Monday 17 November 2014

NGO berpakaian sebiji seketul macam PDRM? Lebih teruk daripada PPS P.Pinang...Mohon siasat!

Isnin, 17 November 2014
SEBUAH NGO BERUNIFORM ALA-ALA PDRM KINI BERGERAK CERGAS
SEBUAH NGO BERUNIFORM ALA-ALA PDRM KINI BERGERAK CERGAS
Sebuah NGO berpakaian seragam saling tak tumpah sebiji seketul macam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diberi nama Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) telah wujud yang bertindak lebih kepada menjadi pengawal keselamatan. 

Bukan sahaja berpakaian sebiji seketul macam PDRM malahan pangkat juga meniru PDRM. Ada kad keahlian lagi siap dengan nombor anggota seperti mana yang digunapakai oleh PDRM iaitu R/F yang bermaksud Rank And File dan pangkat dan berlatar belakangkan lencana hampir menyerupai logo PDRM. 

Paling bahayanya siap dengan kereta peronda sebiji dengan kereta peronda PDRM Kad keahlian ada jata negara Malaysia lagi. Syarat-syarat kelayakkan ialah: berumur 21 tahun keatas dan terpaksa membayar yuran kepada persatuan. 

Yang kelakarnya kenaikkan pangkat bukan diuji dari kebolehan, kecekapan dan pencapaian kelulusan akademik tetapi dinilai dari berapa ramai ahli itu dapat memujuk orang ramai menjadi ahli persatuan ini. 

Lagi ramai ahli di rekrut lagi tinggi ganjaran dengan pemberian pangkat diberikan ... berjaya menarik ahli baru seramai 10 orang dapat pangkat Lans Koperal ... 15 orang Koperal ... 25 orang Sarjan .. dan begitulah seterusnya. 

Mohon pihak berwajib siasat dan ambil tindakan segera akan NGO beruniform ala-ala PDRM ini, sebab jauh lebih teruk dari Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang diharamkan baru-baru ini.
Posted by OMAK KAU

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena