ni lah masalahnya ramai sangat pemuja si 'Melayu Mudah Lupa ' tak kira la apa dia dah buat,.... HINA ISLAM , mengkayakan anak² ,suku sakat serta kroni², yang mereka nampak dia "Bapak Kemajuan" padahal mereka tak sedar harga yang perlu RAKYAT bayar untuk 'kemajuan' tu.. Tapi benda ni tak pelik sebab rakyat TURKI pun ramai yg puja Kamal Attarturk...
sendiri mahu ingat laa.. Umno/bn Menipu Rakyat
sendiri mahu ingat laa.. Umno/bn Menipu Rakyat
Memali : Musa Hitam memperbetulkan fakta sejarah
Isu Memali: Musa Hitam perjelas kekeliruan
Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.
Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan kematian 4 anggota polis dan 14 orang awam.
Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab...
ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.
Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. TETAPI TIDAK ADA MEDIA YANG SEDIA MELAPORKAN FAKTA INI.
Baca Artikel Penuh :
http://azmieyusoff.blogspot.com/2014/04/memali-musa-hitam-memperbetulkan-fakta.html — bersama Cabelb Carbon.
0 comments:
Post a Comment