Thursday, 20 November 2014

'Surat Kuning' Baginda Sultan tidak tahu menahu...Palanivel sanggah tuduhan Sultan Pahang?

Khamis, 20 November 2014
Photo: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menegaskan hari ini baginda tidak tahu menahu mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di Cameron Highlands.

Ditanya mengenai perkara itu baginda bertitah, "Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya".

"Semak dahulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah dalam sidang akhbar selepas berkenan melawat kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, hari ini.

Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan pimpinan kerajaan negeri. Banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini meragut lima nyawa.

   Lima yang lain cedera. Beberapa penduduk dipindahkan. Penerokaan tanah haram dikatakan antara punca utama berlaku bencana itu.

Dalam pada itu, baginda menggesa peneroka tanah haram menghentikan serta merta aktiviti mereka terutama pertanian di Cameron Highlands.

Baginda bertitah kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka.

"The illegal farmers are responsible for doing this continously...for ages they are responsible (for) the problem - from time to time...they are to blame," (Peneroka haram bertanggungjawab, terus melakukan ini...untuk sekian lama mereka bertanggungjawab...mereka harus dipersalahkan), tegas baginda.

Sehubungan itu, baginda menyeru kerajaan persekutuan menggunakan segala kemudahan dan agensi-agensi yang sedia ada untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menegaskan hari ini baginda tidak tahu menahu mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di Cameron Highlands.

Ditanya mengenai perkara itu baginda bertitah, "Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya".

"Semak dahulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah dalam sidang akhbar selepas berkenan melawat kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, hari ini.

Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan pimpinan kerajaan negeri. Banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini meragut lima nyawa.

Lima yang lain cedera. Beberapa penduduk dipindahkan. Penerokaan tanah haram dikatakan antara punca utama berlaku bencana itu.

Dalam pada itu, baginda menggesa peneroka tanah haram menghentikan serta merta aktiviti mereka terutama pertanian di Cameron Highlands.

Baginda bertitah kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka.

"The illegal farmers are responsible for doing this continously...for ages they are responsible (for) the problem - from time to time...they are to blame," (Peneroka haram bertanggungjawab, terus melakukan ini...untuk sekian lama mereka bertanggungjawab...mereka harus dipersalahkan), tegas baginda.

Sehubungan itu, baginda menyeru kerajaan persekutuan menggunakan segala kemudahan dan agensi-agensi yang sedia ada untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.

Palanivel Sanggah Tuduhan Sultan Pahang Dia Tak Buat Kerja



Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menangkis dakwaan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bahawa beliau tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menangani kes banjir lumpur di Cameron Highlands. 

Dalam kenyataannya, Palanivel berkata masalah yang timbul itu perlu mendapat perhatian serius dan bukannya dengan mencari salah mana-mana pihak. "Banyak perkara berlaku malah sebelum saya menjadi MP (Cameron Highlands) 

"Namun saya yakin kami boleh memulihkan semula Cameron Highlands dan menghentikan kemusnahan besar alam sekitar yang berlaku,” kata Palanivel dalam satu kenyataan. Beliau juga mendakwa beliau mempunyai hubungan baik dengan sultan Pahang. 

"Saya akan jelaskan semuanya kepada baginda, yang baik dan yang buruk. Saya yakin kebimbangan baginda ke atas tanah ini dan rakyatnya sangat tulus dan baginda prihatin pada kebajikan mereka. MP tersebut berkata beliau juga sudah banyak kali melawat kawasan yang diwakilinya itu. 

"Bencana banjir adalah isu berbangkit yang serius sejak bertahun-tahun lalu. Kes kematian terbaru hanya menambahkan lagi kebimbangan mereka. 

"Kerajaan komited dengan usaha mencari penyelesaian jangka panjang. Sebagai langkah segera, kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk tebatan banjir di Lembah Bertam,” katanya. 

Tambahnya, isu itu juga dibangkitkan kepada perdana menteri dan dalam mesyuarat Kabinet. Sultan Pahang hari ini dilaporkan murka kerana Palanivel tidak melakukan tindakan drastik untuk mengelakkan tragedi itu berulang, selepas kejadian pertama tidak sampai setahun lalu. 

Sultan Ahmad Shah turut memberi amaran bahawa rakyat tidak akan mengundi parlimen itu lagi sekiranya isu berkenaan tidak ditangani.
BLM.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena