Wednesday 14 January 2015

DAP Sarawak sudah setuju dengan HUDUD? Hadi serahkan kepada PAS S'wak selesaikan "Sengketa" dengan DAP

Rabu, 14 Januari 2015

DAP Sarawak sudah setuju dengan hudud?


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada PAS Negeri Sarawak untuk berunding bagi menyelesaikan "persengketaan" antara DAP. 
Jika DAP Sarawak setuju, maknanya mereka hanya berpura2 menolak PAS dan menentang Hudud.

Hadi Serahkan Kepada PAS Sarawak Selesaikan "Sengketa" Antara DAP


KUCHING: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada PAS Negeri Sarawak untuk berunding bagi menyelesaikan "persengketaan" antara DAP.

"Kita akan mendapatkan maklum balas daripada PAS Sarawak."

Hadi berkata demikian kepada pemberita setelah mengada kunjungan hormat di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) baru petang tadi.

Beliau diminta mengulas mengenai kemelut dalam pakatan pembangkang di antara PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Sarawak yang masih belum menemui jalan penyelesaian biarpun sudah memasuki tahun baru.

Kemelut pembangkang Negeri Sarawak bagaikan bermula pada 18 Oktober tahun lalu apabila DAP menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR sehingga mereka menjelaskan pendirian berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Ketika ditanya sama ada "kemelut" tersebut ada dibincangkan pada Majlis Tertinggi pakatan atau sebaliknya, Hadi hanya berkata, mereka harus mendapat maklumat yang lebih terperinci berkaitan perkara berkenaan dahulu.

Bagaikan retak menanti belah, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen kemudiannya menegaskan mereka akan meninggalkan pakatan jika kumpulan ulama Pas yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun ini.

Keadaan dilihat semakin tegang apabila tiada wakil DAP menghadiri mesyuarat ketiga pakatan di sini pada November tahun lalu yang membincangkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.

Kunjungan hormat Hadi yang ditemani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak Adam Ahid kepada Adenan Satem adalah atas perlantikan sebagai Ketua Menteri pada tahun lalu.

Terdahulu, Hadi telah menziarahi keluarga dan kubur bekas Yang Dipertua Negeri Allahyarham Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub. - Sarawakiana

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena