Friday, 4 April 2014

[Video] Pramugari dan Pramugara Royal Brunei Airlines...Keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat...

Jumaat, 4 April 2014
Keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat...
Photo: Pramugari, pramugara dan kru anak kapal terbang Brunei....

MAS bila nak follow ???
Pramugari, pramugara dan kru anak kapal terbang Brunei....
alhamdulillah..walaupun mereka Tidak menyajikan arak..Syarikat Kapal Terbang Brunai tetap masih lagi memberi keuntungan..Ini semua kuasa Allah..tapi MAS..menyajikan Arak..masih rugi ber billion ringgit.alasan Takut .masyarakat antarabangsa boikot.

MAS bila nak follow?
Posted by 

Patutla MAS sllu RUGI & byk musibah !
Taubatla !!!
 — bersama Halim Hamid dan 6 yang lain.
mas rugi

Tony Fernandes terkejut MAS rugi RM1.17 bilion

OLEH TRINNA LEONG

FEBRUARY 19, 2014


Gambar: admin x pasti kesahihannya....
Tutup premis perniagaan semasa solat Jummat, haram arak dlm Penerbangan - Sultan Brunei.

Tahniah kepada Sultan Brunei dan semua rakyat yang menyokong dan mampu melaksanakan hukum hakam yang lebih baik berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

Kenyataan rasmi dari Jabatan Penerangan Brunei sempena titah baginda beberapa hari lepas.

NEGARA MAKMUR DAN SEJAHTERA DENGAN ISLAM:

Sultan Titah Semua Premis Di Tutup Waktu Solat Jumaat dan Tiada Hidangan Arak Dalam Penerbangan
Dalam usaha untuk merealisasikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir iaitu negara yang mendaulatkan hukum dan undang-undang Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan mengenai penguatkuasaan peraturan menutup sementara premis-premis perniagaan pada hari Jumaat sehingga selesai Solat Jumaat dan melarang dihidangkan arak dalam penerbangan Brunei.

Mesej ini disampaikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapan baginda sempena sambutan hari kebangsaan Brunei ke-29 pada petang Jumaat 22.02.2013 yang dibuat secara langsung melalui siaran radio dan televisyen keseluruh Brunei.

Dalam titah baginda, baginda menzahirkan kekesalan kerana ada pihak yang mengangap peraturan ini menjejaskan ekonomi negara.

Baginda menekankan bahawa peraturan ini adalah penting bukan sahaja untuk menjaga imej negara tetapi juga juga imej Islam kerana kedua-dua perkara ini adalah penting agar iannya sentiasa nampak terpelihara dan indah.

Tambah baginda lagi Syarikat yang menghidangkan arak juga didapati ada yang rugi malah kerguiannya lebih besar dari Syarikat yang tidak menghidangkan arak.
Diantara petikan titah baginda :

"Ini semua adalah langkah-langkah besar ke arah peningkatan. Sayugia diingat bahawa kita membangun adalah meliputi pembangunan fizikal dan rohani. Malah pembangunan jenis kedua inilah yang lebih-lebih lagi dituntut, kerana impaknya mencakup dua keuntungan sekali gus : keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat,"

"Ini sama halnya apabila kita melarang dari dihidangkan arak di dalam penerbangan, ada yang berkata rugi kerana penerbangan akan dikhuatiri tidak laku. Tetapi orang tidak ingat keuntungan di akhirat dan keuntungan rahmat serta berkat daripada Allah SubhanahuWata'ala,"

Sumber : Jabatan Penerangan Brunei.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena