Wednesday, 26 November 2014

UMNO DIHUJUNG KUASA - Kamu tak perlu menyalahkan orang lain!

Rabu, 26 November 2014
UMNO tak perlu menyalahkan orang lain dengan terpuruknya bangsa Melayu dan juga semua bentuk perlecehan terhadap Islam kerana kuasa telah dan sedang digenggaman tangan mereka!
UMNO Needless to blame other people with terpuruknya the Malay race and all other forms of perlecehan against Islam because power was and is digenggaman their hands!Translated by Bing
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DIHUJUNG KUASA
Photo: PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DIHUJUNG KUASA

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Ketakutan hilang kuasa dan euforia paranoid sedang menggema hangat di PWTC, seolah tanah leluhur ini sedang diperintah bangsa asing. Ironisnya negara ini diperintah oleh UMNO , parti yang lahir pada 11 Mei 1946 dan mempunyai jajaran Perdana Menteri berkeahlian UMNO. Tema bangsa Melayu akan hilang daripada peta kuasa, hilang segalanya sedang disenandungkan dengan sajian melankolik oleh pemimpin-pemimpin UmNO dan para perwakilan yang sedang bersidang. Termuntah segalanya melalui pantun, pepatah petitih, seloka bahkan terjahan semangat akan kebimbangan hilang kuasa ini.

PRU 13 yang lalu telah menghantar isyarat yang jelas bahawa parti Melayu yang bersalut KKN ini semakin berada dihujung tampuk kekuasaan dan ternyata UMNO berkuku di kawasan pedalaman yang tidak akses kepada maklumat dan ilmu yang benar. Talian hayat UMNO dan BN ini juga bergantung dengan Sabah Sarawak, malah ternyata jelas UMNO ditolak oleh kelas menengah Melayu negara ini. Cuba kita bandingkan prestasi UMNO BN dalam PRU 12 dan juga dalam PRU 13, maka rakyat dapat menghidu ketakutan UMNO ini.

Kedudukan ahli Parlimen juga berlaku perubahan berbeda dengan PRU12 dimana BN mempunyai 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 82 kerusi Parlimen. Kali ini menyaksikan dalam PRU13, BN hanya memperolehi 133 kerusi Parlimen. Kali ini Pakatan Rakyat mempunyai 89 kerusi Parlimen. Keseluruhan kerusi Parlimen yang dipertandingkan ialah sebanyak 222 kerusi.

Di peringkat negeri-negeri juga BN mengalami kemerosotan yang sangat drastik, dalam PRU12 yang lepas, BN mempunyai 344 kerusi DUN, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 161 kerusi DUN. Lonjakan kali ini sangat menarik untuk dibedah apabila PRU13 ini, BN mempunyai 275 kerusi DUN dengan makna BN kehilangan sebanyal 71 kerusi DUN. Pakatan Rakyat yang menyaksikan permuafakatan politik PAS, PKR dan DAP telah memperolehi 230 kerusi DUN. Jumlah keseluruhan kerusi DUN ialah sebanyak 505 kerusi.

Pilihan raya umum kali ini juga menyaksikan pertama kali undi popular memihak kepada Pakatan Rakyat, jika dalam PRU12, BN telah memperolehi 4.0 Juta pengundi, manakala Pakatan Rakyat memperolehi 3.7 Juta undi popular. Dalam PRU13 ini suasana sangat berbeza. BN 5.2 Juta, Pakatan Rakyat 5.5 Juta (Pakatan Rakyat lebih popular).

Dalam PRU ini juga menyaksikan peningkatan jumlah keluar mengundi yang paling ramai dalam sejarah pilihan raya. Jumlah peratusan ini mengalahkan negara maju dan sangat disangsikan malah dikaitkan dengan undian berganda. Koordinasi antara JPN dan parti berkuasa telah menjayakan operasi undian berganda. Banjiran warga asing yang mengundi juga menyumbang kepada peratus keluar mengundi yang cukup luarbiasa kepada negara sedang membangun seperti Malaysia.

Peratus keluar mengundi dalam PRU12 ialah seramai 8.0 Juta (76%). Manakala dalam PRU13 pula seramai 10.4 Juta atau 80 peratus yang keluar yang keluar mengundi. Peratusan sangat tidak logik dengan kadar pertambahan penduduk dan juga tahap pendidikan penduduk, semakin pedalaman, semakin tinggi kadar keluar mengundi. Sangat ironis sekali, terutama apabila kadar keluar mengundi saluran 1 yang sangat tinggi. Pengundian berganda adalah salah satu senjata BN untuk menang dengan cara yang sangat kotor. Ianya dikesan mula digunakan dalam 3 pilihan raya terakhir ini, bersinergi beberapa jabatan kerajaan dengam modus operandi yang sangat licik.

Dalam isu undi popular, sejarah menyaksikan BN tidak berjaya menawan hati rakyat seluruhnya. Kalau berdasarkan undi popular Pakatan Rakyat mengatasi BN dalam PRU13. BN cuba menyembunyikan kerja jahat persempadanan pilihan raya yang pernah mereka buat iaitu dibanyakkan kerusi Parlimen di kawasan Sabah, Sarawak dan juga kawasan pengundi bukan Melayu yang ramai, manakala kawasan pengundi Melayu yang ramai tidak dipecahkan kawasan Parlimen.

BN memperoleh 5.2 Juta undi popular sedang Pakatan Rakyat memenangi 5.5 Juta undi popular. Bererti Pakatan Rakyat memungut lebih kurang 300,000 undi berbanding BN. Tetapi oleh kerana kerusi Parlimen tidak seimbang dari segi bilangan pemilih, contoh, umpamanya ada kawasan Parlimen yang jumlah pemilihnya lebih kurang 10 ribu atau 25 ribu (banyak di Sarawak) sedang di Selangor beberapa kerusi Parlimen mencecah lebih 100 ribu, begitu juga kawasan majoriti Melayu seperti di Baling, Sik, Hulu Terengganu, Kemaman kadar pengundinya sangat tinggi. Jadi jika sesebuah parti memenangi satu kerusi bilangan pemilihnya melebihi 100,000 orang dan parti yang lain memenangi di empat kerusi di Sarawak masing-masing satu kerusi bilangan pemilihnya 25,000. Dengan jumlah pemilih yang sama Pakatan Rakyat hanya menang satu kerusi sedang parti BN menang 4 kerusi. 

Politik Communal sangat menghantui negara kita sejak zaman berzaman. UMNO sendiri tegak atas dasar perkauman Melayu. Kempen PRU13, sarat dengan kempen perkauman malah secara terbuka dengan penggunaan media massa arus perdana yang meracun pemikiran kaum Melayu agar terus menyokong UMNO untuk mengelakkan Melayu hilang kuasa.

Usai PRU terus diserombongkan seolah adalah ahli Parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Melayu ditakutkan hilang kuasa dan didendangkan bahawa DAP menguasai Parlimen. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. Logik ini gagal untuk difahami oleh masyarakat Melayu luar bandar yang malas membaca dan dibius hiburan.

Perhimpunan Agong UMNO terus meniup bara perkauman, sedang mereka meneriak "hidup Melayu", ekuiti bangsa Melayu makin mengecil dan tanah orang Melayu semakin hilang disambar cukong yang sedang berselingkuh dengan penjerit hidup Melayu. Nilai akhlak Melayu makin punah dibaham kejahilan sistematik dan juga akibat pembiusan hiburan skala besar tajaan kerajaan. UMNO tak perlu menyalahkan orang lain dengan terpuruknya bangsa Melayu dan juga semua bentuk perlecehan terhadap Islam kerana kuasa telah dan sedang digenggaman tangan mereka!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Lujnah Politik Pusat)

 — with Pas Sri Gombak and 48 others.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena