Monday, 24 November 2014

Kakitangan Kerajaan berisiko jadi gelandangan...Demam laa!

Isnin, 24 November 2014
Photo: kalau benar apa yang gua lihat ni..
demam lah kakitangan kepala kerajaan lepas ni..
kalau benar apa yang gua lihat ni..
demam lah kakitangan kepala kerajaan lepas ni...

BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM KERANA BAKAL MENJADI GELANDANGAN KATA PRESIDEN CUEPACS.
KUALA LUMPUR – Kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan sekiranya kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah yang melambung tinggi kini. 

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu boleh berlaku kerana penjawat awam dengan pendapatan kini tidak mampu membeli rumah dengan harga yang sangat tinggi. 

Katanya, Cuepacs menyokong saranan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) sebelum ini agar kerajaan campur tangan dalam menentukan harga rumah. 

“Sekarang harga rumah tidak mampu lagi dikawal, walaupun kerajaan baru-baru ini bersetuju mana-mana orang luar yang mahu memiliki hartanah di Malaysia mestilah berharga RM1 juta ke atas. 

“Rentetan itu, dikhuatiri pemaju akan mengambil kesempatan menaikkan lagi harga rumah dan mengakibatkan rakyat negara terus tidak mampu memiliki rumah sendiri,” katanya. 

Beliau berkata, pihaknya turut menyarankan kerajaan mewujudkan dasar seorang rakyat sebuah rumah. “Kita mahu dasar di mana rakyat mampu beli rumah. 

Bagaimana caranya, ia tanggungjawab kerajaan melakukannya terutama mengawal harga rumah,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan sidang media Konvensyen Perpaduan Nasional yang akan diadakan Ahad ini. 

Katanya, pada konvensyen itu nanti, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam digelar Penggerak Perpaduan Nasional akan menyediakan memorandum khas merangkumi beberapa inti pati yang dibahaskan.
Posted by OMAK KAU!

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena