Monday, 24 November 2014

Ketua Pembangkang Selangor (UMNO) dapat kereta rasmi & elaun RM3,000

Selasa, 25 November 2014

Ketua pembangkang Selangor dapat kereta rasmi


Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsudin Lias hari ini menerima sebuah kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai insentif menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang.

Pemberian kereta jenis Toyota Camry itu disampaikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di depan bangunan DUN.

Turut serta pada majlis penyampaian tersebut ialah Speaker Dewan Hannah Yeoh.

Selain itu, Shamsuddin yang juga ADUN Sungai Burong turut mendapat wang elaun sebanyak RM3,000 sebulan.

Beliau turut mendapat RM1,367 untuk bayaran gaji pemandu, RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja dan pembiayaan bahan api dan tol.

Dalam sidang media kemudiannya, Shamsudin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan menghargai pengiktirafan yang diberikan.

Di samping itu, beliau juga akan memberi kerjasama dan menegur kerajaan negeri untuk memberi kesimbangan kepada pemerintahan negeri.

“Saya sebagai ketua pembangkang di Selangor amat menghargai di atas pengiktirafan kerajaan Selangor terhadap peranan pembangkang, dan ini diterjemahkan melalui kemudahan-kemudahan dan sokongan serta kenderaan.

“Saya berjanji akan memainkan peranan sebagai pemantau. Insya-Allah kita akan berikan kerjasama dengan baik. Kalau ada teguran, kita akan berikan teguran secara konstruktif,” katanya.

Sementara itu, Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan bersetuju supaya memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada Shamsudin.

Katanya, keistimewaan itu adalah sebahagian Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980 dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13.

“Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri Selangor merupakan komponen kerajaan yang memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan sedia ada walaupun tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Keistimewaan dan kemudahan ini diberikan supaya beliau boleh menjalankan tugas-tugas beliau dengan lebih efektif,” katanya.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena