Thursday, 20 November 2014

Berapa lama lagi Najib boleh bertahan?...'kuasa yang ada semakin mengecil'

Khamis, 20 November 2014

Najib Kian Dekat Dengan Persaraan, Ramailah Yang Melolong

Posted by Era pasca

Kalau Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, orang pertama yang paling kuat melolong sudah tentulah Big Mama Rosmah Mansor. Sama macam tahun 1999 bila Najib hampir kalah di Parlimen Pekan tetapi kiraan kali ketiga, akhirnya memenangkan Najib dengan kelebihan lebih 200 undi... undi yang entah dari mana datangnya.

Yang kedua melolong, sudah tentulah para pegawai dan kaum kroninya.

Korang tengok sendiri, daripada sekian ramai pegawai-pegawai khasnya, siapa yang dikenali sebagai orang biasa, sekarang ini hebat bergaya dengan rumah besar, shopping di London bersama P.A peribadi, berstatus Datuk, yang dapat peruntukan beratus juta ringgit untuk pelbagai operasi gelap yang tidak beraudit tetapi sehingga sekarang, cerita Najib dengan Altantuya pun, masih tidak mampu diatasi, begitu juga dengan cerita cincin permata kegilaan Big Mama walaupun ada cubaan menyalahkan besannya sendiri.

Kekayaan luar biasa para pegawai Najib termasuklah para penasihatnya yang diletakkan dalam pelbagai agensi seperti 1MDB, Teraju, Prasarana, Pemandu dan sebagainya, memang sukar diungkap dengan perkataan. Mereka yang dahulunya tidak ada apa-apa, kini bukan sahaja berkuasa dari segi kewangan, tetapi juga menjadi jurucakap untuk Najib dan Big Mama.

Puak-puak UMN0 sudah mulat resah dengan kegilaan para pegawai dan penasihat-penasihat di sekeliling Najib. Mereka melihat anjing-anjing belaan para pegawai dan penasihat-penasihat Najib yang saling menggigit dan menyalak sesama sendiri kerana tidak cukup makan. Puak-puak UMNGOK itu tahu jikalau dibiarkan, ia bukan sahaja akan menyebabkan mereka susah untuk cari makan, bahkan akan membuka lebih besar tembelang dan penyelewengan yang mereka lakukan.

Mungkin kerana itulah, Najib mula didesak agar melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan alasan, dia tidak mempunyai sebarang pembaharuan untuk pentadbiran Malaysia. Desakan tersebut membuat para pegawai dan penasihat-penasihat Najib jadi tidak keruan. Mereka mula berkeliaran seperti puaka, menghasut sana sini dan menuduh golongan UMNGOK yang mahukan Najib meletak jawatan sebagai golongan kecewa yang tidak dapat projek.

Anjing-anjing belaan yang berada dalam media sosial digunakan untuk menyalak sekali lagi, menyerang sesiapa sahaja yang menyelar Najib dan memintanya agar melepaskan jawatan.

Dalam keadaan sekarang, Najib sebenarnya semakin terdesak. Dia bukan sahaja ditekan oleh Pakatan yang mendedahkan banyak penyelewengan, pembohongan dan rompakan wang rakyat, tetapi juga oleh kalangan UMNO yang sudah bosan melihat Najib berkuasa dengan kebodohan, kebebalan dan kesombongan.

Cuma tidak dapat dipastikan, berapa lama lagi Najib boleh bertahan dengan gayutan pada kuasa yang semakin mengecil?


0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena