Sunday, 30 November 2014

IJAZAH PENOREH - Presiden Umno 'Mungkir Janji', Wanitanya tak payah "minyak pelincir'...Ahmad Maslan 'lemah' pulak...

Ahad, 30 November 2014

Ahmad Assajri Mat Noh
Alhamdulillah..selepas 6thun belajar dan mempertaruhkan masa depan dalam IJAZAH SARJANA MUDA PENOREHAN DENGAN KEPUJIAN..akhirnya..majlis graduasi saya berlangsung dengan aman dan tenang.. walaupun tidak mendapat anugerah emas tapi saya mampu memberikan segulung ijazah kepada mak abah ..trima kasih. Muah3..
#berbangga menerima ijazah daripada canselor yg mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam jurusan yg sama dengan jurusan yg saya ambill..

lawak antara felda terbaik minggu ni... hehhehe..

Gambar: Akhbar Pekan Tribune di Indonesia hari ni.. siar najib mungkir janji..
"Najib Ingkar Janji' .. terpampar didada akhbar Indonesia..
Akhbar Pekan Tribune di Indonesia hari ni.. siar najib mungkir janji...

Gambar: Amacam ... kikiki
No komen ... wakaka
Amacam ... kikiki

Gambar: KINI GILIRAN AHMAD MASLAN KENA BELASAH SAMPAI LUMAT LUNYAI DARI UTUSAN ... KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA PALING LEMAH DALAM SEJARAH.
http://omakkau.blogspot.com/2014/11/kini-giliran-ahmad-maslan-kena-belasah.html
KINI GILIRAN AHMAD MASLAN KENA BELASAH SAMPAI LUMAT LUNYAI DARI UTUSAN ... KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA PALING LEMAH DALAM SEJARAH.
http://omakkau.blogspot.com/2014/11/kini-giliran-ahmad-maslan-kena-belasah.html

Utusan Malaysia hari ini mendakwa Datuk Ahmad Maslan merupakan ketua penerangan Umno paling lemah ekoran terdapat program yang dilaksanakannya lebih berupa syok sendiri. 

Pengarang akhbar berkenaan Zulkifli Jalil berkata, tanggapan itu diutarakan selepas terdapat pihak tertentu yang mendakwa Ahmad lesu dan tidak mencapai matlamat apabila penjelasan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kurang menyerlah dan difahami rakyat. 

"Soksek-soksek mengatakan Biro Penerangan Umno diketuai Datuk Ahmad Maslan lesu hinggap di telinga penulis setahun dua ini. Kata ‘mereka’ dalam parti terutama bahagian, program penerangan lebih berupa ‘syok sendiri’," tulis Zulkifli dalam rencana bertajuk "Syok sendiri? 

Ketua Penerangan Umno paling lemah?" yang disiarkan akhbar milik Umno itu hari ini. "Tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan. Antaranya penjelasan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan beberapa bulan lagi ini (April 2015) - kurang menyerlah dan difahami rakyat. 

Ini sehinggakan ada tanggapan dilontarkan beliau ‘ketua penerangan Umno yang paling lemah’,” katanya. Zukifli berkata, apabila beliau membangkitkan perkara ini kepada Ahmad, ahli Parlimen Pontian itu tidak begitu selesa dengannya. 

“Diajukan soksek-soksek begitu ketika ditemui penulis sebelum perbahasan ucapan dasar presiden berhenti rehat untuk solat Jumaat, Ahmad kelihatan kurang selesa dan sekadar menyambutnya: 

'Tak payah sebutlah'. “Bagaimanapun, beliau akui keberanian perwakilan Umno menegur pemimpin dalam Perhimpunan Agung parti kali ini agak `lebih’ berbanding tahun lalu. 

Mereka berani menegur dengan lantang, sambil Ahmad mengenal pasti wakil dari Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka yang berbuat demikian," katanya seperti dilaporkan akhbar itu hari ini. 

SEMACAM SUDAH ADA DESAKKAN KERAS DARI AKAR UMBI UMNO MAU AHMAD MASLAN DI PECAT DARI JAWATAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA. 

KENA AKUI BAHAWA AHMAD MASLAN ADALAH ANTARA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DALAM UMNO YANG PALING TIDAK POPULAR DIKALANGAN RAKYAT SELAIN HASAN MALEK DAN SHAHIDAN KASSIM .. KATA-KATANYA SERING DIJADIKAN BAHAN LAWAK GURAU SENDA DAN EJEKAN ... 

DILIHAT MENJADI LIABILITI GRED UTAMA KEPADA UMNO/BN KINI. MEMPUNYAI CGPA 3.85 BUKAN BERMAKNA HEBAT DALAM POLITIK DAN BIJAK MENGATUR SUSUN CARA BAGI MENYAKINKAN RAKYAT MENYOKONG INSPIRASI PARTI.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena