ini menjejaskan ekonomi negara.

Baginda menekankan bahawa peraturan ini adalah penting bukan sahaja untuk menjaga imej negara tetapi juga juga imej Islam kerana kedua-dua perkara ini adalah penting agar iannya sentiasa nampak terpelihara dan indah.

Tambah baginda lagi Syarikat yang menghidangkan arak juga didapati ada yang rugi malah kerguiannya lebih besar dari Syarikat yang tidak menghidangkan arak.
Diantara petikan titah baginda :

"Ini semua adalah langkah-langkah besar ke arah peningkatan. Sayugia diingat bahawa kita membangun adalah meliputi pembangunan fizikal dan rohani. Malah pembangunan jenis kedua inilah yang lebih-lebih lagi dituntut, kerana impaknya mencakup dua keuntungan sekali gus : keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat,"

"Ini sama halnya apabila kita melarang dari dihidangkan arak di dalam penerbangan, ada yang berkata rugi kerana penerbangan akan dikhuatiri tidak laku. Tetapi orang tidak ingat keuntungan di akhirat dan keuntungan rahmat serta berkat daripada Allah SubhanahuWata'ala,"

Sumber : Jabatan Penerangan Brunei.
Read More

Wednesday, 2 April 2014

MH370: Sidang Dun Perak Kecoh - Provokasi 'tentera siber' pembangkang?

Rabu, 2 April 2014

Sidang Dun Perak Kecoh

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam gamat apabila salah seorang penyokong kerajaan negeri membangkitkan isu berkaitan gerakan tentera siber Red Bean Army (RBA).
Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib mendakwa RBA terlibat dalam memburukkan imej kerajaan Malaysia berhubung tragedi MH370 menyebabkan penyokong pembangkang panas punggung.
Dewan kecoh apabila ADUN Pasir Pinji, Lee Chuan How dan ADUN Kepayang, Nga Kor Ming menuntut Mohd. Khusairi mengemukakan bukti serta menarik balik dakwaan yang dibuat.
Namun tiada bukti yang dinyatakan dalam tuduhan tersebut.
PJ Blogspot.

Tentera Siber Pakatan Rakyat dibayar RM3,000 sebulan?.. Wah! kaya lah depa...


Seramai 800 Red Bean Army didakwa menerima bayaran lumayan sehingga RM3,000 sebulan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai provokasi.

Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa beliau mempunyai senarai nama 'tentera siber' pembangkang yang dipercayai dibiayai oleh 20 syarikat besar di dua buah negeri Pakatan Rakyat.

“Di Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja kita dapat senarai nama RBA hampir 800 orang secara fizikal dalam tujuh kategori pekerjaan itu iaitu pekerja bank, pemandu teksi, peniaga kedai runcit makanan, doktor perubatan pensyarah kolej swasta, mekanik motokar dan menakutkan kaum Cina.

“Saya sudah ada nama syarikat pembayar RBA, siapa yang bayar elaun pun saya ada, syarikat mana yang diarah, syarikat mana yang diminta dibayar kerana dokumen itu diberi oleh pucuk pimpinan tertinggi DAP sendiri, kesemuanya hampir 20 syarikat besar yang dapat projek-projek besar di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut aktiviti provokasi yang dicetuskan oleh tentera siber pro pembangkang yang sengaja mencetuskan kebencian dalam kalangan orang awam terhadap kerajaan BN yang dikesan sejak 2006 lagi.

Pergerakan RBA dikesan pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menggalas jawatan perdana menteri susulan berlaku kenaikan harga barangan termasuklah kenaikan bahan api petrol dan diesel pada waktu itu.

Namun kegiatan mereka kini didakwa lari daripada perjuangan asal dan kini mula bergerak secara fizikal menerusi tujuh pekerjaan tersebut sehingga 70 peratus berbanding 30 peratus menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Tambahnya, syarikat pembiaya aktiviti provokasi tersebut dibayar secara tunai dan tidak menggunakan akaun bank bagi mengelakkan kegiatan tersebut dihidu pihak berkuasa.

Dakwanya tentera siber tersebut menyasarkan lima negeri sebagai kawasan utama untuk mencetuskan provokasi berterusan termasuklah Johor, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan keutamaan mereka.

“Mereka menyasarkan sehingga 10 juta orang awam menjelang PRU14 dan mereka akan menyebarkan taktik kotor ini dengan menghantar 10 mesej kepada setiap orang awam dan meningkat secara berperingkat-peringkat,” dakwanya lagi ~ Sinar Harian

Huih!! RM3000 sebulan??.. banyak tu.. Ada sesiapa tahu tak kat mana boleh mendaftar sebagai 'Red Bean Army' tu?

RM3,000 x 800 = RM2,400,000.00 sebulan..

RM2,400,000 x 12 = RM28,000,00 setahun

RM28,000,000 setahun dibahagikan pula dengan 20 syarikat = RM1,440,000

Ada ke syarikat yang sanggup mengeluarkan dari keuntungan mereka sebanyak RM1,440,000 setiap tahun?

Kalau adapun tentu mereka peroleh projek yang nilainya beratus juta RM dari Kerajaan Negeri PR tu..

Tapi ada ke kerajaan negeri PR jalankan projek yang nilainya beratus juta RM tu?

Apa kata Kit Siang mengenai Red Bean Army yang entah siapa menganggotainya ni tah..

"Seperti yang pernah saya sebutkan, semua ini adalah cerita dongeng moden yang tidak punyai satu pun kebenaran," tegasnya.

Beliau menambah, 'kegilaan' terhadap dongeng RBA DAP itu berkait dengan agenda sulit yang membabitkan para pemimpin tertinggi Umno untuk menghalalkan peruntukan sebanyak RM350 juta bagi lima tahun untuk memerangi RBA yang tidak wujud dan hanyalah rekaan semata-mata.

"Utusan menghidupkan semula dongeng ini kerana laba dan wang. Ia jelas merupakan usaha terdesak askar upahan Umno supaya mereka tidak diketepikan dari mendapat dana perang siber Umno yang jumlahnya mencecah ratusan juta ringgit.

"Untuk rancangan baru ini, tidak banyak ruang dibuka kepada askar upahan Umno yang dulu, khususnya kalangan yang telah mengumpul kekayaan dengan menyebarkan dongeng RBA DAP. Atas sebab inilah pengarang-pengarang Utusan yang sentiasa menganggap diri mereka sebagai penaung askar siber upahan Umno melancarkan semula dongeng RBA DAP sebagai usaha terakhir mereka untuk kekal relevan dalam rancangan perang siber Umno/BN yang baru," jelas Kit Siang.
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena