Saturday, 1 November 2014

Siapa kata Sepakan Penalti NORSHAHRUL (JDT) tak masuk? Abe takut TMJ 'sepak' abe...

Ahad, 2 November 2014
Photo: Sabar JDT. Cuba lg setiap tahun. 

- Tote -
Sabar JDT. Cuba lg setiap tahun. 
- Tote -
Badli Shah's photo.
Buletin Pakatan Rakyat's photo.

Photo: Sepakan Penalti NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (JDT) bukan TAK MASUK tapi telah di "DISELAMATKAN OLEH KEEPER"...

Matyo tak salah... ada faham?
Sepakan Penalti NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (JDT) bukan TAK MASUK tapi telah di "DISELAMATKAN OLEH KEEPER"...

Matyo tak salah... ada faham?
Photo: PERADUAN TEKA DAN MENANG KINI BERMULA...

Isikan kotak kosong dengan kata2 hikmah...

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia tak kira bangsa & agama...(PATI aku sepak)...

Pemenang akan diberitahu diruangan komen... ^_^

Peraduan bermula sekarang....!!!
#tfcrew




PERADUAN TEKA DAN MENANG KINI BERMULA...

Isikan kotak kosong dengan kata2 hikmah...

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia tak kira bangsa & agama...(PATI aku sepak)...

Pemenang akan diberitahu diruangan komen... 

Peraduan bermula sekarang....!!!

#tfcrew
 — watching Mat Yo Tak Salah...
Photo: #Final #Akhir #OppoPialaMalaysia #JDTvsPAH

KEPUTUSAN SEPAKAN PENALTI

1. RAZMAN ROSLAN (PAH) - MASUK
2. LUCIANO FIGUEROA (JDT) - MASUK
3. DAMION STEWART (PAH) - MASUK
4. PEREYRA DIAZ (JDT) - MASUK
5. SHAHRIZAN SALLEH (PAH) - MASUK
6. HARIZ HARUN (JDT) - MASUK
7. ZESH RAHMAN (PAH) - MASUK
8. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (JDT) - DISELAMATKAN KEEPER
9. HAFIS KAMAL - MASUK

PAHANG MENANG OPPO PIALA MALAYSIA 2014!
#Final #Akhir #OppoPialaMalaysia #JDTvsPAH

GOL SEMASA:

JOHOR DT 2-2 PAHANG
15', 71' DICKSON NWAKAEME (PAH)
31' JORGE PEREYRA DIAZ (JDT)
34' LUCIANO FIGUEROA (JDT) [SEPAKAN PENALTI]
*69' SAIFULNIZAM MISWAN (PAH) DILAYANGKAN KAD MERAH
#Final #Akhir #OppoPialaMalaysia #JDTvsPAH

KEPUTUSAN SEPAKAN PENALTI

1. RAZMAN ROSLAN (PAH) - MASUK
2. LUCIANO FIGUEROA (JDT) - MASUK
3. DAMION STEWART (PAH) - MASUK
4. PEREYRA DIAZ (JDT) - MASUK
5. SHAHRIZAN SALLEH (PAH) - MASUK
6. HARIZ HARUN (JDT) - MASUK
7. ZESH RAHMAN (PAH) - MASUK
8. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA (JDT) - DISELAMATKAN KEEPER
9. HAFIS KAMAL - MASUK

PAHANG MENANG OPPO PIALA MALAYSIA 2014!

Photo

Read More

[Video] Rozita Che Wan Bersalin 1 November 2014 & Isu Taja Che Ta bersalin: Baik taja orang miskin, kata warga kota

Ahad, 2 November 2014

Wajah Bayi Perempuan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin

 photo WP_20141101_019.jpg


Sebentar tadi wajah comel kiut miut anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah disiarkan melalui rancangan HLive! Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat selepas kelahiran pada jam 2.18 petang tadi secara normal di hospital KPJ. Malah, wajah Che Ta nampak berseri-seri selepas kelahiran bayinya.

Untuk pengetahuan anda, nama bayi Che Ta dan Zain hanya akan didedahkan pada rancangan HLive! minggu hadapan. Tak sabar rasanya menantikan nama anak Che Ta, pastinya glams. Sekali lagi tahniah diucapkan!



beautifulnara.com
Published on Oct 17, 2014
Warga kota menganggap tindakan Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) menaja kos bersalin pelakon jelita Rozita Che Wan sebagai tidak wajar.

Bagi mereka, artis yang mesra dengan panggilan Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin, sedangkan ramai lagi rakyat yang kurang berkemampuan.
Read More

PAHANG JUARA PIALA MALAYSIA 2014...Isnin cuti!

Ahad, 2 November 2014

KERAJAAN PAHANG UMUM CUTI PERISTIWA PADA ISNIN SEMPENA JUARA PIALA MALAYSIA 2014

 | Nov 2, 2014 
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri Pahang mengumumkan Cuti Peristiwa sehari pada Isnin, 3 November 2014 sebagai menghargai kemenangan skuad bola sepak negeri muncul juara Piala Malaysia 2014.
kerajaan pahang umum cuti peristiwa pada isnin sempena juara piala malaysia 2014
Pahang berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Hadiah untuk rakyat, kerajaan Pahang umum cuti peristiwa pada Isnin sempena juara Piala Malaysia 2014 – Beliau berkata, pengumuman itu dibuat dengan mengambil kira bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat. Katanya menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) dipetik BH Online, menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun.
Menteri Besar bagaimanapun mengingatkan semua pegawai dan guru yang terbabit dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin ini pada 3 November hendaklah meneruskan tugas seperti biasa.
PAHANG JUARA PIALA MALAYSIA 2014

Tahniah diucapkan kepada pasukan Pahang yang muncul sebagai juara Piala Malaysia 2014 selepas menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Pahang Juara Piala Malaysia 2014 – Walaupun beraksi dengan hanya 10 pemain, namun pasukan Pahang membuktikan mereka masih layak untuk muncul sebagai pasukan yang terbaik. Pahang terlebih dahulu mendahului JDT menerusi tandukan Dickson Nwakaeme. Kemudian JDT bangkit dengan gol penyamaan menerusi Jorge Pereyra Diaz dan seterusnya berada didepan dengan gol Luciano Figueroa. Namun begitu Pahang kembali mengikat JDT melalui jaringan Dickson Nwakaeme.
Perlawanan bersambung dengan kedua-dua pasukan bermain dalam masa tambahan. Bagaimanapun kedudukan kekal 2-2 sehingga tamat masa perlawanan yang kemudiaannya diheret ke penentuan sepakan penalti.
Penyerang JDT, Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurnakan sepakan kelima JDT apabila sepakannya diselamatkan oleh Khairul Azhan. Ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh Hafiz Kamal yang berjaya mendapatkan gol kelima Pahang seterusnya menjulang Pahang selaku Juara Piala Malaysia 2014.
RAKAN AMMBOI
Read More

UM jangan ikut perangai BN...Mahu ‘berdendam’ dengan pelajar dan ahli akademik?

Sabtu, 1 November 2014

UM jangan ikut perangai BN, jadikan universiti tempat ‘cuci otak’ mahasiswa

KULAI, 1 NOV: Ketika penilaian pendidikan Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah tercicir berbanding Korea Selatan dan Singapura, BN cuba menghalang mahasiswa di negara ini daripada berfikiran kritikal.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata, tindakan tatatertib dan surat tunjuk sebab kepada Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan lapan pelajar lain sangat dikesali.
“Pentadbiran Universiti Malaya perlu menggugurkan dakwaan ke atas pelajar ini jika tidak mahu dilihat sebagai cerminan kepada sikap Barisan Nasional yang hanya mahu mengawal dan ‘mencuci otak’ mahasiswa.
“Sedangkan sebagai mahasiswa dan generasi baru, mereka seharusnya dipupuk dan dibimbing untuk berfikiran kritikal agar berdiri sama tinggi seiring negara maju dalam usaha pencarian ilmu pengetahuan,” kata Kit Siang pada sebuah forum di Kulai, hari ini.
Semalam, Presiden PMUM Fahmi Zainol dan lapan yang lain menerima surat jawatankuasa disiplin dan berdepan sembilan pertuduhan berhubung himpunan bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan Dewan Tunku Canselor.
Antara pertuduhan dikenakan keatas Fahmi ialah menganjurkan perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor dan menjalankan urusan yang ‘merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti’ di kampus.
Perhimpunan ‘Dari UM ke penjara’ yang dianjurkan PMUM 27 Oktober lalu disertai lebih 2,000 mahasiswa dan aktivis, selepas berjaya memasuki pintu pagar utama arah Kuala Lumpur yang dihalang pihak pentadbiran.
Kit Siang dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, pentadbiran Universiti Malaya seolah-olah ‘berdendam’ dengan pelajar dan ahli akademik yang mempunyai pandangan tidak sealiran, melalui tindakan mengunci pagar dan menghalang pengucapan awam di dalam kampus.
Tegasnya, langkah tersebut bukan sahaja tidak meningkatkan kedudukan universiti, ia malah mencemarkan reputasi Malaysia di mata masyarakat akademik dan pemerhati antarabangsa.
“Sistem pendidikan kita telah gagal untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang kritis. Maka, sudah tiba masanya untuk kita menggalakkan aktivisme mahasiswa yang cakna hal-ehwal negara.
“Mahasiswa adalah golongan yang idealistik, dan generasi muda seperti ini wajar didorong untuk sentiasa prihatin terhadap urusan negara tanpa perlu pengaruh politik kepartian,” kata Kit Siang. – Roketkini.com
Read More

Kalau Anwar ke penjara? Dia dilihat sebagai yang paling cerah masa depannya...

Sabtu, 1 November 2014

Kalau Anwar ke penjara...Apa kata Economist

Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke penjara selepas kes rayuan Liwat II beliau selesai minggu depan, hukuman itu bukan hanya akan menjadikan beliau seorang syahid, tetapi juga memberi peluang pemimpin muda PKR lain untuk menyinar, kata The Economist hari ini.

Menurut lidah pengarang akhbar itu, Barisan Nasional menggagalkan cita-cita politik Anwar selama 16 tahun – sejak kejatuhannya semasa bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 – dan kes beliau di Mahkamah Persekutuan minggu ini "kelihatan seperti penghujung jalan" bagi pemimpin berusia 67 tahun itu.

Tetapi, hikmah di sebaliknya, kata akhbar itu, ialah ruang bagi pemimpin muda dalam PKR seperti Mohamed Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar, mengambil alih tampuk kepimpinan dan membuktikan kemampuan mereka.

Daripada ketiga-tiga mereka, Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR Azmin dilihat sebagai yang paling cerah masa depan.

"Dia bermula sebagai setiausaha peribadi Anwar selama berada dalam kerajaan dan terbukti seorang timbalan yang setia. Tetapi pemimpin berusia 50 tahun ini sudah bersedia untuk keluar dari bayang-bayang mentornya," kata akhbar itu.

Azmin bukan hanya lebih berpengalaman daripada Nurul Izzah, anak Anwar dan naib presiden PKR, beliau juga “pemenang” dalam episod “langkah Kajang”, yang diilhamkan Rafizi, yang berakhir dengan Azmin memegang jawatan menteri besar Selangor.

Jika Azmin dapat membuktikan kepada pengundi dia boleh mentadbir Selangor dengan cekap, maka dia mungkin boleh memperolehi apa yang mentornya tidak berjaya lakukan: mengambil alih kepimpinan negara sebagai perdana menteri.

Akhbar itu berkata, walaupun sekiranya rayuan Anwar berjaya, kedudukan beliau sudah "tidak sepenting mana lagi dalam pakatan pembangkang seperti suatu masa dahulu".

Anwar, katanya, dua kali gagal memimpin Pakatan Rakyat (PR) mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Tetapi, Ketua Umum PKR itu tetap seorang tokoh berkarisma dan masih boleh menarik orang ramai seperti yang berjaya dilakukannya pada hari Isnin di Universiti Malaya (UM) semasa program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara”.

Walaupun pentadbiran universiti mengisytiharkannya tidak sah dan menutup kampus dari dimasuki orang luar, kira-kira 2,000 orang hadir pada acara itu. Akibatnya, penganjurnya, pemimpin pelajar Fahmi Zainol sekarang berdepan tindakan disiplin universiti.-tmi
Read More

Fahmi: Biasiswa adalah hasil bayaran cukai rakyat, ibu bapa dan anak muda...

Sabtu, 1 November 2014

Fahmi: Biasiswa adalah duit rakyat


Presiden Persatuan Mahasiwa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol  berkata beliau berfikiran positif dan yakin kerajaan tidak akan menarik biasiswanya.

Mahasiswa semester akhir Fakulti Sains Sosial Univerisi Malaya (UM) itu menganjurkan pidato  bertajuk  "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” pada 27 Oktober lalu.

Dia berdepan dengan tindakan penyingkiran dari Universiti kerana program anjurannya itu tidak mendapat kebenaran dari pihak Universiti Malaya (UM).

Acara terbabit turut menampilkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemidato.

Pada malam itu, seramai 2,000 orang termasuk kumpulan mahasiswa merempuh pintu pagar utama (UM) untuk mendengar ucapan ketua umum PKR itu.

“Saya kini di semester akhir dan sudah hampir tamat pengajian dan wang biasiswa saya sudah pun saya dapat,” kata Fahmi.

Dalam temubualnya dengan Malaysiakini, Fahmi berkata. wang biasiswa yang diterima adalah duit dari rakyat hasil bayaran cukai ibu bapa dan anak muda yang baru tamat pengajian.

“Ini duit ibu dan ayah kita yang bekerja kat luar dan anak muda yang baru tamat belajar, mereka ini yang bantu saya, bukanlah kerajaan,” ujar Fahmi.

Fahmi berkata beliau berfikiran positif dan yakin kerajaan tidak akan menarik biasiswanya.

Menurutnya lagi, sekiranya pihak universiti mengambil tindakan terhadapnya, akan ada teman di belakang yang akan membantu.

UM dilaporkan akan menghadapkan Fahmi bersama lapan mahasiswa yang lain ke Lembaga Tatatertib dalam masa terdekat berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti.

"Saya fikir kalau saya kena tindakan, ada kawan-kawan saya yang akan bantu, mungkin ada demo tapi saya belum pasti tapi kawan-kawan saya sentiasa di belakang saya," Kata Fahmi.

Temubual ini dijalankan bersama oleh Adrian Wong dan Anne Muhammad.
Read More

Kalah Menang JDT...Esok tak cuti!

Sabtu, 1 November 2014

MB: Tiada cuti esok walau JDT menang


Johor tidak akan mengisytiharkan esok sebagai hari cuti sekalipun pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menumbangkan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu dibuat memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula Isnin ini.

"Saya difahamkan guru-guru akan berhadapan masalah melakukan persediaan sekiranya Ahad cuti kerana peperiksaan SPM akan bermula pada Isnin," katanya ketika ditanya tentang kemungkinan Ahad diisytiharkan sebagai cuti di Johor sekiranya Harimau Selatan menjuarai Piala Malaysia.    

Bermula awal tahun ini, cuti hujung minggu di Johor telah diubah kepada Jumaat dan Sabtu, berbanding Sabtu dan Ahad sebelum ini.

Mohamed Khaled ditanya tentang isu terbabit selepas merasmikan fasa pertama Laman Sukan Ekstreme Pasir Gudang bernilai RM300,000 yang dibina oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini.

Ramai kalangan peminat bola sepak di Johor menaruh harapan tinggi agar kerajaan negeri melakukan perkara sama ketika JDT menjuarai Liga Super tahun ini dengan mengisytiharkan cuti.

Pasukan bimbingan jurulatih kelahiran Croatia Bojan Hodak berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menumbangkan pasukan kelab Felda United pada perlawanan separuh akhir.

Bernama
Read More

FINAL PIALA MALAYSIA: JDT dan Pahang malam ni...Khairy pulak terajang tiang corner flag 'test' katanya!

Sabtu, 1 November 2014

Photo: antara salah seorang yang bakal kena tumbuk dalam telorong mlm ni..
#pray4kj
#final_piala_malaysia2014
antara salah seorang yang bakal kena tumbuk dalam telorong mlm ni..
#pray4kj

#final_piala_malaysia2014


View image on Twitter

Mohon Cuti  SGMM mohon 'cuti bertugas' dalam page untuk memberi laluan kepada Piala Malaysia.

SGMM mendoakan agar PAHANG menang mengalahkan JDT kerana JDT ada seorang Menteri Pendidikan yang KORUP dan MEMALUKAN.

**Pssst, walaupun Admin tak berapo gemar dengan PM..kih3
View image on Twitter


Hok beratur beli tiket panjang ni...yang selesa geng kroni
FINAL PIALA MALAYSIA: Penyokong JDT dan Pahang buat jenaka tiket di WhatsApp

KUALA LUMPUR: Kerana terdesak untuk mendapatkan tiket, penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Pahang kini dilihat menggunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan tiket menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu.

Selain kemunculan 'ulat tiket' yang semakin berani menjual tiket dengan harga di luar kemampuan penyokong di laman sosial terutama Facebook dan Twitter, ada juga yang mengambil kesempatan menjual dengan menawarkan harga yang sedikit tinggi di sistem pesanan WhatsApp.

Kerana tidak mahu terlepas memiliki tiket, ada juga penyokong Pahang yangsanggup tidur di hadapankaunter tiket di Stadium Darul Makmur semata-mata untuk tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan tiket bagi menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi.
Read More

Pentadbiran kampus arah perintah "terkurung" takut kat Fahmi pulak...

Sabtu, 1 November 2014
... Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) dalam menganjurkan program pidato menampilkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin lepas.

Fahmi jadi 'ketakutan' baharu pentadbiran kampus

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpidato di dalam kampus Universiti Malaya (UM), Presiden Persatuan mahasiswa UM, Fahmi Zainol mula mendapat perhatian.

Beliau yang kini berhadapan sembilan pertuduhan oleh pentadbiran UM ekoran penganjuran pidato Anwar itu, juga mula 'digeruni' pihak pentadbiran universiti-universiti lain.

Sejak awal minggu lalu, beberapa universiti utama di Lembah Klang mula mengeluarkan arahan tidak membenarkan Fahmi masuk ke kampus mereka, dan melarang pelajar mereka menghadiri program bersamanya.

Menurut Fahmi, antara kampus terbabit termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Selepas tidak dibenarkan masuk di UIA, UKM dan UPM, kini tiba giliran UPSI pula menerima arahan perintah "terkurung".

"InsyaAllah dalam esok malam ke USIM dan hari seterusnya ke UITM Shah Alam," katanya di Facebook.

Semalam Jawatankuasa Disiplin Pelajar UM mengeluarkan surat tindakan tatatertib terhadap Fahmi ekoran perhimpunan bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal minggu ini.

Surat itu juga memaklumkan bahawa Fahmi berdepan sembilan pertuduhan dan diminta hadir ke perbicaraan kes itu pada 7 November.

Berikut adalah pertuduhan yang dikenakan kepada beliau:

1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

3. Menghadiri satu perhimpunan yang tidak dibenarkan universiti.

4. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti" di kampus.

5. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib" di kampus.

6. Melakukan perbuatan yang menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam universiti.

7. Memiliki alat pembesar suara atau alat-alat serupa tanpa kebenaran naib canselor.

8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai universiti semasa perhimpunan.

9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pada 23 Oktober. - HARAKAHDAILY 1/11/2014
Read More

Budak-budak UMNO KTMB kena buang kerja?...Terima kasih kepada semua pembela melayu!

Sabtu, 1 Oktober 2014
Photo: terima kasih kepada semua pembela melayu..dari warga kampung chu badak
Terima kasih kepada semua pembela melayu..dari warga kampung chu badak




Photo: Apa jawapan dia?
Apa jawapan dia?
Photo: George Kent (M) yg dimiliki billionaire Tan Kay Hock telah menerima LoA (Letter of Award) dari Kementerian Kesihatan untuk membina Hospital Kuala Lipis fasa 2 yg berjumlah RM57 juta ringgit..Syarikat pengeluar meter air(hehe) kini diberi tender utk projek pembinaan Hospital plak... Rakan golf Najib ni mesti hebat orgnya kerana selain hospital diberi juga tender utk projek MRT walaupun pada mulanya tidak berjaya dlm tender terbuka.... harap jgn sampai Hospital Kuala Lipis ditukar nama pada Hospital Kuala Rosmah....

Add acc baru gua King Jason ori : .https://www.facebook.com/profile.php?id=100008462164778

George Kent (M) yg dimiliki billionaire Tan Kay Hock telah menerima LoA (Letter of Award) dari Kementerian Kesihatan untuk membina Hospital Kuala Lipis fasa 2 yg berjumlah RM57 juta ringgit..Syarikat pengeluar meter air(hehe) kini diberi tender utk projek pembinaan Hospital plak... Rakan golf Najib ni mesti hebat orgnya kerana selain hospital diberi juga tender utk projek MRT walaupun pada mulanya tidak berjaya dlm tender terbuka.... harap jgn sampai Hospital Kuala Lipis ditukar nama pada Hospital Kuala Rosmah....

Add acc baru gua King Jason ori : .https://www.facebook.com/profile.php?id=100008462164778

Photo: Budak2 UMNO KTMB yg kena buang hentam UMNO....setakat ni 41 pekerja telah dibuang kerja akibat berpiket menentang CEO KTMB...Datuk Elias Kadir Crony UMNO yg rapat dengan Najib

add acc baru gua : .https://www.facebook.com/profile.php?id=100008462164778
Budak2 UMNO KTMB yg kena buang hentam UMNO....setakat ni 41 pekerja telah dibuang kerja akibat berpiket menentang CEO KTMB...Datuk Elias Kadir Crony UMNO yg rapat dengan Najib
add acc baru gua : .https://www.facebook.com/profile.php?id=100008462164778

Photo: Mereka tak putus asa merancang kemenangan dalam PRU.. 

IC Projek mewarganegarakan pendatang Filipina. Baca perengan 4 apa dia tulis?

Pimpinan PR tak teringgin ke nak halang supaya tak ada penipuan pilihanraya?

Nampaknya pimpinan Pakatan Rakyat masih tidur.. mereka tak hengin pun nak tumbangkan BN....

Kita pulak lebih2 nak tukar kerajaan kan?

#BabidimanaMana

add me :

https://www.facebook.com/kingTakSelamanyaKing
Mereka tak putus asa merancang kemenangan dalam PRU..

IC Projek mewarganegarakan pendatang Filipina. Baca perengan 4 apa dia tulis?

Pimpinan PR tak teringgin ke nak halang supaya tak ada penipuan pilihanraya?

Nampaknya pimpinan Pakatan Rakyat masih tidur.. mereka tak hengin pun nak tumbangkan BN....

Kita pulak lebih2 nak tukar kerajaan kan?

#BabidimanaMana

add me :

https://www.facebook.com/kingTakSelamanyaKing
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena