Showing posts with label takut. Show all posts
Showing posts with label takut. Show all posts

Thursday, 3 December 2015

'Najib tak pernah dilihat dia setakut sekarang'! Najib amat tenang, bukan takut, kata Hisham..."Dah nampak dah tunggu masa aje"!

Jumaat, 4 Disember 2015

'Saya kenali Najib sejak 1977, tak pernah lihat dia setakut sekarang'

Seorang wartawan veteran mengimbas kembali bahawa sepanjang kerjayanya, beliau tidak pernah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebegitu takut sejak mengenalinya secara peribadi hampir separuh abad.
Dalam perkembangan yang sama, bekas pengarang Kumpulan News Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berkata beliau juga tidak pernah menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan yang sama.
“Realitinya, Najib tidak pernah berani atau tegas.
“Beliau naik kerana licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya,” kata beliau dalam blognya.
Kadir menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang dari mentor atau penasihat Najib, orang yang sama yang kini berusaha keras mahu menyingkirkannya sebagai perdana menteri.
Bagi Muhyiddin, Kadir berkata beliau tidak memiliki watak menonjol atau tegas dan sering memainkan perana "orang kedua" dalam pelbagai isu.
Oleh itu, wartawan veteran berkenaan mendapati ia adalah menakjubkan bahawa Najib dan kepimpinan Umno keseluruhan begitu takut dengan bekas timbalan perdana menteri tersebut.
“Saya rasa Muhyiddin sendiri tidak boleh mengukur dan memahami mengapa tiba-tiba beliau begitu ditakuti,” katanya.
Kadir mengulas dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak akan dibenarkan untuk menyampaikan ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno tahunan minggu depan.
Najib lemah
Setelah dihalang daripada merasmikan mesyuarat agung Pemuda, Wanita dan Puteri, timbalan presiden Umno itu mengeluh bahawa keputusan terbaru akan menjadikannya sebagai ‘tunggul’ yang duduk di atas pentas.
Bagi Kadir, semua itu berlaku kerana demokrasi, tradisi dan konvensyen Umno sedang dimusnahkan kerana Najib dan pengikutnya kurang keyakinan dengan sokongan perwakilan dan ahli-ahli parti.
Oleh sebab itulah beliau memerlukan perlindungan daripada kepemimpinan atasan Umno dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.
“Mereka yang besar bilangannya dan mempunyai kuasa yang luas ke atas jentera propaganda parti takut berdepan dengan seorang timbalan presiden yang tidak berjawatan dan tidak ada akses kepada jentera parti,” katanya.
Menurut Kadir, perkembangan ini bukan kerana Muhyiddin adalah kuat, tetapi kerana Najib adalah lemah.
“Kedua-dua mereka bukanlah pemain catur politik yang hebat. Seperti majoriti penggiat politik Umno sekarang, mereka tidak mempunyai karisma dan naluri pembunuh (killer instinct).
“Mereka bukan dalam kategori mahaguru politik seperti Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Mohammad Ghazalie Shafie dan Tan Sri Syed Jaafar Albar serta Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Anwar Ibrahim dan Tan Sri Sanusi Junid.
“Dalam keadaan biasa, Najib dan Muhyiddin sama kuat atau sama lemah. Tetapi dalam keadaan sekarang, Najib nampak lebih lemah,” katanya.
Oleh itu, Kadir berkata Najib memerlukan perlindungan daripada kepimpinan atasan Umno dan dan jentera pentadbiran negara untuk berdepan dengan Muhyiddin.
Wartawan veteran itu berkata kebimbangan berpunca daripada hakikat bahawa Muhyiddin mempunyai soalan-soalan sah mengenai hal-hal yang disembunyikan daripada ahli parti atau yang dibohongi kepada mereka.
“Pokok pangkalnya Najib dan konco-konconya takut dimalukan. Mereka takut kena sorak, kena herdik dan kena sindir.
“Paling mereka takuti adalah Muhyiddin dan para pengkritik Najib akan mendapat tepukan gemuruh. Atau penunjuk perasaan di luar dewan membawa sepanduk mengenai 1MDB dan derma RM2.6 bilion,” katanya.
Malaysiakini.

Najib amat tenang, bukan takut, kata Hisham


Bercanggah dengan kenyataan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin bahawa beliau tidak pernah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu takut, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussien malam tadi sebaliknya berkata bahawa presiden Umno itu adalah seorang pemimpin yang amat tenang.
Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata beliau tidak fikir Najib takut sama sekali.
"Beliau amat tenang," kata Hishammuddin kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Jaya malam tadi.
Hishammuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Kadir dalam blognya yang berkata beliau tidak pernah melihat Datuk Seri Najib Razak sebegitu takut sejak mengenalinya secara peribadi hampir separuh abad.
"Realitinya, Mohd Najib tidak pernah berani atau tegas. Beliau naik kerana licik main selamat sambil dipimpin dan dilindungi oleh mentor-mentornya," kata Kadir (gambar) dalam blognya.
Hishammuddin sebelum ini dalam ucapannya menyentuh mengenai kriteria pemimpin masa depan Umno dan beliau menekankan pentingnya menjadi berani dan jujur ​​dalam berdepan dengan kritikan dan juga ancaman.
Ketika diminta komennya dalam konteks keadaan semasa dalam Umno, Hishammuddin berkata generasi muda pemimpin mesti bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar.
"Pada masa itu apabila mereka akan memimpin negara ini, cabarannya akan menjadi lebih besar," tegasnya.
Katanya, jika mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menyerap apa sahaja yang dilemparkan terhadap mereka, maka bagaimana mereka akan memimpin negara ini
Banyak negara gagal ujian itu, katanya memetik Mesir dan Libya sebagai contoh negara-negara yang bergolak kerana kepimpinan yang lemah.
Malaysiakini.
Read More

Monday, 20 May 2013

BN geram strategi “Duit Duit Duit”, “Tipu Tipu Tipu” dan “Takut Takut Takut” gagal...

Isnin, 20 Mei 2013
 “Duit Duit Duit”, “Tipu Tipu Tipu” dan “Takut Takut Takut”  gagal...
Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu telah menyebabkan dua kekecewaan, memandangkan kedua-dua perikatan yang bertanding, Pakatan Rakyat (PR) dan BN mempunyai sebab berbeza untuk berasa sedih.

Lim Kit Siang berklata, penyokong PR sewajarnya marah apabila kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat seperti yang digambarkan melalui 51% undi untuk PR berbanding 47% undi untuk BN telah diragut daripada mereka disebabkan oleh pilihan raya umum paling kotor di dalam sejarah negara.


Katanya, pemimpin dan strategis Barisan Nasional pula geram apabila strategi tiga serangkai “Duit Duit Duit”, “Tipu Tipu Tipu” dan “Takut Takut Takut” telah gagal untuk mencapai keputusan yang dikehendaki, iaitu mendapatkan semula majoriti dua pertiga parlimen dan mendapatkan semula Selangor.

“Akan tetapi apa yang menjadi kebimbangan besar semua rakyat Malaysia yang berfikir, rasional dan patriotik adalah kebejatan perkauman yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, perkauman dibiarkan muncul ke permukaan dan memperoleh momentum dalam tempoh dua minggu selepas diketahui keputusan PRU13 yang dimulakan oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri apabila mengatakan keputusan PRU13 adalah kesan “tsunami Cina” sedangkan ia merupakan tsunami rakyat Malaysia dan tsunami warga bandar.

Beliau berkata, pernyataan buruk Najib itu ialah isyarat untuk memburukkan lagi polarisasi sepanjang dua minggu lalu, seperti tajuk muka depan Utusan Malaysia “Apa Lagi Cina Mahu” yang provokatif dan mengapi-apikan.


Selain itu, ujarnya ucapan yang melaga-lagakan orang Melayu dengan kaum Cina oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah, yang beliau gambarkan sebagai ucapan terbuka paling rasis dan menghasut dalam tempoh 44 tahun ini.

Di samping itu, katanya pendedahan Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad bahawa dirinya sebagai “rasis tersembunyi” sewaktu menjadi Ketua Pengarah Pendidikan apabila dia menyeru penghapusan sekolah vernacular Cina dan Tamil.

“Dan paling buruk sekali, seruan sekumpulan pertubuhan Melayu untuk memboikot perniagaan Cina sebagai tanda balas dendam terhadap keputusan PRU13,” kata Lim yang juga Penasihat DAP Kebangsaan.

Tambah Lim, tidak dapat lari dari perhatian rakyat Malaysia dan pemerhati bebas, sama ada di dalam atau luar negara, bahawa ketika kempen PRU13 dan selepas itu, pemimpin dan parti-parti Umno BN yang bersalah terlibat di dalam kempen menggunakan isu kaum.

Ini, tambahnya bermula dengan dakwaan tidak bersasas dan berniat jahat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir, bahawa saya bertanding di Gelang Patah untuk mencetuskan “perbalahan kaum” dan bahawa saya menggesa orang Cina untuk membenci orang Melayu.

We will continue this struggle and we will never surrender

Sebaliknya, jelas beliau pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP, PKR dan PAS, meminta rakyat Malaysia untuk menolak dan meninggalkan politik perkauman, rasuah dan kronisme serta menyambut politik baru merentas kaum melibatkan identiti rakyat Malaysia, integriti, kebebasan dan tadbir urus yang baik.

“Kita kini masuk minggu ketiga selepas keputusan PRU13, Najib telah membuang banyak masa dan dia sepatutnya menunjukkan daya kepimpinannya untuk menamatkan kebejatan perkauman yang tidak pernah berlaku sebelum ini berpunca daripada pencapaian buruk Umno BN dalam PRU13 atau beliau telah memungkiri janji sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia,” ujarnya.
Harakahdaily.
Read More

Saturday, 11 May 2013

Melayu Berfikirlah! - HUJAH: MELAYU TAKUT DAP..

Sabtu, 11 Mei 2013
BACAAN UMUM TANPA PREJUDIS!
HUJAH : MELAYU TAKUT DAP
 anakmuaallaf


Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu.

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...

Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang masih lagi ketinggalan zaman.
Dicatat oleh anakmuaallaf di 3:47 PM 

Read More

Tuesday, 26 March 2013

Orang Melayu Mula Bosan Dengan Najib & Malu Mengaku UMNO!

Rabu, 27 Mac 2013
TK1M - Takut Kalah 1 Malaysia Fenomena Baru Najib Enggan Bubar Parlimen
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Najib Razak kerana melancarkan 'Takut Kalah 1 Malaysia (TK1M).

Mahfuz mendakwa, Najib enggan membubarkan Parlimen kerana sangat takut hilang jawatan dan kuasa jika kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehinggakan kata Mahfuz, Najib sanggup mebiarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan tamat tempohnya pada hari ini.
"Tahniah kepada Perdana Menteri kerana berjaya melancarkan secara tidak langsung satu lagi projek atau program 1 Malaysia iaitu Takut Kalah 1 Malaysia.
"Dun-dun dan Parlimen akan terbubar dengan sendiri, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara kita.

Najib takut untuk di'report kad'kan oleh rakyat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.
Manakala pada 7 April (Pahang), 22 April (Selangor), 24 April (Perak), 26 April (Melaka), 28 April (Perlis dan Kelantan), 29 April (Sabah), 2 Mei (Penang dan Kedah) dan 5 April (Terengganu). -HD
N23 DUN MANJOI

Read More

Thursday, 21 March 2013

Takut punca tarikh PRU13 samar, dakwa Mat Sabu

Khamis, 21 Mac 2013
Takut punca tarikh PRU13 samar, dakwa    Mat Sabu
JOHOR BAHRU - Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih belum mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri kini memerintah negara dalam kerajaan yang sudah luput tempoh dan ia merupakan kali pertama sejak tanah air mengecap kemerdekaan.

“Inilah kali pertama sejak merdeka Perdana Menteri susah untuk mencari tarikh pilihan raya, tidak jumpa.

Anda mahu tahu kenapa? Sumber yang membantu Perdana Menteri untuk menentukan tarikh mengakui PR boleh menang jika pilihan raya diadakan.

“Johor pula bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) kerana ia akan menjadi kubur BN. Sejak dulu pakatan menghormati demokrasi negara ini dengan menerima keputusan rakyat dan tewas kepada parti kerajaan.

“Tetapi sekarang, BN semakin tidak menghormati demokrasi di negara ini kerana tahu PR semakin kuat dan rakyat menyokong kita. 

Daripada keadaan ini, kita lihat Umno, MCA, MIC dan BN takut dengan kekalahan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Ulangtahun DAP ke-47 di kawasan lapang berhampiran Sutera Mall, di sini, malam kelmarin.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kepimpinan BN kini semakin bimbang untuk berdepan dengan kekalahan kerana percaya akan terus gagal kembali menawan kembali Putrajaya sekiranya PR menang PRU13.

Sambil memberi contoh pemerintahan PR di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, beliau berkata, PR mampu mentadbir negeri-negeri dan negara dengan lebih baik sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

“Rakyat Johor perlu tahu bahawa BN mahu memecahbelahkan kita dengan mainkan isu perkauman sedangkan PR sentiasa bela semua kaum malah melayan dengan sama rata.

“Saya berharap rakyat negeri ini akan bersatu tenaga untuk melakukan perubahan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menolak semua isu perkauman yang dibawa oleh BN untuk menegakkan negara berkebajikan,” katanya.
Dicatat oleh atsixty di 1:15 PM 
Read More

Monday, 18 March 2013

PAS ganti UMNO: PENGKHIANAT MELAYU Terasa Bahang JERIJI!!...

Isnin, 18 Mac, 2013
Artikel yang 'berat' hendak dibaca!
Pas mahu tumbang BN secara terhormat

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
18 Mac 2013



KUALA TERENGGANU – Pas mahu menumbangkan kerajaan dengan cara demokrasi dan menolak menumbangkan kerajaan dengan cara tidak sepatutnya bagi memastikan usaha menawan kerajaan dilakukan dengan cara terhormat.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib berkata, apa yang penting usaha perlu dilakukan secara berterusan untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap pembangkang tetap kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita beramal, bekerja keras untuk meyakinkan orang bahawa kerajaan yang ada bukanlah kerajaan yang baik dan betul.

“Tugas kita adalah memperbaiki kerajaan dan kalau dia tidak sedia membaikinya, maka kita perlu tumbangkan kerajaan dengan cara yang dihalalkan undang-undang dan peraturan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya PRU13 Parlimen Kuala Nerus di Kuala Ibai, di sini.

Kenyataan itu sekali gus menunjukkan pimpinan Pas lebih berhemah merampas kerajaan sedia ada berbanding pihak pembangkang lain sebelum ini yang dikatakan mahu mengambil kerajaan dengan mewujudkan suasana huru-hara seperti di Dataran Tahrir, Mesir sekiranya pembangkang sekali lagi kalah pada PRU13.

Pada majlis sama, Harun yang juga Adun Manir seolah-olah mengingatkan Barisan Nasional (BN) bahawa setiap kerajaan ada tempoh masa tertentu dan tidak akan kekal buat selama-lamanya.

Beliau yang turut menunggu waktu itu akan berlaku ke atas BN berkata, sekiranya sesebuah kerajaan itu sudah sampai ‘ajalnya’, ia tetap akan jatuh walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan bagi mengelak perkara itu berlaku.

“Macam manusia juga, sampai umur akan mati walaupun dijaga rapi. Kerajaan pun akan jatuh bila sampai masanya walau berhabis tenaga untuk memastikannya tidak jatuh. Kita tunggu saat kejatuhan mereka itu,” katanya.

PAS nak ganti UMNO, UMNO pula dalam proses mengganti PAS

Masihkah kalian ingat zaman di mana PAS menjadi pembangkang sewaktu UMNO dan BN sangat kuat? Hampir keseluruhan isu ceramah politik diisi dengan pendedahan penyelewengan atau apa saja cerita kebobrokan dalam BN dan oleh BN. Penghodohan imej para pemimpin BN dibuat dengan bersungguh-sungguh. Semua isu dalaman BN dikorek dan didedahkan semahunya, sehingga ada orang bertanya, “Pembangkang asyik dedah keburukan BN, pembangkang buat apa?”

Dulu dalam ceramah PAS seolah-olah begitu berminat tentang isu dalaman UMNO, kisah rumahtangga UMNO yang berantakan serta kem-kem yang wujud.

Dahulu juga setiap dasar yang diperkenalkan kerajaan BN akan menerima ulasan negatif berserta huraiannya yang bertali temali. Dasar Pandang Ke Timur, pengswastaan, Wawasan 2020, Islam hadhari; semuanya menjadi bahan persendaan yang dihuraikan sehingga ke kekupasan yang professional daan akademik. BN yang memerintah pula tidak sangat memperdulikan akan segala kritikan PAS. Bagi mereka PAS tidak mampu mempengaruhi pemikiran sebahagian besar rakyat, justeru tidak perlu dilayan.

Kini, selepas Pakatan Rakyat menawan lima negeri pada PRU ke 12, pengisian ceramah PAS sudah berubah. Sebahagian untuk menceritakan kejayaan pentadbiran negeri yang dikuasai dan sebahagian lagi perihal kebobrokan BN.

Apabila PAS menoleh ke belakang, rupanya apa yang ditinggalkan berdekad lalu itu kini menyelinap masuk ke jiwa para pemimpin UMNO.

Apa tidaknya, kini PAS mendapat perhatian yang sangat istimewa dari UMNO. Setiap ‘pergolakan’ yang berlaku dalam PAS mendapat liputan luar biasa dari media-media UMNO. Setiap program anjuran PAS juga diberi perhatian.

Media-media UMNO kini mengulas isu ‘negara berkebajikan’ sepertimana PAS mengulas Wawasan 2020 suatu masa dulu. Bersungguh-sunguh sekali mencari fakta untuk dikritik.
Tumpuan yang diberikan pada pemilihan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 lalu, mengingatkan kita kepada perhatian yang diberikan terhadap pemilihan UMNO tahun 80an; pertembungan Mahathir-Ku Li. Meskipun ‘perebutan’ dalam PAS hanya manipulasi dan pembikinan persepsi oleh media-media UMNO tetapi akibatnya ia menarik tumpuan seluruh rakyat Malaysia terhadap PAS.
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA (Nota Utara)
UMNO sedang berada di puncak ketakutan
oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Puas Umno melalui semua media mereka menjolok PAS berhubung isu negara Islam, namun tiada seorang pun pemimpin PAS dari atas hingga ke bawah yang melatah. Umno benar-benar kebingungan.

Tindakan PAS mengutarakan negara berkebajikan dalam muktamar parti yang ke 57 tidak membawa sebarang perubahan terhadap dasar parti. Antara negara berkebajikan dan negara Islam, bukan dua konsep yang eksklusif antara satu sama lain. Ia bukan antara Islam dan kafir, di mana hanya salah satu pegangan mesti dipatuhi.

Negara berkebajikan adalah intipati negara Islam tetapi rakyat lebih mudah mentafsir negara berkebajikan dari mereka mentafsir mengenai negara Islam. Rakyat bebas memberi apa sahaja maksud mengenai negara berkebajikan kerana maksud ‘kebajikan’ tiada yang negatif. Sedangkan negara Islam, sekalipun Islam itu mulia tetapi tafsiran mengenainya bermacam-macam.

Dengan manipulasi oleh pihak Barat, dibantu oleh momokan jahat jentera propaganda BN dalam negara, istilah negara Islam menjadi fobia kepada sesetengah pihak. Hudud misalnya cuma satu aspek dalam negara Islam yang mewakili tidak sampai satu peratus dari keseluruhan Islam yang syumul tetapi hudud dimomokkan oleh jentera propaganda BN sebagai tunggak utama negara Islam yang mesti ditakuti terutama oleh bukan Islam.
Secara kebetulan sewaktu PAS memberi penekanan terhadap negara berkebajikan, Parti Kebajikan (AK) di Turki mencatat kemenangan paling besar sepanjang tiga penggal pilihanraya. Pemimpin AK ialah Reccep Taib Erdogan yang namanya dijadikan simbol kumpulan Erdogan (kononnya) yang menguasai PAS sekarang. Semuanya memberi imej positif terhadap PAS.

Bila sampai masa Umno akan tumbang, segala yang mereka buat serba tak kena termasuk tuduhan buruk yang dicipta untuk pihak lain pun akan jadi positif.

Takut dengan “PAS Ganti UMNO
Apabila PAS membawa slogan dan konsep negara Islam, UMNO menolaknya. Apabila PAS membawa undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu, UMNO turut menolaknya.

Walau pun ia tidak bererti semua rakyat Malaysia pelbagai kaum setuju dengan tindakan PAS, ia membuktikan UMNO menolak apa yang PAS perjuangkan selama ini.

Buktinya ialah apabila PAS membawakan negara berkebajikan yang selaras dengan konsep negara Islam bersifat universal, UMNO masih menolaknya.

Apabila PAS mendapat saf pimpinan baru yang seimbang baru-baru ini – ulama, profesional, akademik, aktivis dan birokrat – UMNO tetap menolaknya, walau pun ia tidak ada kena-mengena dengan parti itu kerana ia adalah hal dalaman PAS.

Selepas keputusan pemilihan kepimpinan di muktamar PAS ke-57 diumumkan hujung minggu lalu, UMNO mencipta bermacam-macam alasan dan konspirasi.

Yang jelas dalam propaganda UMNO, tidak ada orang PAS yang menang dalam pemilihan PAS.

Bagi UMNO, yang menang dalam pemilihan PAS adalah DAP, PKR, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Reçep Tayyip Erdogan dan entah siapa lagi.

Semuanya gara-gara UMNO gagal dalam kempen mereka yang mahu apa yang mereka takrifkan sebagai golongan ulama menjadi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat PAS.

Hingga mereka lupa bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat juga adalah ulama.

UMNO juga lupa bahawa pimpinan Dewan Ulama PAS semuanya menang tanpa bertanding; maksudnya semua mereka adalah para pemimpin ulama yang “disokong” oleh UMNO melalui lidah rasminya Utusan Malaysia.

UMNO turut lupa bahawa Dewan Pemuda PAS juga dipimpin oleh wakil yang dilihat setia dengan golongan ulama.

Bagi UMNO, semua itu tidak penting kerana kempen Utusan dan UMNO untuk menjadikan ulama pilihan mereka sebagai presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan AJK pusat PAS telah gagal.

Yang pelik ialah mengapa UMNO yang menolak Negara Islam ala PAS, yang menolak hudud ala PAS, yang menolak apa sahaja yang PAS perjuangkan selama ini, begitu kemaruk mahu melihat PAS diterajui oleh golongan ulama?

Persoalan yang belum dijawab oleh UMNO sehingga kini ialah:
Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan kepimpinan ulama?
Adakah UMNO mahu ulama menjadi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden serta menduduki kerusi majlis tertinggi UMNO?
Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan negara Islam mengikut versi PAS yang dibawakan sebelum ini?
Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan hudud mengikut versi PAS yang dibawakan sebelum ini?
Dan di mana sebenarnya para pemimpin UMNO meletakkan ulama dalam parti mereka?
Komentar Roketkini
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena