Saturday, 22 November 2014

JOKOWI, TGNA & LGE naik pesawat 'economy class' aje...PM ada Jet mewah baharu 'Perdana 2 atau NR2'

Ahad, 23 November 2014
GAMBAR PRESIDEN JOKOWI SUAMI ISTERI NAIK PESAWAT KELAS EKONOMI KE SINGAPURA UNTUK GRADUASI ANAK LELAKINYA TERSEBAR DI ALAM MAYA. 
Presiden Indonesia Jokowi dan First Lady Iriana ke Singapura menghadiri konvo anaknya hanya menaiki pesawat kelas ekonomi. 

Rakyat mau tahu .. apakah pemimpin negara ini yang begitu obses dengan gaya cara Presiden Jokowi ini akan ikut jejak langkah dan gaya yang serupa?

 Bak kata orang .. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengang .. alang-alang ingin sangat nak menjadi Jokowi biarlah tiru dan lakunkan semua ... baru rakyat percaya.

Lim Guan Eng dan “economy class”

Mr Lim tersenyum lebar di seat rakyat jelata nyer


Aku baru jer lepas usha2 blog selepas penat bekerja ini hari. Lepas tuh tetiba terserempak ngan satu entry psl Lim Guan Eng naik kapal terbang. Takde la pelik sangat Ketua Menteri naik kapal terbang kan? Tapi korang pernah jumpa Ketua Menteri yg naik kapal terbang dok kelas “rakyat jelata” as in “economy class” ? Meh sini aku nak citer meh…
p/s lagi skali : aku rasa the most likely person yg akan naik kapal terbang “rakyat jelata” adalah Tuk Guru Nik Aziz….ada sorang lg…sape ?? hehe…aku ler…sape lg…aku nak naik kapal terbang pon xde duit…


Blog Pro-UMNO dedahkan Najib ada jet mewah baru.. apa macai nak kata?


Dua blog pro-Umno bigdogdotcom dan Rocky’s Bru mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

Dalam tulisan di blog tersebut kedua mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali “Perdana 2″ atau “NR2″ – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.



Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbanganComlux, lapor Malaysiakini.

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.

Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.

ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama “NR1” atau “Perdana 1” dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.
Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena