Saturday, 22 November 2014

"Nafas Terakhir Umno" Najib terus di lanyak lumat lunyai...Adakah Najib mampu bertahan?

Sabtu, 22 November 2014

Saya pernah menulis dalam Majalah Suara Baru sewaktu permulaan Najib dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan petikan berikut “ ERA NAJIB – mampukan Najib membawa harapan baru atau hanya menyempurnakan nafas terakhir Umno” Hari ini serangan ke atas pentadbiran Najib Tun Abdul Razak akan dan sekiranya di teliti sudah bermula.

Paluan gendang perang sudah berbunyi dan Najib pasti akan terus di lanyak lumat sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan yang ada.

Ini adalah hipotesis yang ada hari ini.

Masa Najib, sekiranya serangan ini bermula sudah terhad. Arah haluan media sudah mula menunjukkan tanda-tanda kritikan terhadap Najib sudah bermula.

Serangan dari bekas Perdana Menteri kepada penganalisis politik termasuk ahli dalam Umno sendiri – sudah akan ada. Isu 1MDB, isu akta hasutan semua akan berkumandang sebagai bahan pembakar serangan.

Media alternatif juga – khususnya pembangkang sudah mula menyentuh isu ini melibatkan Umno – serangan terhadap Najib - dilanjutkan dengan spekulasi tindakan menaikkan Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan spekulasi Tan Sri Muhyddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Lihat artikel berikut :

http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=402851:muhyiddin-resignation-soon?-armed-with-the-green-light-from-najib-successor-hisham-waits-in-the-wings&Itemid=2#axzz3JgmYR64A

Ini semua dibentuk untuk menunjukkan Najib sedar beliau akan di humban keluar dan untuk terus menjaga kepentingan diri, Hishammuddin mahu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan beliau kelak.

Ini pasti akan memberi gambaran berlainan dalam Umno.

Cara mainan media pembangkang amat tersusun sekali – memanipulasi logik yang ada – baik untuk pembangkang menerima mahupun untuk Umno menilai berita ini.

Arah tulisan media amat teliti dengan hipotesis yang tidak lari dari logik dan kemelut politik.

Tidak juga dinafikan kemungkinan sirkulasi serangan ini juga mainan dalam Umno yang menggunakan khidmat media pembangkang.

Metodologi sebegini tidak ada dalam Umno. Media Umno kaku bertindak mengikut arah angin masing-masing.

Semua tidak tersusun dan tidak berarah.

Ini adalah senario benar yang ada sehingga Umno gagal melawan persepsi-persepsi yang di bentuk ke atas parti tersebut.

Kepimpinan Najib sendiri gagal membentuk pertahanan yang kuat dalam media alternatif.

Maka persepsi Najib akan terus ditekan untuk digantikan semakin membengkak.

Malah pada PRU13 juga – atur Umno dalam media tidak menampakkan dominasi Umno sungguhpun inventori cukup dan peruntukkan amat besar sekali tapi gagal dalam mainan propaganda khususnya mendominasi minda pembaca.

Hari ini, seakan nampak gerakan sudah bermula untuk menekan Najib dalam media dan juga hakikat politik yang ada.

Dalam keadaan Umno akan mengadakan perhimpunan tahunan mereka – kejutan kecil berlaku dengan wujud tindakan dalaman membuat protes - meletak jawatan membantah Presiden Umno. Laporan media berikut :

http://www.selangorpress.com/blog/ketua-cawangan-letak-jawatan-protes-presiden-umno/

menunjukkan Ketua Pemuda Cawangan –Simpang Morib melepaskan jawatan dan mengatakan kekecewaan terhadap Najib selaku Presiden Umno.

Ini semua membayangkan permulaan – serangan terhadap Najib. Adakah serangan ini akan lebih menyeluruh lagi sampai kepada Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ahli Umno baru ini di desak untuk meninggalkan budaya bodek dan mengampu dalam PAU yang akan datang ini.

Apakah saranan yang dibuat sesetengah pihak ini adalah untuk memulakan suara-suara garang mengkritik pentadbiran Najib.

Apa pun untuk memulakan gerakan menggantikan Najib tindakan Tun Dr Mahathir adalah pemulanya.

Suara Tun M masih lagi berwibawa kuat dalam politik Umno.

Sebarang kritikan akan diambil serius dan mampu mengubah landskap politik Umno.

Tindakan mempersoalkan Najib sahaja sudah menimbulkan pusaran dalam Umno.

Adakah tindakan Mahathir ini menandakan kiamat pentadbiran Najib.

Najib semakin di kritik bukan sahaja dari dalam malah hadir dalam Umno sendiri.

Apa yang terbuku dalam hati ahli Umno – ketidakpuasan akan mula terledak.

Suara mempersoalkan “winner able candidate” sewaktu pemilihan calon juga melukakan beberapa pihak akan juga dipersoalkan, langkah mengambil semua orang-orang kanan bertanding – dan kalah membuat Najib di persoalkan, isu – isu semasa – seperti pemberian BR1M turut dikatakan satu kesalahan yang mencubit kedudukan kewangan dan hasilnya dikatakan – adalah mengenakan rakyat semula untuk mendapat semua pemberian tersebut, isu 1MDB mula berkumandang dengan kehilangan beratus juta ringgit serta persoalan jaminan kerajaan.

Hari ini mekanisme petrol juga menjadi konflik yang wujud.

Persoalan juga ditambah dengan desakan dalam tidak menghapuskan Akta Hasutan dan ketegangan yang wujud dalam persoalan perkauman – agama yang tidak cantik di tangani akan turut dipersoalkan.

Adakah Najib mampu bertahan dengan kelompok yang ada di sekeliling beliau.

Adakah mereka yang ada itu sedar apa yang mula terbentuk dalam arus bawah ini.

Berapa lama agaknya Najib mampu bertahan dengan tanda-tanda sudah wujud untuk menolak beliau dari terus memimpin Umno dan negara dan apa sebenarnya akan dilakukan kroni beliau dalam masa serangan ini bermula.

Akhirnya kita harus dari hari ini meneliti tanda-tanda kiamat politik Najib dan apa kesannya terhadap PRU akan datang.

Adakah kegagalan Najib ini merupakan nafas terakhir Umno pada PRU 14 nanti.

Adakah kiamat politik Najib merupakan penyempurnaan nafas terakhir Umno dalam politik tanah air.

Adakah kita akan melihat Umno sebagai pembangkang dan apakah Umno mampu menjadi pembangkang yang kuat? Hakikatnya menjadi pembangkang yang lemah di Selangor sahaja sudah terbukti. – 22 November, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- tmi

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena