Sunday, 3 December 2017

[Video Umno SYOK SENDIRI, Rakyat tinggal di bawah bumbung plastik!] Politik MA63: Tuak lama dalam botol baru? 'Bom jangka' Pandikar ini jika meletup habislah undi UmnoBN di Sabah dan Sarawak.

Ahad, 3 Disember 2017


Related image
Kuala Nerang-Benarlah kata pepatah, demi cinta lautan berapi serta onak dan duri sanggup ditempuhi asalkan dapat hidup bersama untuk selama-lamanya. Tiada apa yang tak dapat dirintangi, selagi kasih sayang...

Politik MA63: Tuak lama dalam botol baru?

KENYATAAN Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia baru-baru ini mencetuskan reaksi yang kurang selesa dalam kalangan penduduk Sarawak dan Sabah. Kata-kata seperti “Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi dua negara berasingan sebaliknya hanya sekadar jajahan British” menguris hati penduduk yang rata-rata pengundi setia Barisan Nasional (BN).
Kata-kata kononnya, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) “tidak penting”, dan kononnya tiada dalil mengatakan Sabah dan Sarawak itu “istimewa” malah ia setaraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia juga dianggap seolah-olah meremehkan perjanjian itu.
Menurut laporan media, Pandikar berkata semasa membaca laporan suruhanjaya siasatan membincangkan laporan Suruhanjaya Cobbold 1962, iaitu Inter-Governmental Committee (IGC), beliau “tidak terjumpa dalil mengatakan Sabah dan Sarawak sama taraf dengan Malaya, tidak ada.”
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg pula menolak pandangan dan kenyataan Pandikar tersebut. Lantaran ini, Pandikar mencabar  ketua menteri Sarawak berdebat dengannya.  Cabaran debat ini menambahkan lagi rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak.
Suara Putrajaya?
Ada yang melihat usaha Pandikar sebagai “mewakili” Putrajaya. Membuat kenyataan demikian ketika beliau juga adalah speaker Dewan Rakyat ditafsirkan sebagai usaha meneutralkan pemikiran, tafsiran dan persepsi penduduk majoriti Sabah dan Sarawak tentang gerakan dalam menuntut hak yang sesuai dengan pengisian dan pematuhan penuh MA63.
Sebagai speaker Dewan Rakyat beliau mempunyai autoriti besar dan setiap kata-kata yang beliau keluarkan tidak dapat dipisahkan dengan kedudukannya itu.
Maknanya, setiap kata yang beliau ungkapkan mempunyai maksud tersirat dan tersurat daripada aspek wacana politik nasional, politik Putrajaya dan politik federalisme.
Namun sehingga artikel ini ditulis, belum ada reaksi dalam kalangan pemimpin Umno sendiri. Masing-masing cuba menjarakkan diri daripada pandangan Pandikar ini.  
Mereka sedar apa-apa yang diungkapkan oleh Pandikar ini boleh jadi bom jangka dan jika meletup kesannya sangat buruk kepada undi Sabah dan Sarawak. Lebih-lebih lagi pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.
Politik Pandikar
Ada juga yang melihat sikap Pandikar ini lebih kepada untuk menyambung hayat politiknya bertanding dalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun depan.
Sebelum ini, penubuhan NGO iaitu United Sabah Bumis Association (Usbo) digerakkan oleh Pandikar untuk bergerak ke seluruh Sabah bagi menjelaskan isu-isu semasa kepada rakyat Sabah. 
Pandikar juga dikatakan sudah menyatakan kesediaannya untuk kembali aktif dalam politik dan ini mencetuskan spekulasi Usbo akan jadi sebuah parti politik.
Namun hal ini sukar jadi realiti kerana populari Pandikar kurang terserlah lebih-lebih lagi kenyataan dan pendirian mengenai MA63 pasti menguriskan hati pengundi untuk memberi undi dan sokongan.
Sudah pasti mana-mana parti politik sukar untuk menerima Pandikar sebagai calon untuk bertanding pada PRU akan datang.
Berdasarkan survei dalam isu Pandikar ini, didapati lebih 80% rakyat Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengan pandangan beliau dan mahukan MA63 dilihat semula daripada pelbagai aspek.
Agak aneh apabila speaker Dewan Rakyat mencabar Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg,  sesama komponen Barisan Nasional untuk berbahas seolah-olah menunjukkan tidak ada kesepakatan dalam komponen BN. – Gambar Facebook, 3 Disember, 2017.
Agak aneh apabila speaker Dewan Rakyat mencabar Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg, sesama komponen Barisan Nasional untuk berbahas seolah-olah menunjukkan tidak ada kesepakatan dalam komponen BN. – Gambar Facebook, 3 Disember, 2017.
Namun kesemua responden bersetuju tindakan ini bukan bermakna menolak konsep federalisme, sebaliknya mengukuhkan baik hubungan antara Sabah Sarawak dan Semenanjung.
Responden dalam kajian ini juga memberikan kredit yang tinggi terhadap sumbangan Perdana Menteri Najib Razak yang terbuka dalam soal autonomi dan hak-hak negeri yang tidak dibuat oleh kepimpinan terdahulu.
Sebenarnya, selepas dilantik menjadi Speakar Dewan Rakyat, Pandikar telah melepaskan jawatan ketua bahagian Umno Kota Marudu sejak tahun 2008.  Beliau juga kini bukanlah seorang ahli Parlimen.
Perlepasan jawatan beliau itu dikatakan untuk menumpukan tugas speaker sepenuh masa. Namun ada yang mentafsirkannya sebagai tindakan politik, sesuai dengan sentimen 16 September 2008 ketika kononnya lebih 30 ahli Parlimen, iaitu 13 daripada Sabah dan 17 ahli Parlimen Semenanjung mahu menyeberang kepada Pakatan Pakatan.  
Pandikar pernah menjadi presiden parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar) selepas perpecahan Parti Bersatu Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1989. Namun Pandikar bubarkan Akar untuk menyertai Umno.
Komitmen Putrajaya
Apapun motif Pandikar, beliau perlu lebih sensitif dalam mengeluarkan kenyataan kerana rundingan Putrajaya dengan kerajaan negeri Sarawak misalnya sedang berlangsung. 
Malah perdana menteri sendiri positif ke arah perbincangan tersebut dan tidak mengenepikan suara-suara Sabah dan Sarawak dalam isu autonomi dan hak-hak lain sesuai dengan menghormati dan pelaksanaan MA63.
Beliau sewajarnya lebih memahami bahawa terdapat perbezaan antara undang-undang dan realiti sejarah yang mempunyai tafsiran tersendiri. Kedua-dua perlu dibezakan kerana realiti sejarah tidak semestinya terpancar dalam undang-undang yang termaktub.  
Bagi mencari jalur keseimbangan antara realiti sejarah dan undang-undang, perlu ada persetujuan bersama. Sentimen realiti politik perlu difahami agar tidak terperangkap dalam hanya satu jalur kefahaman. Keterperangkapan di dalam tempurung makna akan menjejaskan pembinaan sebuah negara bangsa dan bangsa idaman.  
Pada masa yang sama, sesuai dengan konsep federalisme, kita tidak mahu wujudnya negara dalam negara. Yang penting ialah perlunya menghormati perjanjian yang ada dengan memastikan pelaksanaan  dan pengisian selaras dengan semangat perjanjian tersebut.
Agak aneh apabila speaker Dewan Rakyat mencabar ketua menteri sesama komponen Barisan Nasional untuk berbahas seolah-olah menunjukkan tidak ada kesepakatan dalam komponen BN.
Ia boleh disalahtafsirkan sebagai pertembungan suara antara Putrajaya dan Sarawak walaupun Pandikar tidak diberikan mandat oleh perdana menteri untuk berbuat demikian.
Isu ini lebih bijaksana diselesaikan secara tertutup kerana ia melibatkan kepentingan kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak. Kini rakyat di Sabah dan Sarawak perlu diyakinkan bahawa kenyataan Pandikar lebih bersifat peribadi dan bukannya kenyataan rasmi Putrajaya agar tidak dijadikan kempen politik yang akan membawa akibat kepada kejatuhan merudum undi BN di Sabah dan Sarawak pada PRU akan datang.
Hakikatnya, tanpa Sabah dan Sarawak tidak akan wujud Malaysia seperti hari ini! – 3 Disember, 2017.
* Dr Awang Azman Awang Pawi ialah ahli akademik yang percaya dunia akademik melangkaui politik kepartian dan intelektual awam adalah pencetus pencerahan. Selain memberi kuliah beliau juga menjalankan kajian bebas dalam bidang sosio-budaya termasuk budaya politik dan budaya masyarakat.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
 The Malaysian Insight.
Read More

Saturday, 2 December 2017

[Video Khalid Samad Berentap Dengan Asyraf Wajdi di Parlimen] Bila sebenarnya siasatan polis mengenai 1MDB mahu diselesaikan?

Sabtu, 2 Disember 2017

Image result for Gambar 1MDB

KITA TAK PERLU TUNGGU 30 TAHUN LAGI UNTUK MENGETAHUI SIASATAN 1MDB

Rata-rata rakyat sedar penubuan RCI forex oleh Perdana Menteri, Najib Razak sebenarnya terselindung niat serong yang amat nyata kerana yang dikehendaki pembayar cukai GST ialah siasatan berkaitan skandal 1MDB yang berada di depan mata, bukannya perkara yang sudah berlalu 30 tahun lamanya.

Penubuhan RCI forex mungkin boleh diterima kewajarannya sekiranya dalam masa yang sama diwujudkan juga RCI berkaitan 1MDB.

Lebih dari itu, jika disingkap helaian-helaian akhbar lama yang sekarang sudah tidak laku dan hanya layak jadi pembungkus nasi lemak saja, tidak pernah sama-sekali terlihat keprihatinan dan suara lantang Najib berkenaan isu forex itu ketika ia berlaku dahulu.
Hanya semata-mata untuk menutup skandal 1MDB yang lebih besar dan terkait secara langsung kepada dirinya, selain untuk melemah dan menyerang Tun Mahathir Mohamad, lalu itulah tujuan sebenar RCI forex diwujudkan.

Kenapa Najib tidak pernah mengusulkan penubuhan RCI forex ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO atau sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri di mana Tun Mahathir turut berbalah dengan Tun Abdullah Badawi pada ketika itu?

Mengapa hanya setelah dirinya sendiri terpalit dengan isu yang lebih besar dan menggegar tujuh negara lain yang turut menyiasat atau mengambil tindakan, baru RCI forex mahu ditubuhkan?

Tetapi, sementara siasatan 1MDB ditutup di sana-sini, ada yang dipecat serta dipenjarakan dan desakan agar diwujudkan RCI berkaitan skandal mega itu tidak diendahkan,  sebaliknya RCI forex bukan main pantas gerak kerjanya.

Bukan saja laporan atau keputusan RCI forex sudah diumumkan, malah pihak polis turut dengan pantas menubuhkan pasukan petugas khas, hanya beberapa jam selepas siasatan polis dibuat mengenainya.

Bukankah bagus jika siasatan polis berkenaan 1MDB yang tertangguh dan tidak selesai-selesai sejak bertahun lalu, boleh dijadikan sepantas itu?

Bila sebenarnya siasatan polis mengenai 1MDB mahu diselesaikan?
Adakah kertas siasatan 1MDB hanya akan berulang-alik antara Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara sepanjang masa dan tidak lengkap sampai bila-bila?

Perlukah kita menunggu 30 tahun lagi di mana ketika itu mungkin Perdana Menterinya menghadapi isu yang lebih besar berkaitan dirinya, lalu untuk mengalihkan perhatian, maka ditubuhkannya pula RCI 1MDB sepertimana Najib memainkan isu forex sekarang ini?

Atau kita hanya perlu menumbangkan UMNO dan BN seawal tahun depan dan menyaksikan 1MDB disiasat ketika Najib masih lagi hidup dan bernyawa?

Pilihan di tangan kita dan jangan sia-siakan peluang yang sedang terbuka. (ShahbudinHusin 02/12/2017)

Read More

[Video Kelantan Menangis II - AMANAH Terus Santuni Mangsa Banjir] Awak punca Pas berpecah, kata Hanipa kepada Hadi.

Sabtu, 2 Disember 2017

Awak punca Pas berpecah, kata Hanipa kepada Hadi


Ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “terimalah hakikat pahit andalah punca parti anda hancur berkecai dan dihina sebegitu rupa.”
Beliau berkata demikian ketika menjawab tulisan panjang Hadi yang dipercayai ditujukan kepada beliau dalam isu ‘parti suci’.
Menurut bekas AJK Pas Pusat yang selalu mengkritik Hadi dalam mesyuarat AJK Pas Pusat, ketika bersama Pas dahulu itu, “janganlah rasa hanya kerana anda tok guru dan quoted (petik) ayat-ayat suci kenyataan anda hebat dan kena diikuti.
“Maaflah mungkin untuk orang lain but not for me (tetapi bukan saya)….” tulis Hanipa dalam jawapan balasnya itu.
Menurut Hanipa, AMANAH tidak perlu ditubuhkan jika Pas pimpinan Hadi itu tidak mesra Umno.
“Saya kata tadi kami tak perlu susah payah keluar parti suci dan bina daripada awal parti baru jika parti yang kamu terajui tak dilihat mesra dan bagi banyak nyawa kepada BN khususnys dalam isu 1MDB,” katanya.
Hanipa menjawab tulisan Hadi itu walaupun pada awalnya beliau tidak mahu melayan tulisan itu.
Hanipa berkata, ada orang hantar kepadanya kenyataan akhbar presiden parti suci yang nampaknya memberi reaksi terhadap gelaran kumpulan suci yang dilabel kepada parti yang beliau terajui.
“Sebagai menghormati susah payah beliau memberi response itu, saya bacalah juga tapi dengan penuh struggle utk habiskan,” kata Hanipa yang asalnya tidak mahu mengambil kesah kenyataan itu.
Katanya, kenyataan Hadi itu, “dengan hormat, penuh dengan tuduhan tak betul dan kadangkala saya rasa orang gila pun tak percaya dengan tuduhan beliau.
“Contohnya dia kata “mereka juga gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sangat bernafsu menyertainya…”
Beliau juga, kata Hanipa, seolah olah meletakkan puak mereka setaraf Nabi Allah Lut a.s dan mereka yang menggelar mereka dengan golongan suci seolah olah setaraf kaum Nabi Lut a.s.
Hadi juga berkata, parti suci tak kisah atau menang pilihanraya.
“Maaflah kena jawab.
“Nak tanya sikit lah. Adakah hanya kerana anda berserban, berjubah, bertitle tok guru maka anda rasa anda ada monopoli berbicara isu agama…maknanya anda sorang sahaja betul,” katanya.
Katanya, “mengambil secara terpisah ayat al Quran tanpa melihat konteks yang sebenar dan ditempel dalam kenyataan anda dan cuba tonjolkan puak-puak anda seolah olah menerima nasib sepertt Nabi Lot a.s.
“Maaflah itu teknik lama dan teknik yang paling tak bertanggungjawab,” katanya.
Hanipa seterus berkata, “gelaran kepada parti kamu sebagai puak suci bukan suka suka. Ia berasaskan bayyinah dan qarinah.”
Menjawab kenyataan Hadi yang berkata tak kisah menang atau kalah pilihanraya, Hanipa berkata “Dengan siapa anda nak berlawak?”
“Tubuh parti politik, masuk pilihanraya, selalu kata Islam perlu kuasa untuk berdaulat, lepas tu kata tak pe menang atau kalah.
“Ada lagi ke perkara lucu selain perkara itu. Be honest lah!” kata Hanipa dalam tulisannya.
Malaysia Dateline


Read More

Friday, 1 December 2017

[Video 60 tahun Umno memerintah ORANG MELAYU TAK KAYA-KAYA pun!] Pakatan Harapan Melaka akan lantik KM Melayu & Oh Umno tengoklah! 'Pengorbanan seorang ayah, serta merta bertukar menjadi enjin bot'.

Sabtu, 2 Disember 2017

Foto Otai BERSIH.
Lensa Photo Banjir 2017.

Sekeping gambar menceritakan pelbagai cerita.
"Pengorbanan seorg ayah, demi keselamatan isteri dan anak2 serta merta boleh bertukar menjadi enjin bot"

PH Melaka akan lantik KM Melayu

Pakatan Harapan negeri Melaka tetap akan melantik seorang Ketua Menteri daripada kalangan orang Melayu jika rakyat memberikan mandat kepada gabungan itu pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

“Pakatan Harapan Melaka akan memilih sama ada pimpinan Melayu daripada PKR, AMANAH atau Bersatu untuk menjadi Ketua Menteri Melaka jika menang pada PRU 14 nanti.

“Jangan dengar tohmahan dan fitnah pihak tertentu yang cuba menakut-nakutkan rakyat khusus orang Melayu kononnya kuasa orang Melayu akan hilang di Melaka jika PH menang,” ujar Khoo Poay Tiong, Setiausaha DAP Melaka.
Beliau berkata demikian pada program ceramah umum PH di Pernatang Pasir dekat sini kelmarin.
Menurutnya, Pakatan Harapan akan tetap memastikan kuasa orang Melayu dipertahankan sesuai dengan bilangan mereka yang merupakan golongan majoriti di negeri Melaka.
“Tetapi Ketua Menteri baru yang kita lantik adalah seorang yang amanah, telus dan berintegriti tinggi yang akan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” tambah beliau yang juga merupakan Adun Ayer Keroh dan Setiausaha PH Melaka.
Malaysia Dateline
Read More

[Video Umno tidak menjuarai rakyat Kelantan, Pas pulak berkokok macam Umno & SUKARELAWAN AMANAH antara yg terawal bantu mangsa banjir] Bravo 'Tentera semut oren' menerjah pelosok kampung & Jom join SUKARELAWAN AMANAH.

Sabtu, 2 Disember 2017


Foto Parti Amanah Negara.


Parti Amanah Negara telah menambah 8 foto baru
11 jam
"Tentera semut oren" masuk dalam kampung bagi sumbangan kepada mangsa-mangsa Banjir di Mukim Lati, Rantau Panjang.
Dari Facebook Syam Ghaz
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

LENSA PEDULI 1.0
ANDA INGIN MENJADI SEBAHAGIAN PELAKAR PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA?
.
✔Jika YA jawapannya ... Anda lah orang yang kami cari2 selama ini untuk bersama dengan keluarga besar SUKARELAWAN PARTI AMANAH NEGARA dan AMANAH SERDANG khususnya.
.
✔Ingin tahu apa yang anda buleh sumbang? Jom saksikan video clip ini yang didedikasikan khas untuk para sukarelawan yang tak kenal penat turun ke lapangan. Untuk makluman, mereka ini adalah contoh sebahagian dari ramai kalangan ahli, pendokong, penyokong, simpatisan AMANAH di seluruh negara. Ia juga melibatkan sesiapa sahaja di kalangan warga rakyat Malaysia yang sudi dan sedia menyumbang dalam gerakerja sebagai SUKARELAWAN AMANAH Serdang.
.
✔Rakan2 rakyat Malaysia, khususnya warga Dun Bangi/Parlimen Serdang sekalian,
.
✔Ramai mengimpikan sesuatu yang besar dan baik, ATAU ada juga yang mengeluh atas situasi yang menimpa. Doa saja, atau sekadar jadi penonton, berpeluk tubuh, atau sekadar komplen tanpa usaha atau tak buat apa-apa, tidak akan membawa kita ke mana-mana! Hakikatnya, tindakan itu lah yang mampu mencapai sesuatu impian! TAPI realitinya, tak ramai yang bersedia atau bersama dalam usaha mencapainya secara bersungguh. Mungkin ada yang menyangka proses perjalanan pilihanraya adalah semudah kerja 'last minute' atau sekadar memangkah parti A, B atau C.
.
✔Namun hakikat sebenarnya ialah ia menuntut banyak keperluan teknikal, kewangan, buah fikiran, idea, perancangan awal, sistematik dan gerakerja teori dan lapangan dalam pelbagai bidang. Kesemua ini menuntut gandingan bahu-membahu, sinergi tenaga kerja pelbagai bidang yang saling menyokong.
.
✔Menyedari keperluan ini, AMANAH Serdang menawarkan peluang dan platform dalam pelbagai bidang samada sebagai PACABA, profiling, komunikasi, media dan lain-lain untuk anda berperanan secara lebih efektif.
.
🍊MENGAPA SUKARELAWAN?
.
👍Ya, ia satu kerja tanpa gaji. Bermakna, mungkin ramai akan bertanya apa yang saya buleh dapat? Ia satu amalan universal yang cukup mulia, malah meenjadi satu terapi yang menyihat dan menenangkan diri kerana anda telah menjadi insan yg memberi manfaat utk org lain.
.
👍Anda juga adalah agen perubahan dan penyebar kebaikan sebab semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini hanya mahukan yang terbaik untuk masa depan negara ini!!
.
🤝JJo 
 Jom join SUKARELAWAN AMANAH. Hayati video khas yang kami sediakan ini. Jgn lupa click HD utk kualiti terbaik. Selamat menonton 
Read More

[Video Jika Najib UMNO Tubuh RCI Siasat FOREX, Kenapa Tak Buat RCI 1MDB] Penganalisis: Penemuan RCI tidak akan jejas PH, pemimpin pembangkang.

Sabtu, 2 November 2017

Penganalisis: Penemuan RCI tidak akan jejas PH, pemimpin pembangkang


Mereka kata orang ramai menganggap Suruhanjaya Siasatan Diraja itu langkah politik untuk memburukkan nama baik Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.

Mohamad-Hisomuddin-Bakar_bnm_forex_600
PETALING JAYA: Penganalisis politik berkata penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja tentang kerugian urus niaga mata wang asing tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan dan pemimpin gabungan itu.
Mereka berkata orang ramai menganggap RCI itu, yang ditubuhkan pada Julai untuk menyiasat kerugian yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, langkah politik untuk memburukkan nama baik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar berkata prosiding RCI itu dijalankan 20 tahun selepas Malaysia mengalami kerugian urus niaga forex dan dengan jelas bertujuan untuk menunjukkan kelemahan pentadbiran Dr Mahathir.
Dr Mahathir adalah pengerusi Pakatan Harapan manakala Anwar ketua umum gabungan itu.
“Ia tidak akan menjejaskan pengundi muda.
“Generasi kita sekarang tidak faham isu ‘dinosaur’ ini kerana ia tidak cukup menarik untuk tarik perhatian rakyat,” katanya.
Penemuan RCI dibentangkan di Parlimen hari ini. Laporan itu menyimpulkan Dr Mahathir merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu “menyembunyikan fakta dengan sengaja”.
“Terdapat elemen menyembunyikan fakta dengan sengaja memandangkan Laporan Tahunan BNM tidak menunjukkan kerugian sebenar yang dialami akibat urus niaga forex dari 1992 hingga 1994,” menurut laporan itu.
Laporan itu berkata tiada tindakan selanjutnya diambil oleh menteri kewangan dan ketua setiausaha Perbendaharaan ketika itu walaupun dimaklumkan tentang kerugian RM31.5 bilion dalam tempoh 3 tahun itu.
Laporan itu mengatakan Anwar, yang merupakan menteri kewangan pada awal 1990-an, tidak memaklumkan Kabinet mengenai kerugian itu.
Hisomuddin berkata laporan RCI itu mungkin akan beri peluang kepada pembangkang untuk menunjukkan kepada rakyat “dwi-standard” pengendalian skandal yang didakwa dilakukan kerajaan.
“Kita tidak nampak mereka tubuhkan inkuiri siasat isu Felda dan Mara,” katanya.
Sementara itu, Prof Jeniri Amri dari Universiti Malaysia Sarawak berkata Dr Mahathir dan Anwar barangkali akan membalas penemuan itu dan menunjukkan RCI sebagai strategi Barisan Nasional untuk memburukkan PH sebelum pilihan raya umum.
“Apabila panel ditubuhkan, orang ramai merasakan ia ada motif terselindung,” katanya.
Jeniri berkata isu kewangan seperti kerugian forex tidak akan memberi kesan pada pengundi luar bandar, kerana mereka tidak berminat dengan isu itu.
“Mereka peduli isu sara hidup,” katanya.
FMT.

Read More

[Video MP persoal kerajaan beri kontrak RM340j bekal tablet pada Utusan] Mengapa dapat kat Utusan?

Jumaat, 1 Disember 2017

Apabila Utusan dapat kontrak tablet sekolah bernilai RM340 juta

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: Penerbit akhbar harian Umno, Utusan Melayu diberikan kontrak untuk membekalkan lebih 180,000 tablet kepada guru di seluruh negara tahun ini, dan setakat ini menelan belanja RM152 juta, menurut Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.
Kamalanathan berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim di Dewan Rakyat minggu lalu, berkenaan projek tablet itu yang diperuntukkan pada Bajet 2017 yang dijangka menelan kos keseluruhan RM340 juta.
“Bagaimana sebuah syarikat surat khabar yang mengalami kerugian tiap-tiap tahun boleh diberi kontrak RM340 juta membekalkan komputer tablet?” soal Sim, merujuk syarikat akhbar itu yang mencetak Utusan Malaysia.
Menurutnya, syarikat akhbar itu mencatatkan kerugian sejak 4 tahun lalu, dengan jumlah kerugian mencecah hampir RM220 juta sejak 2013.
Sim turut memetik laporan Biro Audit Pengedaran pada Mei lepas yang mendapati kejatuhan pengedaran Utusan Malaysia sebanyak 14% ataupun lebih 20,000 naskah, manakala edisi Ahad, Mingguan Malaysia pula merosot sebanyak 10% ataupun lebih 30,000 naskah.
Menurutnya, pemberian kontrak membekalkan tablet itu merupakan “talian hayat” kerajaan kepada akhbar itu.
Beliau turut mempersoalkan ketiadaan tender terbuka untuk projek itu.
“Ini membuktikan bahawa sehingga kini menjelang PRU ke-14, Umno-BN tidak pernah dan tidak berhasrat untuk berubah.
“Pentadbiran Umno-BN tetap berpaksikan 3K iaitu, korupsi, kronisme, kleptokrasi,” katanya.

KedahLanie
Read More

[Video Ada Orang Tak Siuman Nak Lawan Azmin] Penganalisis: Pengundi mungkin anggap siasatan forex dendam politik.

Jumaat, 1 Disember 2017

Image result for Foto skandal forex
Dr. Mahathir: RCI Ke Atas Skandal Forex Adalah Untuk Memenjarakan Beliau.

Penganalisis: Pengundi mungkin anggap siasatan forex dendam politik


Kamarul Zaman Yusoff berkata pengundi yang menyokong pembangkang akan terus berbuat demikian.

Kamarul-Zaman-rci

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kerugian urus niaga mata wang asing tidak akan menjejaskan sokongan kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli akademi Kamarul Zaman Yusoff berkata pengundi yang menyokong pembangkang mungkin akan mempertikaikan pemasaan laporan itu.
Mereka juga mungkin akan menganggap ia dendam politik terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.
“Tambahan pula, tiada bukti kukuh,” katanya kepada FMT.
Beliau menambah siasatan ke atas kerugian mata wang itu akan berakhir selepas PRU-14 kerana melibatkan ramai pihak.
“Ia melibatkan ramai orang, bukan sahaja Anwar dan Mahathir. Ia akan melibatkan mereka daripada Bank Negara juga dan kes itu agak rumit,” katanya.
“Pendedahan itu untuk mencipta persepsi negatif terhadap Dr Mahathir dan Anwar. Pengundi akan menganggap ia agenda politik, dengan demikian impaknya tidak seberapa.”
Laporan RCI ke atas kerugian forex itu mengatakan Anwar, sebagai menteri kewangan ketika itu, tidak bertindak ke atas kerugian RM31.5 bilion, walaupun dimaklumkan ketua audit negara dalam tempoh 3 tahun itu.
Ia menambah perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu “menyembunyikan fakta dengan sengaja”.
RCI itu, yang diadakan dari 21 Ogos hingga 19 September, menyaksikan 25 orang saksi dipanggil memberi keterangan.
RCI diketuai Tan Sri Sidek Hassan, bekas ketua setiausaha negara dan pengerusi Petronas.
Panel turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Tajuddin Atan, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon dan ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan.
FMT.


Read More

[Video KOMENTAR: Isu Dedak RM90 Juta Claire vs Hadi] SPRM tangkap penyamun bukan jadi perkakas kepada penyamun.

Jumaat, 1 Disember 2017

Image result for Foto SPRM tangkap penyamun

SPRM tangkap penyamun bukan jadi perkakas kepada penyamun

SPRM tangkap penyamun bukan jadi perkakas kepada penyamun

ULASAN: Episod-episod mutakhir ini semakin jelas memberikan petunjuk bahawa Malaysia yang dipimpin oleh seorang penguasa dan ahli keluarga yang telah diketahui diserata dunia mencuri berbillion ringgit dari khazanah negara semakin terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencemarkan imej musuh2 politiknya.

Modus operandi dan matlamat politik penguasa desperado ini mudah dibaca.Lakukan apa sahaja asalkan imej musuh2 politiknya juga tercemar dan ranap seperti ranapnya imej beliau.
Maka dipergunakan segala kuasa yang masih ada padanya dengan menyerang musuh2 politiknya dengan siasatan dan tuduhan dan selepas ini tangkapan2 yang jelas bermotifkan politik semata-mata.
RCI Forex jelas merupakan perkakas politik, bermotif politik untuk mencapai cita-cita politik penguasa penyamun desperado ini. Hanya orang yang bodoh dan pemakan dedak yang sudah buta dan pekak sahaja yang tidak dapat melihat motif sebenar RCI.
Sebab itu seluruh dunia mentertawakan kita melihat isu 30 tahun lalu tiba-tiba menjadi isu besar hari ini dan jelas laporan RCI semalam memperlihatkan matlamat akhirnya ialah mengheret bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi musuh politik utamanya hari ini menjadi tertuduh dan tercemar imej mereka seteruk tercemarnya imej Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.
Maka jadilah Malaysia sebuah negara yang mana pemimpin-pemimpinya semua kelihatan seperti penyamun.
Walhal hakikatnya ialah yang terbukti seorang penyamun adalah PM hari ini. Hanya di akaun peribadi dia duit berbillion masuk. PM-PM sebelum ini tidak pernah ditangkap mempunyai berbillion ringgit di dalam akaun mereka.
Siasatan dan tangkapan SPRM juga dilihat dalam modus operandi yang sama. Sebelum ini seorang bekas menteri yang digugurkan dan menjadi ancaman besar kepada negeri Sabah ditahan dan disiasat. Hampir kesemua nama-nama besar didalam partinya diheret sekali.
Semua orang yang berakal faham ianya bertujuan politik semata-mata kerana pengaruh tokoh ini dan pasukannya semakin mengancam kedudukan mereka.
Yang terbaru ialah tangkapan dan siasatan di Selangor semalam. Jelas ianya juga bertujuan politik kerana satu operasi biasa yang membabitkan syarikat biasa dengan urusniaga berjumlah sederhana tiba-tiba  menjadi isu luarbiasa. Serangan media terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dilakukan secara habis-habisan dengan skrip tersusun rapi. Sekali lagi setiap orang yang berakal waras akan faham ini adalah serangan politik desperado.
Azmin diserang kerana ketokohan beliau memimpin Selangor semakin terserlah. Azmin bukan sahaja popular di Selangor malah pengaruh dan ketokohannya hari ini diakui diluar sempadan Selangor.
Roadshow Peduli Rakyat yang dipimpin beliau baru-baru ini di Utara dan Selatan tanahair mendapat sambutan kelas seorang pemimpin nasional.
Maka juak-juak pemimpin penyamun desperado ini pasti mengatur langkah membunuh reputasi seorang pemimpin yang semakin popular ini.
Hisbah ingin mengingatkan institusi kerajaan untuk kekal mempertahankan integriti pentadbiran dan jangan sekali2 terperangkap dan menjadikan diri mereka perkakas kepada penguasa penyamun ini. Rakyat hari ini tidak sebodoh yang disangka mereka.
Hisbah juga ingin menegaskan prinsip keadilan yang mesti dipertahankan oleh pentadbir-pentadbir kerajaan yang mengangkat sumpat taat setia kepada negara bukan kepada pemimpin negara yang sudah masuk kelas pemyamun terhebat dunia.
Saya sebagai bekas ahli jawatankuasa Parlimen mengenai tadbir urus SPRM juga mengingatkan SPRM untuk pertahankan profesionalisma mereka yang saya tahu sangat utuh dibina dizaman Tan Sri Abu Kasim. Sekali lagi saya ingatkan, jangan sekali2 biarkan diri kamu menjadi perkakas kepada penyamun. Kamu lebih tahu siapa sebenarnya penyamun paling besar di negara ini. Maka tangkaplah penyamun itu. Bukan menjadi perkakas kepada penyamun itu. Bertindaklah berasaskan dzamir dan sumpah kamu kepada negara ini.
*Penulis adalah Pengerusi Hisbah dan bekas  Ahli JK Parlimen SPRM 2010-14.
 Malaysia Dateline

Read More

[Video PELIK Berbangga Dengan Hutang RM800 juta! Pemuda Umno MENGAKU PRU 14 adalah Pilihan Raya Paling Kritikal kepada BN] Ranking p'raya: Malaysia dikelaskan 'sangat rendah/gagal'.

Jumaat, 1 Disember 2017

Image result for Foto harga ikan kembung
Pengguna Meroyan, Harga Ikan Kembung Naik Cecah RM20 Sekilogram
Image result for Gambar Ikan kembung RM20
Harga ikan Kembung dijangka terus meningkat sehingga RM25 sekilogram ...

Ranking p'raya: Malaysia dikelaskan 'sangat rendah/gagal'


Satu projek kajian integriti pilihan raya daripada Mei lalu mendedahkan Malaysia berada di kedudukan 142 daripada 158 negara yang dinilai.
Kedudukan Malaysia hanya satu anak tangga di atas Zimbabwe.

Menurut data itu, Malaysia dikelaskan dalam kategori “sangat rendah/gagal”, iaitu kaegori terendah dalam lima pengelasan.

“Hampir kesemua negara dalam ketegori ini mengalami ketidakstabilan politik dan sosial yang teruk, seperti Afghanistan dan Zimbabwe, atau mempunyai sistem satu parti, seperti Vietnam, yang menghalang persaingan sihat pilihan raya.

“Tidak satu pun perkara ini benar untuk Malaysia, menjadikan ia jelas terasing dari kategori ini,” kata pengkaji sains politik Kai Ostwald dalam kertas akademik bertajuk Malaysia's Electoral Process: The Methods and Costs of Perpetuating Umno Rule.
Kertas itu adalah sebahagian daripada siri “Trend di Asia Tenggara”. Beliau menggunakan kedudukan data Tanggapan Global terhadap Integriti Pilihan Raya (PEI) yang dikeluarkan oleh Projek Integiri Pilihan Raya (EIP).
Zimbabwe yang diletakkan di kedudukan 143 oleh PEI baru-baru ini menyaksikan kudeta tentera yang membawa kepada pengunduran Robert Mugabe setelah menjadi presiden hampir empat dekad.

malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena