Showing posts with label beban hutang. Show all posts
Showing posts with label beban hutang. Show all posts

Friday, 12 May 2017

[Video 'Satu juta pekerjaan dalam 5 tahun' jika Harapan menang] Tun M - ‘Parti penyebab pertandingan tiga penjuru sebenarnya pengkhianat’ & Hari ini beban hutang tidak dapat dibayar oleh kerajaan.

Sabtu, 13 Mei 2017

‘Parti penyebab pertandingan tiga penjuru sebenarnya pengkhianat’

ULASAN l Pilihan raya umum ke-14 adalah yang terpenting dalam sejarah negara.
Tumpuan ialah kepada menjatuhkan rejim Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Seluruh rakyat sedar bahawa rejim pimpinannya telah merosakkan negara. Kerosakan ini berlaku dalam semua bidang.
Politik
Dalam politik negara Najib telah hancurkan demokrasi sehingga Malaysia dikenali sebagai kleptokrasi; iaitu kerajaan dipimpin oleh penjenayah yang melesapkan kewangan negara; kerajaan yang tidak berpandu kepada undang-undang; kerajaan yang menekan rakyat secara zalim; yang membelakangkan keadilan; yang tidak hormati perpisahan antara legislatif (pembentuk undang-undang) dengan eksekutif (pelaksana dasar dan undang-undang) dan judisiari (kehakiman).
Ketiga-tiga ini dikuasai oleh Najib sebagai ketua kerajaan dari pihak pembuat undang-undang.
Dasar berkecuali sudah dihapuskan oleh Najib, diganti dengan ikatan ketenteraan dengan negara China.
Ekonomi
Ekonomi Malaysia rosak teruk kerana rasuah, peningkatan perbelanjaan pentadbiran dan penambahan kakitangan kerajaan yang tinggi; belanjawan yang tidak bijak yang menumpu kepada mendapat sokongan popular kepada perdana menteri khususnya, pinjaman terlalu besar dan dasar yang menekan swasta.
Hari ini beban hutang tidak dapat dibayar oleh kerajaan.
Sosial
Kos sara hidup rakyat meningkat kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kejatuhan nilai ringgit yang teruk. Pengangguran meningkat termasuk di kalangan lulusan universiti.
Pelaburan asing terhad kepada pembelian tanah untuk dibangun bandaraya oleh kontraktor luar dengan mengguna bahan dan pekerja dari negara kontraktor.
Kos pelajaran dan rawatan meningkat tinggi dan tidak dapat ditanggung oleh kebanyakan rakyat.
Semua bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial yang telah jadi buruk kerana dasar dan pengurusan Najib akan menjadi lebih buruk lagi jika Najib terus berkuasa.
Hanya jika kerajaan pimpinan Najib diganti dengan kerajaan baru sahaja barulah boleh keadaan politik, ekonomi dan sosial dipulih semula.
Bolehkah kita yakin kerajaan yang mengganti dapat mentadbir dengan lebih baik dari Najib? Sesungguhnya tidak ada kerajaan yang begitu buruk dan berjenayah besar seperti kerajaan Najib.
Kerajaan yang bercadang mengganti Najib ialah kerajaan parti-parti campuran pembangkang yang akan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang mahir dalam politik dan dibantu dengan mereka yang berpengalaman dalam pentadbiran negara.
Mereka tidak ada rekod jenayah atau menyalahguna kuasa. Mereka terpelajar dan pernah menjadi anggota kerajaan.
Soalnya apakah mungkin gabungan parti-parti lawan menang dalam PRU14. Besar kemungkinan mereka menang jika pertandingan hanyalah antara mereka dengan BN.
Tetapi ada parti-parti yang kononnya akan letak calon untuk melawan Najib dan BN. Dengan ini akan berlakulah pertandingan tiga atau empat penjuru.
Kesannya ialah pengundi yang berhasrat mengalahkan Najib akan berpecah dua atau tiga.
Penyokong Najib, kerana sebab-sebab tertentu akan bersatu mengundi BN. Najib akan menang kerana berpecahnya undi pembangkang.
Dengan perkataan lain parti-parti yang memecahkan pengundi penentang sehingga pertandingan menjadi tiga atau empat penjuru, sebenarnya menyokong BN dan Najib.
Perbuatan ini menjadi satu jenis pengkhianatan kepada usaha menjatuhkan Najib dan menghentikan kerosakan kepada negara.
Najib akan teruskan cara pentadbiran yang umum tahu akan memufliskan negara dan meletaknya di bawah kuasa asing.

DR MAHATHIR MOHAMAD Pengerusi BERSATU dan bekas perdana menteri Malaysia.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Read More

Thursday, 12 January 2017

[Video] Najib meninggalkan beban hutang yang dahsyat (Hutang 1MDB, MRT, keretapi laju, keretapi pantai timur dan macam-macam lagi).

Khamis, 12 Januari 2017

Image result for gambar rafizi ramli

Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli menganggarkan nilai paras hutang negara yang akan ditanggung rakyat adalah mencecah hampir RM900 bilion.
Rafizi berkata faktor hutang yang dibuat kerajaan Persekutuan itu adalah berdasarkan projek mega seperti Aliran Transit Massa (MRT), pembinaan BLT Malaysia, ECRL, termasuk pengambilalihan hutang syarikat 1MDB oleh kerajaan.
tony-pua_pakatan_6001

Pakatan Harapan (PH) berkata ia akan mengasingkan sumber pendapatan dari sumber organik dan sumber hasil bumi sekiranya membentuk kerajaan.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata kerajaan PH juga akan melabur pendapatan hasil minyak ke dalam sektor yang memberikan pulangan.
“Kita asingkan pendapatan daripada minyak, lombong, gas dan barang-barang yang tiada kaitan dengan kerja keras atau kebijaksanaan rakyat. Malah kita tubuhkan satu badan asing untuk mentadbir kewangan tersebut.
“Kita masukkan dalam pelaburan, kita gunakan dalam pendidikan, infrastruktur tertentu dan bukannya gunakan untuk membayar gaji dan mengubah suai pejabat serta perkara lain yan tidak memberikan pulangan,” katanya dalam forum bertajuk “Berapa beban hutang dari projek mega Najib”, malam tadi.
Foto Rafizi Ramli.

FORUM BERAPA BEBAN HUTANG DARI PROJEK MEGA NAJIB?

Najib Razak akan meninggalkan banyak kenangan kepada kita: 1MDB, MRT, keretapi laju, keretapi pantai timur dan macam-macam lagi. Beliau juga akan meninggalkan beban hutang yang dahsyat yang akan diwarisi oleh anak cucu kita berpuluh tahun lamanya.

I-CPI http://cpi.invokemalaysia.org/ akan tampilkan barisan ahli panel yang berlainan setiap dua minggu untuk mengupas isu-isu rakyat yang berkisar kepada dasar dan penyelesaian.

Temui saya dan ahli panel yang lain untuk membincangkan isu hutang negara akibat projek-projek mega Dato' Seri Najib. Datang ke INVOKESpace (bit.ly/directioninvokespace) untuk turut serta dalam forum seperti berikut:

Tarikh: 10hb Januari 2017
Masa: 7.30mlm - 11.30mlm
Tempat: Invoke Space, 22, Jalan Tasik Utama 3, 57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur.
(5 minit dari LRT Sungai Besi)

Para Panelis
1) Rafizi Ramli (MP Pandan - PKR)
2) Tony Pua (MP PJU - DAP)
3) Mahfuz Omar (MP Pokok Sena - PAS)
4) Raja Kamarul Bahrin (MP Kuala Terengganu - AMANAH)

Forum akan turut disiarkan secara LIVEFB di page ini. Sebarkan.
 — dengan Md Dayriz.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena