Saturday 1 November 2014

PAHANG JUARA PIALA MALAYSIA 2014...Isnin cuti!

Ahad, 2 November 2014

KERAJAAN PAHANG UMUM CUTI PERISTIWA PADA ISNIN SEMPENA JUARA PIALA MALAYSIA 2014

 | Nov 2, 2014 
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri Pahang mengumumkan Cuti Peristiwa sehari pada Isnin, 3 November 2014 sebagai menghargai kemenangan skuad bola sepak negeri muncul juara Piala Malaysia 2014.
kerajaan pahang umum cuti peristiwa pada isnin sempena juara piala malaysia 2014
Pahang berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Hadiah untuk rakyat, kerajaan Pahang umum cuti peristiwa pada Isnin sempena juara Piala Malaysia 2014 – Beliau berkata, pengumuman itu dibuat dengan mengambil kira bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat. Katanya menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) dipetik BH Online, menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun.
Menteri Besar bagaimanapun mengingatkan semua pegawai dan guru yang terbabit dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula Isnin ini pada 3 November hendaklah meneruskan tugas seperti biasa.
PAHANG JUARA PIALA MALAYSIA 2014

Tahniah diucapkan kepada pasukan Pahang yang muncul sebagai juara Piala Malaysia 2014 selepas menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Pahang Juara Piala Malaysia 2014 – Walaupun beraksi dengan hanya 10 pemain, namun pasukan Pahang membuktikan mereka masih layak untuk muncul sebagai pasukan yang terbaik. Pahang terlebih dahulu mendahului JDT menerusi tandukan Dickson Nwakaeme. Kemudian JDT bangkit dengan gol penyamaan menerusi Jorge Pereyra Diaz dan seterusnya berada didepan dengan gol Luciano Figueroa. Namun begitu Pahang kembali mengikat JDT melalui jaringan Dickson Nwakaeme.
Perlawanan bersambung dengan kedua-dua pasukan bermain dalam masa tambahan. Bagaimanapun kedudukan kekal 2-2 sehingga tamat masa perlawanan yang kemudiaannya diheret ke penentuan sepakan penalti.
Penyerang JDT, Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurnakan sepakan kelima JDT apabila sepakannya diselamatkan oleh Khairul Azhan. Ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh Hafiz Kamal yang berjaya mendapatkan gol kelima Pahang seterusnya menjulang Pahang selaku Juara Piala Malaysia 2014.
RAKAN AMMBOI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena