Showing posts with label UMNO/BN. Show all posts
Showing posts with label UMNO/BN. Show all posts

Friday, 2 May 2014

Ini lah Malaysia dibawah UMNO/BN... "siapa yang kena dulu"

Sabtu, 3 Mei 2014
Kerja amal, keprihatinan, dan bertanggungjawab adalah perbuatan jenayah...

Ini lah Malaysia dibawah UMNO/BN...

3 adun DAP Melaka bertindak sendiri memotong batang besi sebuah dasar menara telekomunikasi yang mengancam keselamatan penduduk awam setelah projek dihentikan.Adun Bachang Lim Jak Wong diberkas segera oleh pihak polis.

6 hrs · Edited 
 

adil, kerja-kerja amal, keprihatinan, amanah dan bertanggungjawab adalah perbuatan jenayah, jika itu adalah musuh politiknya...

perhatikan gambar ini, kejadian yang baru sahaja berlaku melibatkan seoarang kanak-kanak yang masih lagi tidak memahami risiko yang ada disekelilingnya... kerana keprihatinannya dan tidak mahu kejadian kanak-kanak malang tersebut berulang, 3 adun di kawasan DAP berusaha 
untuk membuang besi-besi cerucuk tersebut demi keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak....

malangnya, ya malang tidak berbau, "siapa yang kena dulu" ? ? ?
anda nilailah sendiri....

DS Zahid Komedi


DAP MELAKA 马六甲民主行动党:
https://www.facebook.com/dapmelaka/posts/10152150218397981?stream_ref=10

Omak Kau:
https://www.facebook.com/dapmelaka/posts/10152150218397981?stream_ref=10
Read More

Tuesday, 17 December 2013

Ayuh anak muda! BERI TEKANAN KEPADA UMNO/BN...

Rabu, 18 Disember 2013

 Ini lah punca sebenarnya!

Rupa2nya menteri tiru idea budak neh. Patutla pun
Photo: Rupa2nya menteri tiru idea budak neh. Patutla pun.

Kah kah kah
Photo
Buletin Pakatan Rakyat was with Hazaadzim Ajim.
Ayuh anak muda!
GEMBELING ANAK MUDA, BERI TEKANAN KEPADA UMNO/BN

Saya ingin menyatakan keazaman Pemuda PAS Malaysia untuk menggembeling tenaga seluruh pemuda Pakatan Rakyat dan aktivis anak-anak muda dari pelbagai bangsa, jalur fikrah dan latar belakang untuk bersatu memberikan tekanan yang sama kearah UMNO/BN yang telah menekan rakyat Malaysia dengan seribu satu bebanan.

GST, pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam dan umumnya seluruh harga barang yang bakal menyaksikan peningkatan; merupakan 'hadiah' kerajaan UMNO/BN kepada rakyat menjelang tahun baru.

Pemuda PAS Malaysia bertekad mengenepikan segala perbezaan-perbezaan kecil dikalangan pelbagai lapisan aktivis anak muda dan memberikan fokus kepada persamaan bersifat sepunya iaitu amarah anak muda yang muak dan benci dengan tekanan kos sara hidup dikenakan pemerintah UMNO/BN.

MUSLIHAT UMNO/BN UNTUK MENGALIH PERHATIAN RAKYAT

UMNO/BN hakikatnya sedang berkerja keras untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.

Tuduhan Syiah dalam PAS cuba didendangkan tanpa pembuktian yang kukuh. Lojikkah menteri kanan membuat tuduhan syiah terhadap Timbalan Presiden PAS sekadar berasaskan 'Abang Mat mengkagumi revolusi Iran dan Khomeini'? Ini gila namanya.

Sedangkan satu dunia sudah tahu Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah bertemu Pope tidak lama dahulu. Apakah menteri yang sama boleh mendakwa Najib sebagai Kristian?

Apa maknanya semua ini?

Tidak lain hanyalah untuk mengaburi rakyat dari isu sebenar iaitu 'pemerkosaan' UMNO/BN terhadap kantong rakyat menerusi pelbagai dasar baru yang memiskinkan.

Saya amat yakin rakyat semakin bijak. Bahkan rakyat menjadi bertambah-tambah bijak dengan melihat tindakan UMNO/BN yang semakin hari mentadbir negara menggunakan 'akal tiga suku'!

Sayap-sayap pemuda Pakatan Rakyat, mahasiswa, aktivis dari kalangan NGO/NGI, aktivis seni dijalanan, professional, akademia dan seluruh anak muda dari apa jua latar belakang akan kami gembeling bagi memastikan kesedaran rakyat serta arus penentangan terhadap polisi tidak menyebelahi rakyat yang dibuat UMNO/BN akan terus mendapat tekanan.

Pemuda PAS serius. Bahkan kami sudah menyusun beberapa siri pertemuan dengan beberapa kumpulan mewakili anak-anak muda untuk merancang strategi.

Kami akan pastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada UMNO/BN pusingan kali ini.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena